Now Reading
[Video] Kilat Sambar Litar Perlumbaan MotoGP Indonesia Ketika Hujan Lebat

[Video] Kilat Sambar Litar Perlumbaan MotoGP Indonesia Ketika Hujan Lebat

Litar Perlumbaan Antarabangsa Mandalika disambar petir sehingga muncul percikan api ketika acara perlumbaan MotoGP.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Cuaca buruk ketika perlumbaan GRAND Prix (GP) Indonesia telah menyebabkan acara MotoGP itu terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu sehingga hujan mula renyai.

MotoGP Mandalika 2022 yang turut dihadiri oleh Presiden Joko Widodo adalah acara perlumbaan pertama di Indonesia selepas 25 tahun.

Keadaan itu juga telah menyebabkan pihak mereka menjemput Pawang yang dikenali sebagai Rara Isti Wulan bagi melakukan ritual menghalau hujan lebat tersebut.

Sumber: CNN Indonesia

Ritual yang telah mendapat kebenaran daripada pihak bertugas dilakukan oleh Rara dengan memegang sebuah mangkuk sambil terkumat-kamit membaca sesuatu.

BACA JUGA: Pawang Dijemput Bagi Halau Hujan Ketika Acara MotoGP Indonesia

Litar dipanah petir!

Ketika perlumbaan itu ditangguhkan sementara menunggu hujan lebat berhenti, siaran langsung masih diteruskan.

Namun siapa sangka, mereka sempat merakam sebuah petir yang juga mengeluarkan api menyambar Litar Perlumbaan Antarabangsa Mandalika.

Lebih menakutkan lagi, petir itu disertai dengan bunyi guruh yang sangat kuat. Takut!

Selepas lebih satu jam ditangguhkan daripada waktu yang dijadualkan, akhirnya perlumbaan itu diteruskan tetapi dengan memendekkan pusingan kemenangan daripada 27 kepada 20 sahaja berikutan cuaca yang tidak memihak kepada mereka.

Keputusan akhir menunjukkan Miguel Oliveira daripada pasukan KTM Factory Racing telah menjuarai dengan 25 mata terkumpul.

Sumber: AutoSport

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd