Now Reading
[Video] Tindakan Kanak-kanak Lelaki Pukul Kepala & Lompat Atas Jemaah Ketika Solat Buat Netizen Tergamam

[Video] Tindakan Kanak-kanak Lelaki Pukul Kepala & Lompat Atas Jemaah Ketika Solat Buat Netizen Tergamam

Menerusi klip video perkongsian, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki melompat dan memukul kepala jemaah wanita yang sedang solat berjemaah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, masjid-masjid di seluruh negara kini diimarahkan dengan kehadiran orang ramai bagi menunaikan solat secara berjemaah. Lebih-lebih lagi untuk menunaikan solat sunat Tarawih.

Ia bukan sahaja dihadiri oleh golongan dewasa, malah anak-anak kecil juga dilihat mengikuti para penjaga ke masjid bagi menunaikan ibadah.

Namun begitu, bukanlah semua di kalangan si kecil menyertai jemaah untuk solat, ramai juga di antara mereka yang bermain serta membuat ‘hal’ masing-masing sementara menunggu ibu bapa atau keluarga selesai beribadah.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kanak-kanak Halang Pintu Masuk Masjid Cetus Perdebatan Netizen


Kanak-kanak Pukul Kepala Jemaah Ketika Solat

Seperti baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman X (Twitter @ricxxxkiddo) menyaksikan seorang budak lelaki mengganggu para jemaah yang sedang menunaikan solat.

Kanak-kanak lelaki itu pada awalnya dilihat memeluk seorang wanita daripada belakang sebelum dia tertonggeng apabila jemaah tersebut sujud.

Lebih mengejutkan apabila budak tersebut bertindak memukul kepala seorang jemaah wanita yang lain. Aksi yang sama turut dilakukan kepada jemaah yang dipeluk oleh kanak-kanak itu sebelumnya.

Tidak terhenti di situ sahaja, dia kemudian melompat ke arah wanita yang dipukulnya buat pertama kali dan menarik jemaah itu ke belakang.

Namun, tiada sebarang info sama ada jemaah yang diganggu adalah dari kalangan ahli keluarga kanak-kanak berkenaan atau orang lain.


Netizen Berang Ibu Bapa Tak Pantau Anak

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen dilihat mempersoalkan keberadaan dan fungsi ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Walaupun membawa anak ke masjid adalah dibenar dan digalakkan, namun ramai berpendapat mereka seharusnya dididik agar mengetahui adab-adab berjumpa dengan orang ramai dan ketika berada di masjid.

“Didik anak tu dulu bukan bawa (ke masjid) kemudian tinggal dan biarkan dia main ikut suka,” jelas seorang individu.

Sumber: X

“Solat Di Rumah Jika Anak Tidak Terkawal”

Dalam sesetengah kes, ada juga kanak-kanak yang tidak mendengar kata walaupun telah ditegur dan dididik oleh ibu bapa.

Jika situasi itu berlaku, warganet berpendapat bahawa ibu bapa tidak sepatutnya membawa si kecil ke masjid kerana ia hanya akan mengganggu orang lain untuk khusyuk menunaikan ibadah.

Sumber: X

“Kenapa Tukang Rakam Tak Tegur?”

Malah, ada juga mengkritik individu yang merakam video kejadian kerana hanya bergelak ketawa dan tidak mengambil sebarang tindakan bagi menghentikan kelakuan kanak-kanak itu.

“Ya Allah sakit hati pula tengoknya. Tukang rakam pun tak menegur, seronok merakam,” kata seorang wanita.

Sumber: X

Masjid Mesra Kanak-Kanak Sekitar Lembah Klang & Selangor

Sekiranya para ibu bapa berhasrat membawa anak-anak ke masjid sepanjang bulan puasa ini, usah risau. Kalau anda nak tahu, banyak sahaja masjid telah tersedia dengan perkhidmatan penjagaan anak-anak ketika bulan Ramadan.

Berikut kami senaraikan beberapa masjid lain di sekitar Lembah Klang dan Selangor yang mesra kanak-kanak. Antaranya:

Sumber: Masjid Bandar Seri Putra, Bangi/ATSA
  1. Masjid al-Hasanah Bandar Baru Bangi
  2. Masjid Bandar Sri Putra, Bangi
  3. Masjid An-Nur, Temasya Glenmarie
  4. Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya
  5. Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi
  6. Masjid Al-Mustaqim, Ampang
  7. Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya

Namun ada sebuah masjid di utara tanah air yang turut menawarkan perkhidmatan serupa untuk kanak-kanak. Antaranya Masjid Madad di Sungai Petani, Kedah.

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Masjid Wilayah Persekutuan Sedia Khidmat Jaga Anak Ketika Solat Tarawih

Baca Artikel Berkaitan: Jemaah Wanita Bawa Anak Dihalau Dari Ruangan Utama Masjid? Ini Apa Yang Sebenarnya Berlaku


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd