Now Reading
[Video] Pakar Mata Dedah Risiko Bungee Jumping, Mata Kemerahan Oleh Kerana Pendarahan

[Video] Pakar Mata Dedah Risiko Bungee Jumping, Mata Kemerahan Oleh Kerana Pendarahan

Pendarahan yang berlaku pada belakang mata selepas aktivti bungee jumping adalah kerana tekanan yang terlampau tinggi.

bungee jumping

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kalau ajak buat aktiviti lasak, bukan semua orang nak ikut serta lebih-lebih lagi mereka yang takutkan ketinggian.

Memang kebanyakan aktiviti lasak berada di kawasan tinggi seperti mendaki, flying fox, bungee jumping dan sebagainya.

Bercakap tentang bungee jumping, ramai yang gemar melakukan aktiviti mencabar ini tetapi tahu tak sebenarnya kalau salah langkah, boleh membahayakan kesihatan anda.

Pakar mata dedah risiko pemain bungee jumping akibat tekanan terlalu kuat

Baru-baru ini, seorang pakar mata memuat naik satu video di laman TikTok miliknya (Shahrizal Redwan) berkongsi kisah seorang gadis berusia 24 tahun yang cedera pada mata selepas menyertai aktiviti bungee jumping.

Dalam video berkenaan, Shahrizal menunjukkan keadaan mata wanita tersebut yang dilihat begitu merah oleh kerana berlaku pendarahan di bahagian belakang mata.

Menurut Shahrizal, satu kajian pernah dilakukan dan mendapati 84.2% individu yang melakukan aktiviti berkenaan akan mengalami keadaan sedemikian.

Walaupun selepas beberapa tempoh, mata akan kembali kepada keadaan normal tetapi buat mereka yang mempunyai rabun agak tinggi, akan terjadi satu lagi kes di mana lapisan dalam mata terkoyak dan pandangan menjadi kabur.

Tapi kalau anda memang teringin sangat nak cuba aktiviti ini dan nekad melakukannya, Shahrizal menasihati orang ramai untuk tidak menahan nafas ketika anda sudah berada di dasar dan tali menegang.

Ramai rupanya yang baru tahu tentang risiko bungee jumping kepada mata

Di ruangan komen, majoriti pengguna media sosial pun baru tahu tentang risiko aktiviti bungee jumping yang dikongsikan oleh pakar mata ini.

Selepas baca perkongsian tersebut, ramai yang mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada melakukan aktiviti bungee jumping ini.

Ada juga yang bertanya kalau dah pakai ‘goggle’ dan memejam mata pun boleh menyebabkan pendarahan ke?

Jawapannya YA!

Senang kata sebelum buat apa-apa, kaji selidik dulu sebarang risiko. Nak have fun pun kena berwaspada juga ya semua.

BACA JUGA: 5 Outdoor Malaysian Adventures You HAVE To Try Out!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd