Now Reading
“Sahabat Sejati” – Lelaki Korban Hantar Rakan Dari KL Ke Seremban Untuk Kejar Bas Ke Kelantan

“Sahabat Sejati” – Lelaki Korban Hantar Rakan Dari KL Ke Seremban Untuk Kejar Bas Ke Kelantan

Seorang lelaki dikenali sebagai Aqil membuat keputusan untuk menghantar rakannya Fikhrul ke Terminal Bas Pekeliling di Seremban sejurus terlepas menaiki bas ke Kelantan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila musim raya, sudah pasti rata-rata di kalangan masyarakat mahu pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari istimewa itu bersama ahli keluarga tercinta. Bahkan, ada yang sanggup menghabiskan duit yang banyak semata-mata mendapatkan tiket kapal terbang serta bas yang terhad.

Namun begitu, dalam sesetengah kes ada juga di antara golongan tersebut yang tertinggal bas disebabkan oleh kekangan masa atau berdepan dengan sesuatu kecemasan.


Lelaki Sanggup Hantar Rakan Dari KL Ke Seremban Hanya Untuk Kejar Bas Ke Kelantan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@aqilzahidi), menyaksikan momen menyentuh hati di antara dua sahabat. Difahamkan rakan kepada seorang lelaki dikenali sebagai Aqil telah tertinggal bas untuk pulang ke kampung halaman di Kelantan.

Oleh disebabkan berasa tidak sampai hati, Aqil yang berada di Kuala Lumpur mengambil keputusan untuk menghantar rakannya yang bernama Fikhrul ke Terminal Bas Pekeliling berdekatan iaitu di Seremban.

Sumber: TikTok (@aqilzahidi)

Walaupun hanya bermotosikal, Aqil dilihat bersungguh menghantar sahabatnya yang turut membawa bagasi.

Untuk info, Terminal Bas Pekeliling biasanya berfungsi sebagai pusat tumpuan bagi bas yang menuju ke pantai timur Malaysia seperti Temerloh, Jerantut dan Kelantan.


Fikhrul Berjaya Kejar Bas Di Seremban

Sekitar jam 4.30 petang, Aqil akhirnya berjaya menghantar Fikhrul ke terminal tersebut. Nasib menyebelahi rakannya kerana terdapat sebuah bas yang akan menuju ke Temerloh, Pahang tidak lama kemudian iaitu pada 5.30 petang.

Kata Aqil di ruangan komen, Fikhrul akan menaiki bas transit untuk ke Kelantan setibanya di Temerloh.

https://www.tiktok.com/@aqilzahidi/video/7354695046400052498

Netizen Terharu Lihat Sikap Aqil Yang Baik Dalam Membantu Rakan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat pengorbanan Aqil untuk menghantar rakannya ke terminal bas.

“Saya wakil netizen bang nak ucapkan terima kasih. Nak jumpa sahabat macam awak ni susah,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, orang ramai yang berasa sebak melihat situasi itu sempat menitipkan doa untuk Aqil.

“Bang jangan buat saya nangis. Semoga abang dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan,” kata seorang wanita.

Malah, ada juga yang berkata tingkah laku Aqil itu membuktikan bahawa dia tidak berkira dalam melakukan kebaikan dan merupakan sahabat sejati.

“Inilah namanya sahabat sejati. Ada masa susah dan senang. Jaga persahabatan sampai hujung nyawa,” jelas seorang individu.

Sumber: TikTok (@aqilzahidi)

Memang besar ganjarannya kalau kita amalkan sikap saling membantu rakan kita sendiri. InsyaAllah mudah-mudahan kebaikan yang dilakukan itu akan berbalik pula kepada kita sewaktu dalam kesusahan.

Buat mereka yang mempunyai sahabat sebaik ini, hargailah jasa dan pengorbanan mereka.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Uncle Baik” – Ramai Sebak Lihat Para Murid Cium Tangan & Beri Hadiah Pada Pak Guard Di Majlis Perpisahan

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Menangis Terharu Kerana Jumpa Ramai Rakyat Malaysia Yang Baik Hati

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sebak Tengok Pak Guard Ada RM5 Je, Pemuda Ini Belanja Nasi Berlauk Di Kedai Mamak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd