Belum Pernah Miliki Kereta Baru, Bapa Sebak Anak Beri Hadiah Proton X50
Senyuman lebar pada wajah orang tuanya itu membuatkan wanita ini bersyukur kerana dapat membelikan kereta Proton X50 kepada orang tuanya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ibu bapa adalah insan yang paling banyak berjasa kerana tanpa mereka, pasti kita tidak dapat menjadi seseorang yang berjaya pada hari ini.
Walaupun semakin sibuk dengan kerjaya dan keluarga, kita tidak seharusnya lupa untuk sentiasa bertanya khabar dan berbakti kepada orang tua.
Percayalah, pasti ibu bapa kita juga menunggu panggilan dari anak-anak mereka di kampung halaman.
Ayah Lebih Pilih Untuk Beli Kereta Terpakai Demi Simpan Wang Masa Depan Anak-anak
Menerusi perkongsian dimuat naik di laman Facebook (Fathiha Tia Sumery), wanita ini menceritakan pengalaman manis ketika membelikan ibu bapanya sebuah kereta jenis Proton X50 sebagai hadiah.
Jelas wanita bernama Fathiha itu, hadiah tersebut diberikan oleh dia dan adik-beradik selepas beberapa tahun bercadang untuk melakukannya.
Dalam hantaran itu, Fathiha mendedahkan ayahnya tidak pernah membeli kereta baharu dan lebih mementingkan wang simpanan untuk masa depan anak-anak.

Sebelum ini, ayahnya sering membeli kereta terpakai (second-hand) seperti Toyota Corolla Wagon dan Proton Wira.
Ayahnya dikenali sebagai seorang yang pandai menjaga harta benda dan sering membawa kereta ke bengkel jika berlaku sebarang masalah.
Tahun 2009, pindah Segamat, Johor. Masa ni pakai Wira pulak. Pun 2nd hand. Tapi ok la. Masih lawa. Kemana-mana pakai Wira, sampai ke Padang Besar ye. Condition kereta cun, sebab ayah jenis jaga kereta. Bunyi sikit je pergi bengkel.
Pengguna Facebook Fathiha Tia Sumery.
Namun pada tahun 2013 ketika ibu bapanya berada di lebuh raya, kereta jenis Proton Wira itu mengalami kerosakan dan menyebabkan kedua orang tuanya tersadai di tepi jalan.
Bila ayah dah pencen tahun 2013, masih juga bersama Wira. Bila anak-anak dah kerja dan duduk Lembah Klang, ayah ibu selalu naik. Ada sampai satu masa, kereta Wira ayah rosak kat highway. Tersadai la ayah ibu berdua tepi highway. Ye la, kereta lama kan. Sedih je rasa. Time ni fikir, kena cepat belikan ayah kereta baru.
Pengguna Facebook Fathiha Tia Sumery.
Anak Buat Kejutan Balik Kampung Dengan Bawa Kereta Baru Sebagai Hadiah Kepada Ibu Bapa
Selepas berbincang, mereka mahu membelikan kereta jenis 4X4 tetapi ayahnya menolak tawaran tersebut.
Apabila ditanya tentang jenis kereta idaman, si ayah berminat dengan Proton X70.
Nak dijadikan cerita, kebetulan pula Proton X50 baru sahaja dilancarkan di pasaran pada ketika itu dan mereka sesama adik-beradik bersetuju untuk membelikan kereta berkenaan sebagai hadiah kepada ibu bapa.

Kemudian tujuh bulan selepas menempah kenderaan itu, akhirnya ‘hadiah’ tersebut dibawa ke kampung halaman untuk memberi kejutan kepada orang tuanya.
November 2022 book kereta, hujung Mei 2021 dah dapat kereta. Sebab PKP tak boleh nak hantar kereta balik kampung. Jadi simpan dulu kat rumah abang. Bila dah boleh rentas, saya balik kampung drive sorang-sorang. Tak inform apa-apa pun kat ayah ibu kata nak balik kampung.
Pengguna Facebook Fathiha Tia Sumery.
Setibanya di kampung halaman, Fathiha terus memanggil ibu dan ayahnya sebelum memberikan kunci dan ‘test drive’. Kata-kata yang keluar dari mulut ayahnya membuatkan dia menjadi lebih sebak.
Ayah tak sangka seumur hidup ayah, boleh dapat pakai kereta baru.
Bapa kepada Fathiha.
Senyuman lebar pada wajah orang tuanya itu membuatkan Fathiha berasa puas hati dan bersyukur kerana dapat memberikan hadiah itu kepada mereka.

Netizen Puji Kebaikan Anak Hadiahkan Kereta Baharu Kepada Ibu Bapa
Ruangan komen di hantaran yang dimuat naik itu dipenuhi dengan reaksi positif di mana netizen turut meluahkan rasa teruja dengan kebaikan yang dilakukan oleh Fathiha serta adik-beradiknya.
Malah, ada juga netizen yang berpendapat bahawa kedua orang tua mereka telah membesarkan anak-anak dengan baik sehingga menjadi insan berjaya.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki untuk berbakti dan memberi kegembiraan kepada ibu bapa. Amin.
Artikel Berkaitan: [Video] Anak Surprise Bawa Kek Untuk Ibu Ketika Kerja Buat Orang Ramai Terharu
Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Bawa Mak Jalan” – Ramai Tersentuh Hati Baca Luahan Ibu Hargai Anak Penuhi Kehendak Mak
Artikel Berkaitan: [Video] Anak Sanggup Berhenti Kerja, Niat Jaga Ibu Uzur Sepenuh Masa
Sumber: Facebook Fathiha Tia Sumery
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.