Now Reading
[Video] Lewis Hamilton Lawat Sekolah Di Lembah Keramat, Ramai Netizen Teruja!

[Video] Lewis Hamilton Lawat Sekolah Di Lembah Keramat, Ramai Netizen Teruja!

Lewis Hamilton dipercayai telah berkunjung ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat (SMKSK) bagi program anjuran Petronas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi mereka yang meminati sukan Formula One (F1), pastinya anda mengenali individu bernama Lewis Hamilton atau nama sebenarnya Lewis Carl Davidson Hamilton.

Bukan senang ya dapat berjumpa dengan pemandu F1 ini kerana beliau sering sibuk dengan pertandingan di serata dunia.

Tetapi dalam kesibukannya itu, siapa sangka ada rakyat Malaysia yang berpeluang untuk bertemu gerangan ini secara bersemuka. Bertuah betul ya!


Lews Hamilton Melawat Sekolah Menengah Di Keramat

Menerusi hantaran dimuat naik di laman X (@FazreenIdham), Hamilton dipercayai telah berkunjung ke sebuah sekolah tempatan di Malaysia iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat (SMKSK).

Mesti ada yang terfikir, mengapa sekolah ini menjadi pilihan Hamilton sebagai lawatannya?

Difahamkan sekolah tersebut telah dipilih sebagai Johan dalam Petronas Chemical Group (PCG) peringkat Kebangsaan tahun 2023.

Oleh kerana kemenangan yang diperolehi dalam pertandingan anjuran Petronas itu, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diberi peluang untuk mengadakan program bersama Petronas dengan dihadiri oleh Lewis Hamilton.

Lawatan Hamilton dalam Program ‘Ke Arah Komuniti Lestari’ anjuran sekolah tersebut pastinya telah mengejutkan ramai pihak terutamanya para pelajar di sekolah berkenaan.


Netizen Terkejut Lihat Kelibat Lewis Hamilton Di Keramat Secara Tiba-tiba

Hantaran yang dimuat naik itu meraih perhatian ramai netizen terutamanya mereka yang meminati Hamilton kerana terkejut melihat kelibat ahli sukan itu di sekitar kawasan Keramat.

Siap ada bergurau kononnya beliau berasal dari kawasan tersebut.

“Hamilton budak Keramat sebenarnya”, kata netizen.

Ada yang siap mahu meminta pertolongan pengguna di laman X ini untuk bertanya tentang perkembangan kerjaya Hamilton dalam bidang sukan perlumbaan kereta F1 ini.

“Weh sesiapa tolong tanya soalan ‘dalam banyak-banyak kumpulan, kenapa pilih Ferrari?'”, tanya netizen.

Dalam pada itu, sifat ‘sporting’ Hamilton dalam menyertai program ini juga dipuji oleh netizen.

“Sporting juga Lewis Hamilton dan team F1 Mercedes setuju join program macam ni. Bagus bagus,” kata netizen.

Sumber: X

Biodata Tentang Lewis Hamilton

Sir Lewis Hamilton yang berusia 39 tahun telah dilahirkan di Stevenage, Hertfordshire, United Kingdom pada 7 Januari 1985.

Memetik sumber Britannica, beliau mula menyertai perlumbaan kereta ini pada tahun 2007 bagi Australian Grand Pix dan memengangi kejuaraan pertama pada tahun sama dalam Canadian Grand Pix.

Sumber: F1

Hamilton yang merupakan juara dunia buat kali ketujuh bagi pertandingan Formula 1 baru-baru ini mengumumkan bakal bertukar pasukan bersama Ferrari pula pada tahun hadapan.

Memetik laporan Sky Sports, Hamilton akan menamatkan penglibatannya bersama Mercedes selepas kontraknya tamat pada penghujung 2025.

Dia akan menyertai Ferrrari bagi menggantikan Carlos Sainz yang akan tamat kontrak pada tahun 2024.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd