Now Reading
Nak Mata Sihat? Ini 3 Kaedah Senaman Mata Yang Anda Kena Buat

Nak Mata Sihat? Ini 3 Kaedah Senaman Mata Yang Anda Kena Buat

Ahli Optometri dan Pengurus Latihan Focus Point Vision Care Group Sdn Bhd iaitu Vivien Lee berkata mata kita juga perlu bersenam untuk memastikan ia mendapat rehat yang secukupnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perkembangan teknologi pada zaman ini membuatkan kita kerap melihat pada skrin dalam tempoh yang agak lama. Kalau bukan skrin laptop, mesti skrin telefon atau televisyen.

Tahu tak, penggunaan skrin ini memberi kesan kepada kesihatan mata dan secara tidak langsung mempengaruhi tahap penglihatan.

Jadi, apa yang kita boleh buat untuk memperbaiki kesihatan mata supaya dapat mengoptimumkan fungsinya?


Cara-cara Untuk Melakukan Senaman Mata

Memetik sumber Hello Dokter, Ahli Optometri dan Pengurus Latihan Focus Point Vision Care Group Sdn Bhd iaitu Vivien Lee berkata mata kita juga perlu bersenam sama seperti anggota badan yang lain.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk menjadikan mata kita lebih sihat dan tidak cepat letih.

Antaranya:

Kaedah Pertama: Ubah Tumpuan Mata Pada Jarak Dekat Dan Jauh
Sumber: Pexels
  1. Bengkokkan tangan kanan atau kiri dan tumpukan mata pada ibu jari.
  2. Dekatkan jarak ibu jari ke mata dan pandang ibu jari selama 10 hingga 15 saat.
  3. Luruskan tangan dan biarkan ibu jari sejauh satu meter.
  4. Fokus pada ibu jari selama 10 hingga 15 saat.
  5. Lihat lagi objek yang lebih jauh pada sekitar dua meter.
  6. Pandang objek berkenaan selama 10 hingga 15 saat.

Kaedah ini dapat membantu untuk menguatkan ketahanan otot mata kita.

Kaedah Kedua: Menekup Mata
Sumber: Pexels
  1. Gosokkan kedua-dua telapak tangan bagi menghasilkan kehangatan.
  2. Tutup mata dan menekupnya dengan kedua tapak tangan yang sudah digosokkan.
  3. Biarkan selama lima minit.
  4. Dalam keadaan mata tertutup, urut dengan lembut pada bahagian kelopak mata, tepi kening, bawah mata dan pipi.

Urutan di sekitar kawasan mata dapat mengurangkan tekanan dan merehatkan mata.

#Kaedah Ketiga: Latih Tubi Guna Pensel
Sumber: Pexels
  1. Bengkokkkan tangan dan pegang pensel pada jarak sejajar dengan siku di mana keadaan pensel berada di bahagian tengah mata.
  2. Gerakkan pensel secara perlahan-lahan mendekati hidung.
  3. Berhenti sekejap dan jauhkan semula pensel kepada jarak awal sebelum ini.
  4. Ulang senaman sebanyak 20 kali.

Senaman ini boleh meningkatkan fleksibiliti pada bahagian mata.


Jenis Makanan Untuk Dapatkan Mata Yang Cantik Dan Sihat

Mata adalah satu anugerah yang tidak ternilai dan sangat penting dalam kehidupan seharian. Jadi, kita perlu menjaganya agar ia boleh digunakan dengan baik.

Sumber: Pexels

Untuk membolehkan anda mendapatkan mata yang cantik dan sihat, terdapat beberapa jenis makanan yang boleh diamalkan, seperti:

  • Lobak merah
  • Brokoli
  • Anggur
  • Aprikot
  • Sayur hijau
  • Jagung
  • Keledek

Baca Artikel Berkaitan: Jom Buat 5 Tips Untuk Dapat Mata Cantik & Sihat

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Gelap Gelita” – Wanita Ini Kongsi Kisah Jadi Buta Lepas Kerap Gosok Mata

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Mata Dedah Risiko Bungee Jumping, Mata Kemerahan Oleh Kerana Pendarahan


Tips Untuk Mengekalkan Kesihatan Mata

Sumber: Pexels

Menurut sumber dari WebMD, beberapa cara boleh dilakukan untuk memastikan kesihatan mata kita sentiasa dalam keadaan baik. Antaranya:

  • Menjaga pemakanan
    • Pengambilan makanan dengan nutrien yang penting seperti zink, vitamin C dan E serta asid lemak omega-3 boleh mengatasi masalah berkaitan mata.
  • Berhenti merokok
    • Individu yang merokok berisiko untuk mengalami masalah katarak mata berikutan kerosakan pada saraf optik mereka akibat tabiat merokok.
  • Memakai cermin mata
    • Pemakaian cermin mata ini boleh melindungi mata daripada terlalu terdedah dengan sinaran cahaya UV.
  • Memakai alat keselamatan mata
    • Jika anda perlu membuat kerja-kerja berbahaya di luar rumah, pastikan anda memakai alat keselamatan untuk melindungi mata daripada mengalami sebarang kecederaan.
  • Elakkan dari menghadap skrin terlalu lama
    • Mereka yang menghadap skrin dalam tempoh agak lama boleh berdepan masalah kesihatan seperti sakit kepala, mata mengering, penglihatan kabur dan sakit leher.
  • Melakukan pemeriksaan mata dengan kerap
    • Pemeriksaan mata ini boleh memantau tahap kesihatan dan mengesan jika terdapat sebarang penyakit berlaku seperti glaucoma yang boleh terjadi tanpa menunjukkan sebarang petanda.

Baca Artikel Berkaitan: Jom Buat 5 Tips Untuk Dapat Mata Cantik & Sihat

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Gelap Gelita” – Wanita Ini Kongsi Kisah Jadi Buta Lepas Kerap Gosok Mata

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Mata Dedah Risiko Bungee Jumping, Mata Kemerahan Oleh Kerana Pendarahan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd