Now Reading
[Video] Ayah Lambai Anak Pulang Ke Kota Selepas Raya Bersama Undang Sebak

[Video] Ayah Lambai Anak Pulang Ke Kota Selepas Raya Bersama Undang Sebak

Kelihatan seorang bapa sedang berbual dan melambai ke arah anaknya yang mahu pulang ke kediaman di bandar Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti saudara mara berpakat untuk berkumpul beramai-ramai di kampung halaman setelah sekian lama tidak berjumpa.

Kadangkala, ada di antara golongan masyarakat berpeluang untuk menziarahi kampung sekali atau dua kali sahaja dalam masa setahun akibat kekangan masa dan hanya dapat berjumpa ketika perayaan.

Walaupun waktu bersama ketika perayaan itu adalah menyeronokkan, namun situasi perpisahan apabila masing-masing mahu pulang ke kediaman sangat memilukan.


Anak Lelaki Ucap Selamat Tinggal Kepada Ayah Di Kampung

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@papaanak_4) menyaksikan situasi hiba apabila seorang anak lelaki bernama Meor Muhamad Kamal sedang mengucapkan selamat tinggal kepada bapa angkatnya dikenali sebagai Haji Shaarani selepas beberapa hari beraya.

Difahamkan isteri kepada lelaki berumur 82 tahun itu sudah meninggal dunia dan kini tinggal bersama seorang anak perempuan angkatnya di kampung sekitar Kampar, Perak.

Sumber: TikTok (@papaanak_4)

Menerusi klip video perkongsian, kedengaran Meor sedang meminta izin kepada ayahnya untuk pulang semula ke kediaman di bandar Kuala Lumpur.

Bukan itu sahaja, anak lelaki tersebut turut menitipkan beberapa pesanan kepada si bapa yang dikatakan sudah agak pelupa ekoran usia yang semakin meningkat.

Meor ketika dihubungi TRP berkata bapa angkatnya itu telah menjaganya sejak berusia 3 bulan.

Sumber: Meor Muhamad Kamal

“Jalan Elok-elok”

Dalam pada itu, bapanya juga telah memohon maaf zahir dan batin atas kesilapannya terhadap Meor selain berharap agar anak lelakinya menempuh perjalanan yang selamat untuk pulang ke bandar.

Meskipun ayahnya sudah terlupa tentang beberapa perkara, namun momen beberapa hari beraya bersama anak lelaki di sisi nampaknya masih segar di ingatan.

Di akhir klip video, kelihatan si ayah melambai ke arah anak yang mahu pulang. Sekali pandang, memang sayu melihat situasi tersebut.

@papa_anak4 SEMOGA AYAH SENTIASA DLM LINDUNGAN ALLAH🤲 #ayah ♬ bunyi asal – papa_anak4

Netizen Sebak Lihat Anak Ucap Selamat Tinggal Pada Bapa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak melihat perpisahan di antara anak beranak tersebut.

“Mengalir air mata tengok ayah sambil lambai. Tengok muka tu tenang je. Yang bahagian terakhir tu (lambai tangan) jatuh juga air mata,” kata seorang lelaki.

Malah, ramai juga menganggap air mata si ayah yang bergenang menunjukkan bahawa dia berasa sedih untuk melepaskan anak pulang ke bandar.

“Sebenarnya berat hati ayah tu nak melepaskan anak dia balik. Tetapi demi tanggungjawab, dia (ayah) terpaksa juga relakan,” kata seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga di kalangan warganet berasa hiba mengenangkan ibu bapa yang semakin memerlukan perhatian penuh dari anak-anak.

“Dulu mereka yang pesan jaga makan, hati-hati dan kunci pintu. Sekarang dah sampai masa kita pula peringatkan mereka. Roda kehidupan dah berputar,” ujar seorang netizen.

Sumber: TikTok (@papaanak_4)

Buat mereka yang masih mempunyai ibu bapa, hargailah orang tua anda selagi mereka masih ada. Selagi anda mempunyai masa lapang, ziarahilah mereka.

Mungkin sesetengah golongan ibu bapa tidak menunjukkan rasa gembira secara terang-terangan, tetapi percayalah orang tua akan berasa sangat seronok melihat kehadiran anak-anak mereka di sisi terutamanya pada hari yang istimewa.

Baca Artikel Berkaitan: Belum Pernah Miliki Kereta Baru, Bapa Sebak Anak Beri Hadiah Proton X50

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Sanggup Berhenti Kerja, Niat Jaga Ibu Uzur Sepenuh Masa

Baca Artikel Berkaitan: “Minta Taubat Pada Allah”- Pendakwah Kongsi Kisah Ibu Meninggal Dunia Kerana Kecewa Anak Mungkir Janji


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd