Now Reading
Pernah Nampak Macam Ada Benda Panjang Terapung Dalam Penglihatan? Ini Sebenarnya Yang Berlaku Dalam Mata

Pernah Nampak Macam Ada Benda Panjang Terapung Dalam Penglihatan? Ini Sebenarnya Yang Berlaku Dalam Mata

Bendasing yang dilihat terapung di udara itu mempunyai nama saintifiknya iaitu Muscae volitantes atau dalam bahasa Latin disebut sebagai ‘Flying Flies’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam beberapa situasi, penglihatan kita boleh berubah mengikut situasi persekitaran dan juga kesihatan mata.

Perasan tak kalau kita berada di kawasan yang terlalu panas, penglihatan agak kabur kerana mata kita hampir tertutup rapat sebagai tindak balas kepada cuaca panas.

Tetapi pernah tak anda ternampak bendasing yang bersaiz panjang kelihatan seperti cacing terapung dalam penglihatan? Bila kelip mata, bendasing itu hilang pula.

Kalau anda nak tahu, bendasing yang dilihat itu sebenarnya adalah satu fenomena yang disebut sebagai ‘Floaters’.

Sumber: Reddit

Apa Itu ‘Floaters’?

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@tedtoks), bendasing yang anda nampak itu mempunyai nama saintifiknya iaitu Muscae volitantes atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai ‘Flying Flies’.

Ia bukanlah haiwan atau apa-apa jenis objek luaran, tetapi ia berada dalam mata kita dan boleh mengubah pergerakan dan bentuk. Walau bagaimanapun, Muscae volitantes ini bukanlah organisma hidup.

‘Floaters’ adalah objek kecil yang memantulkan bayangan pada retina dan merupakan tisu di belakang mata yang sensitif terhadap cahaya.

Sumber: TikTok @tedtok

Jadi boleh jadi objek kecil yang anda lihat sedang terapung itu adalah sel darah merah, sel tisu atau gumpalan protein.

Kewujudan ‘floaters’ ini akan lebih jelas kelihatan apabila ia semakin menghampir retina mata dan juga apabila anda memandang ke arah permukaan yang terang seperti langit, skrin komputer dan salji.


Satu Lagi Fenomena Yang Hampir Sama Seperti ‘Floaters’

Ada satu lagi fenomena yang hampir sama seperti ‘floaters’ di mana anda akan nampak seperti ada titik cahaya yang bergerak ketika sedang melihat ke arah langit yang cerah.

Ia dipanggil sebagai fenomena ‘Blue Field Entoptic‘ di mana ia sebenarnya perkara yang sebaliknya daripada fenomena ‘floaters’ kerana anda tak akan nampak bayang-bayang tetapi akan anda ‘tingkap’ yang membenarkan cahaya memasuki retina.

‘Tingkap’ tersebut sebenarnya adalah sel darah putih yang bergerak melalui kapilari sepanjang permukaan retina.

Sumber: TikTok @tedtok

Sel darah putih ini boleh menjadi terlalu besar sehingga memenuhi ruang kapilari darah dan menyebabkan wujudnya ruang plasma di dalam salur darah.

Oleh kerana sel darah putih dan ruang plasma ini lebih telus terhadap cahaya biru berbanding sel darah merah dalam kapilari darah, sebab itulah anda kadangkala boleh melihat pergerakan titik putih.

Kalau anda ternampak titik putih itu diikuti dengan satu garisan berwarna hitam, ia adalah sel darah putih bersama gumpalan sel darah merah.

@tedtoks

Sometimes, against a uniform, bright background such as a clear sky or a blank computer screen, you might see things floating across your field of vision. What are these moving objects, and how are you seeing them? In this TED Ed Animation, Michael Mauser explains the visual phenomenon that is floaters. #TEDEd #TEDTalk #Floaters #Optometry Educator: Michael Mauser Producer: Stephen Whittle Animator: Jane E. Davies Script Editor: Alex Gendler Narrator: Pen-Pen Chen

♬ original sound – TED Talks – TED Talks

Kebiasaannya, kedua-dua fenomena ini akan hilang secara sendirinya selepas kita mengelipkan mata.

Tetapi jika anda melihatnya secara jelas dan kerap kali berlaku sehingga mengaburkan penglihatan, lebih baik untuk segera berjumpa dengan doktor.

Baca Artikel Berkaitan: Nak Mata Sihat? Ini 3 Kaedah Senaman Mata Yang Anda Kena Buat

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Gelap Gelita” – Wanita Ini Kongsi Kisah Jadi Buta Lepas Kerap Gosok Mata


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd