Now Reading
[Video] “Rasa Dunia Ni Kita Punya” – Gelagat Harris Annuar Manja Dengan Si Ibu Cuit Hati Netizen

[Video] “Rasa Dunia Ni Kita Punya” – Gelagat Harris Annuar Manja Dengan Si Ibu Cuit Hati Netizen

Harris Annuar masih dalam keadaan mamai akibat bius pembedahan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang dijalankan hari Isnin lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sikap bermanja dengan ibu bapa kita adalah satu kebiasaan buat mereka yang bergelar anak kecil lebih-lebih lagi dengan ibu.

Mana tidaknya ibu inilah yang selalu bersama sejak kecil dan tidak pernah berkira untuk membantu kita sewaktu dalam kesusahan.

Walaupun hubungan manja bersama ibu bapa adalah ‘rare’ buat sesetengah individu yang sudah meningkat dewasa, namun perkara tersebut bukanlah satu perkara janggal buat segelintir masyarakat.


Harris Annuar Bermanja Dengan Ibu Ketika Mamai Dicucuk Bius

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman Instagram, menyaksikan keadaan selebriti terkenal tanah air, Harris Annuar yang kini berada dalam wad hospital.

Pelakon itu telah menjalani pembedahan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada Isnin lalu di sebuah institut perubatan sekitar Shah Alam dan kini sedang dalam proses untuk kembali sembuh.

Menerusi klip video yang dimuat naik, kelihatan ibu kepada Harris yang sedang melawatnya di hospital sedang menyuap anaknya untuk menjamu selera.

Hari ini nampak mommy, dah lama mommy tak suap. Mommy suap sedap, best.

Harris Annuar.

Difahamkan, Harris masih dalam keadaan mamai akibat bius pembedahan yang masih belum surut daripada badannya. Hal itu berkemungkinan penyebab mengapa Harris bersikap sebegitu rupa dan ‘extra’ manja dengan ibunya.


Kemesraan Antara Anak & Ibu Dapat Dirasai

Dia juga dilihat mengukirkan senyuman sejurus menyedari dirinya memakai pakaian yang sama warna dengan ibu tercinta.

Kalau anda lihat sendiri video berkenaan, memang jelas terpapar kemesraan di antara seorang anak bersama si ibu.

Gelagat Harris yang bersahaja bermanja dengan ibunya itu kemudian mendapat perhatian warganet di laman Instagram.


Reaksi Netizen Lihat Telatah Harris Bersama Ibunya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan interaksi anak beranak tersebut.

“Suka betul tengok mummy (ibu Harris) cakap. Kelakar mummy ni. Dulu sebelum (aboy) Harris kahwin, selalu tengok video dia kenakan mummy. Terhibur betul, setiap hari mesti menanti video baru,” kata seorang wanita.

Malah, sesetengah warganet bersetuju bahawa sesetengah bius yang diberikan oleh pihak hospital sangat kuat sehingga menyebabkan diri mamai buat sementara waktu.

“Mamai bius ni memang real weh. Masa ini lah seseorang akan jadi insan yang jujur. Tanyalah apa-apa Insya-Allah akan jawapan yang jujur,” jelas seorang lelaki.

Sementara itu, ramai juga dilihat menitipkan doa agar selebriti berkenaan sembuh dengan kadar yang segera.

“Semoga diberikan kesembuhan yang barakah dan dipermudahkan segala urusan,” ujar seorang individu.

Sumber: Instagram (@harrisannuar)

Harris Selalu Sakit?

Tidak terhenti di situ sahaja, ramai juga meluahkan rasa bimbang melihat keadaan Harris yang dikatakan sering sakit.

Seperti sebelum ini, kecoh di media sosial memperlihatkan ‘penampilan’ baru Harris selepas disengat seekor lebah. Kejadian tersebut berlaku ketika dia baru sahaja selesai mandi dan tidak menyedari bahawa lebah berkenaan telah hinggap di tuala mandinya.

Kejadian yang begitu pantas itu juga membuatkan dirinya tidak tahu untuk buat apa sehinggakan bibirnya dilihat terus membengkak.

Perkongsian gambar bibir bengkak di akaun Instagram telah membuatkan netizen terhibur selepas dia membandingkan dirinya bersama selebriti antarabangsa, Angelina Jolie.

Sumber: Instagram (@harrisannuar)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bibir Harris Annuar Bengkak Teruk Selepas Disengat Lebah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ibu Zizan Razak Menangis Sebak Terima Hadiah Kereta Mercedes Idaman Daripada Anak-Anak

Baca Artikel Berkaitan: Ayah Hantar Video Wish Birthday, Anak Pelaut Tahan Sebak Rindu Pada Bapa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd