Now Reading
[Foto] Sumbangan RM2 Juta Untuk ‘Upgrade’ Fasiliti Sekolah Cina Bikin Orang Ramai Terkejut

[Foto] Sumbangan RM2 Juta Untuk ‘Upgrade’ Fasiliti Sekolah Cina Bikin Orang Ramai Terkejut

Difahamkan sumbangan RM2 juta itu adalah dari sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) The Community Chest.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sudah pasti rata-rata golongan ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak mereka termasuklah menyediakan tempat pembelajaran yang kondusif serta selesa.

Walaupun kerajaan ada memperuntukkan dana untuk setiap sekolah namun, kadangkala ia tidak mencukupi untuk menampung kos tambahan fasiliti yang lain.

Oleh disebabkan itu, ramai ibu bapa dan badan bukan kerajaan (NGO) telah banyak mengumpul sumbangan lumayan buat sekolah bagi meningkatkan fasiliti sedia ada untuk para murid.


Tandas Mewah SJKC Chung Kwok

Sebelum ini tular di platform media sosial menyaksikan kondisi fasiliti tandas serba mewah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Kwok, Kuala Lumpur.

Kalau pandang sekilas lalu, kami pasti anda tak sedar pun bahawa tandas itu bertempat di sekolah, macam di pusat membeli-belah pun ada.

Difahamkan, kos pengubahsuaian tandas tersebut disumbangkan oleh ibu bapa kepada anak-anak murid yang bersekolah di sana.

Baca Artikel Berkaitan: “Paling Win Antara Semua” – Netizen Terpegun Lihat Tandas Sekolah Moden Lepas Siap Renovate

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tandas Awam Moden Di Kelantan Siap Ada Aircond, TV & Air Panas!


SJKC Chung Kwo Terima Dana RM2 Juta Untuk Fasiliti Sekolah

Perkongsian itu kemudian mencuri perhatian ramai di laman X (Twitter) apabila ramai yang mendedahkan ibu bapa kepada anak dari SJKC sering memberikan sumbangan dana untuk kebajikan murid.

Seorang wanita dikenali sebagai Syafiqah (@MissKinkiychu) terkejut melihat satu papan besar yang terpapar di SJKC Chung Kwo menunjukkan nama-nama dipercayai para penjaga dan beberapa pihak berkepentingan yang menyalurkan dana tinggi kepada sekolah berkenaan.

Sumber: X

Kalau anda nak tahu, jumlah sumbangan tertinggi bukanlah bernilai ribu atau ratus ribu tetapi RM2,000,000 ya!

Dengan jumlah sebanyak itu, sudah pasti sekolah dapat menyediakan fasiliti terbaik buat anak-anak muridnya untuk belajar dalam satu persekitaran sekolah yang baik dan selesa.

Sumber: X (@MissKinkiychu)

Hasil carian kami mendapati tajaan RM2 juta itu adalah sumbangan daripada pihak NGO The Community Chest untuk pembinaan buatan dewan serba guna baru.

Sumber: The Community Chest

Fasiliti Sekolah Cina ‘Tip-top’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak sangka dengan nilai sumbangan yang amat tinggi itu. Malah ada juga yang berpendapat bahawa fasiliti di mana-mana SKJC selalu berada dalam kondisi baik.

“Banyak sekolah cina saya lawat, memang mereka buat macam ini, fasiliti memang tip-top. Transparent dan pada hemat saya ia mewujudkan ‘sense of belonging’ kepada sekolah,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ramai juga terinspirasi dengan perkara tersebut dan berkata sumbangan tinggi Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) mampu menyediakan suasana belajar yang baik buat anak-anak.

“What an inspiration! Cuba bayangkan betapa baiknya (keadaan) sekolah jika ramai ibu bapa mengoptimumkan sumbangan PIBG untuk bina fasiliti kondusif untuk dimanfaatkan oleh anak murid selain dana dari kerajaan. Sekolah akan jadi tempat terbaik untuk belajar,” ujar seorang wanita.

Sumber: X

Board Beserta Nama Penyumbang Adalah Satu Norma Di SJKC

Segelintir netizen berpendapat papan besar beserta nama penyumbang adalah satu perkara biasa yang anda boleh lihat di SJKC.

“Saya pun dulu sekolah cina. Memang dia ada board macam ni, (untuk tunjuk) siapa penyumbang untuk membangunkan sekolah,” jelas seorang individu.

Sumber: X

Baca Artikel Berkaitan: “Luar Sekolah, Dalam Kondo” – Guru Hias Bilik Majalah Seakan Kediaman Raih Pujian Ramai [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd