Now Reading
[Video] Bibir Harris Annuar Bengkak Teruk Selepas Disengat Lebah

[Video] Bibir Harris Annuar Bengkak Teruk Selepas Disengat Lebah

Menurut doktor yang merawat Harris, bengkak yang dialami disebabkan ‘anaphylactic shock’ akibat gigitan serangga itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Selebriti terkenal tanah air, Harris Annuar baru sahaja terlibat dengan insiden disengat lebah pada awal pagi tadi.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6 pagi tadi ketika dia baru selesai mandi dan tidak menyedari bahawa lebah itu telah hinggap di tuala mandinya.

Selesai saja mandi, saya terus capai tuala untuk lap muka. Malangnya, saya tak perasan yang tuala saya itu ada seekor lebah dan terus menyengat bibir saya.

Harris Annuar menerusi video di Instagram.

Kejadian yang begitu pantas itu juga membuatkan dirinya tidak tahu nak buat apa sehinggakan bibirnya dilihat terus membengkak.

Angelina who?

Harris tidak melepaskan peluang untuk berkongsikan keadaannya pada masa kini buat peminat serta pengikutnya di Instagram.

Perkongsian tersebut telah mengejutkan orang ramai gara-gara bibirnya membengkak dengan saiz yang agak besar.

Tapi boleh pula dia membandingkan dengan Angelina Jolie. Aduh, lawaklah!

Tekanan darah rendah, doktor tahan di wad

Harris menjelaskan dia terus mendapatkan rawatan di hospital berhampiran dan mujur dia datang awal kerana sengatan lebah amat berbahaya.

Doktor turut memaklumkan tekanan darahnya rendah menyebabkan dia terpaksa ditahan bagi memantau keadaan kesihatannya.

Doktor terpaksa menahan saya di wad sebab nak pantau keadaan jantung saya. Saya juga menerima dua suntikan di lengan dan punggung. Doktor beritahu bengkak yang dialami disebabkan ‘anaphylactic shock’ akibat gigitan serangga itu.

Harris Annuar.

Walau bagaimanapun, menerusi Instagram Story yang dimuat naik oleh Harris kira-kira tiga jam lalu, dia memaklumkan akan dibenarkan keluar dari hospital esok (16 Oktober).


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd