Now Reading
[Video] ‘Skin Tag’ Pada Kulit Boleh Jadi Petunjuk Masalah Diabetes

[Video] ‘Skin Tag’ Pada Kulit Boleh Jadi Petunjuk Masalah Diabetes

Antara perkara yang boleh menyebabkan timbulnya kutil atau ‘skin tag’ ialah berat badan berlebihan dan jangkitan ‘human papilloma virus’ (HPV).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sesetengah orang mungkin mempunyai kutil atau ‘skin tag’ pada wajahnya. Malah, kutil juga boleh tumbuh di kawasan lain tubuh badan seperti di leher, ketiak dan kelopak mata. Namun mengapa perkara ini berlaku?

Menurut Public Health Malaysia (PHM), kutil secara umumnya tidak berbahaya tetapi memberi kesan secara kosmetik.

Ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara berikut:

  • Berat badan berlebihan
  • Wanita hamil
  • Sejarah keluarga
  • Pra diabetes
  • Jangkitan ‘human papilloma virus’ (HPV)
  • Baju terlalu ketat
  • Kulit bergeser
  • Kulit berlipat

Walaupun tidak berbahaya, ia tetap boleh menyebabkan kesakitan apabila kutil tertarik atau bergesel dengan pakaian.


Kutil Petunjuk Kadar Insulin Tinggi

Menurut perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok satu klinik swasta, Lovina Clinic, mereka yang mempunyai kencing manis lebih kerap mempunyai kutil.

Berdasarkan video tersebut, kutil boleh menjadi petunjuk bahawa kadar insulin di dalam badan terlalu tinggi. Selain itu, American Academy of Dematology Association (AAD) berkata kutil turut menjadi petunjuk seseorang menghidap diabetes jenis 2.

Menurut WebMD, insulin dalam badan boleh meningkat jika mengambil terlalu banyak gula. Ini kerana insulin tidak lagi berkesan dengan baik untuk memindahkan gula kepada sel, atau digelar sebagai kerintangan insulin.

Perkara ini menyebabkan pankreas menghasilkan lebih banyak insulin. Lama-kelamaan, pankreas akan gagal berfungsi dan kadar gula dalam darah meningkat, seterusnya mendatangkan risiko diabetes jenis 2 dan penyakit jantung.


Kutil Tak Akan Hilang Dengan Sendiri

Pihak Lovina Clinic menasihati agar individu yang mula ditumbuhi kutil melakukan pemeriksaan kesihatan bagi menyemak kadar gula dalam darah.

Dia juga mengingatkan agar orang ramai menjaga pemakanan serta kurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula.

Di samping itu, kutil pada kulit tidak akan hilang dengan sendiri walaupun setelah menjaga pemakanan. Namun, terdapat rawatan yang boleh dijalankan bagi membuang kutil pada kulit.

@lovinaclinic

Betul ke makan minum benda manis ni boleh sebab kan skin tag muncul?!!! Haaa dengar vtt kita ni. Jangan lupa jaga kesihatan musim2 open house ni #shouldbeme #tipskesihatan #kliniklovina #skintag #buangskintag #diabetes #manis #fypmalaysia #fypシ゚viral #fyp

♬ original sound – Lovina Clinic (LCP certified) – Lovina Clinic (LCP certified)

Tips Hilangkan Kutil Pada Kulit

Selain daripada mendapatkan rawatan di klinik, terdapat juga kaedah yang boleh dicuba sendiri di rumah. Berikut merupakan beberapa kaedah dan cara-caranya yang dikongsi media MStar.

#1. Cuka epal

Campurkan cuka epal dengan air. Tekapkan kapas yang telah direndam di dalam campuran tersebut pada kutil. Tampal kapas dengan plaster dan biarkan selama beberapa jam sebelum dicuci.

Sumber gambar: Unsplash

#2. Bawang putih

Hiris bawang dan masukkan ke dalam air. Sapu rendaman hirisan bawang pada kutil beberapa kali sehari.

#3. Nanas

Tekapkan dan gosok hirisan nanas pada kutil selama beberapa minit dan beberapa kali dalam sehari.

Sumber gambar: Unsplash

#4. Madu

Sapu madu pada kutil dan tutup dengan plaster. Biarkan beberapa jam atau semalaman.

#5. Minyak ‘tea tree’

Campur minyak dengan sedikit air untuk mencairkannya. Titiskan campuran pada kapas sebelum tekapkan di kutil selama 10 minit. Ulang proses tersebut sebanyak tiga kali dalam sehari.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd