Now Reading
Tiket MotoGP Bawah RM50, SIC Perkenal Harga Rahmah Untuk Rakyat Malaysia

Tiket MotoGP Bawah RM50, SIC Perkenal Harga Rahmah Untuk Rakyat Malaysia

Tawaran tiket harga Rahmah serendah RM49.90 buat pertama kalinya diperkenalkan bagi Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix (GP) Malaysia 2023.

grand prix malaysia harga rahmah rm49.90

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kepada mereka yang menggemari bidang sukan permotoran, inilah peluang anda untuk menonton perlumbaan tersebut secara langsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada November ini.

Memetik laporan Astro Awani, SIC buat pertama kalinya telah memperkenalkan harga tiket Rahmah serendah RM49.90 bagi menyaksikan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix (GP) Malaysia 2023.

Selain harga tiket dan menu Rahmah yang diperkenalkan di sana, parkir percuma juga akan disediakan kepada para pengunjung.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif sebanyak 7,000 tiket di bahagian K2 Hillstand telah terjual bermula semalam (13 September) di platform atas talian serta kaunter jualan.

Jadi kami menjangkakan 170,000 penonton berbanding 164,000 penonton yang hadir pada tahun lepas dan sekarang kita berada di landasan yang betul untuk ‘sold out’ kerana sudah hampir 70% tiket dijual bermula tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif.
Sumber: CARETA

Perlawanan MotoGP GP Malaysia 2023

Perlumbaan sukan permotoran ini akan berlangsung pada 10 sehingga 12 November 2023.

Setakat ini, tiada pelumba tempatan yang akan beraksi atas tiket ‘wild card’ bagi perlumbaan MotoGP berbanding tahun lepas di mana dua orang pelumba Petronas bersaing dalam kategori Moto2.

Walau bagaimanapun, keputusan itu boleh berubah jika terdapat pihak yang mahu memberi tajaan dan keputusan tersebut akan diketahui 45 hari sebelum perlumbaan berlangsung.


Jadi kepada anda yang mahu merasai sendiri pengalaman menonton perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix (GP) Malaysia 2023 secara ‘live’ dengan harga RM49.90, boleh klik [DI SINI].

Sumber: Astro Awani | Sepang International Circuit


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd