Now Reading
[Video] “Gelap Gelita” – Wanita Ini Kongsi Kisah Jadi Buta Lepas Kerap Gosok Mata

[Video] “Gelap Gelita” – Wanita Ini Kongsi Kisah Jadi Buta Lepas Kerap Gosok Mata

Menurut Ila Kamilah, penglihatannya mula bertukar gelap gelita selepas sering menggosok mata akibat kegatalan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Lazimnya, tubuh badan yang sihat dapat membantu anda melalukan urusan seharian tanpa halangan. Akan tetapi, tidak semua dalam kalangan manusia dibesarkan dengan keadaan anggota badan yang sempurna.

Walaupun banyak cabaran harus dilalui oleh golongan orang kurang upaya (OKU), namun ia tidak menjadi penghalang buat mereka untuk membesar dengan baik sama seperti individu normal yang lain.


Masih Boleh Kenal Pasti Warna Ketika Umur 1 Tahun

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita dikenali sebagai Ila yang difahamkan buta penglihatan sejak usia masih kecil.

Menerusi perkongsian di laman TikTok (@ilakamilah97), Ila berkata dia memang sudah buta sejak lahir. Tetapi ketika umur mencecah setahun, Ila dikatakan masih boleh mengambil barang yang diletakkan di depannya.

Apabila sudah mencapai umur tiga ke empat tahun, ibu bapa Ila menjelaskan bahawa dia berupaya untuk mengenal pasti jenis warna. Malah, dia juga sering menyentuh baju-baju yang dijahit oleh ibunya.


Kerap Gosok Mata Punca Wanita Ini Buta Kekal

Ketika berumur lima ke enam tahun pula, wanita itu berkata dia sering bermain di luar rumah seperti kebanyakan anak kecil yang lain walaupun sudah mula mengalami masalah penglihatan.

Oleh disebabkan kerap bermain di luar, habuk-habuk serta kekotoran akan lebih mudah melekat pada permukaan mata. Menurut Ila, habuk yang sudah terkumpul membuatkan matanya sering berasa gatal hingga menyebabkan dia mahu menggosok berulang-ulang kali.

Namun tabiat tersebut telah membawa padah kerana penglihatannya difahamkan semakin gelap dan tidak boleh lagi melihat apa-apa akibat selaput mata yang rosak.

Bila kita main dekat luar ni habuk-habuk jadi berterbangan dekat mata so dia akan jadi gatal, itu yang saya tenyeh-tenyeh mata dah jadi tak nampak. Jadi makin lama makin gelap sebab mereka kata selaput dah tutup biji mata.

Ila Kamilah.

Netizen Takut Nak ‘Tenyeh’ Mata

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa takut kerana mereka juga kerap menggosok bahagian mata.

“Lepas ni aku tak nak tenyeh mata dah, takut,” jelas seorang wanita.

Sumber: TikTok (@ilakamilah97)

Sementara itu, ada juga individu yang berkata dia akhirnya faham mengapa penjaga sering melarang menggosok mata.

“Patut la mak saya tak suka saya tenyeh mata. Sekarang dah faham,” ujar seorang pengguna laman TikTok.

Sumber: TikTok (@ilakamilah97)

Bahkan, ada juga yang berterima kasih kepada Ila kerana sudi berkongsi kisahnya agar ia dapat dijadikan pengajaran kepada orang ramai.

“Okay selepas ini, tak nak dah tenyeh mata. Terima kasih kak beri pengajaran kepada semua orang,” kata seorang warganet.

Sumber: TikTok (@ilakamilah97)

Ciri-ciri Individu Buta Separa

Menerusi perkongsian kisah kehidupan Ila, wanita itu ada menjelaskan bahawa dia masih boleh mengenal pasti warna dan pakaian yang dijahit oleh ibunya ketika berumur satu tahun.

Ini berkemungkinan kerana Ila hanya mempunyai masalah buta separa pada ketika itu. Memetik Hello Doktor, di sini kami sertakan ciri-ciri penglihatan buta separa. Antaranya:

  • Penglihatan tidak jelas seakan kelabu.
  • Tidak boleh kenal pasti bentuk.
  • Hanya mampu melihat bayang-bayang.
  • Penglihatan waktu malam yang kabur.
  • Penglihatan sempit.
Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Buta Penglihatan Gigih Alihkan Motor Yang Halang Laluan Pejalan Kaki OKU

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Nak Bantu Golongan Buta Jalan Di Kaki Lima? Ini Panduan Yang Tepat

Baca Artikel Berkaitan: Isteri Terkejut Terima Mesej Suara, Suami Buta Jatuh Dalam Lubang Di Laluan Tactile [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd