Now Reading
[Video] Si Kecil Umur 3 Tahun ‘Confident’ Masuk Sekolah Kebangsaan Bikin Netizen Terhibur

[Video] Si Kecil Umur 3 Tahun ‘Confident’ Masuk Sekolah Kebangsaan Bikin Netizen Terhibur

Seorang anak kecil berumur 3 tahun dikenali sebagai Nuh dengan bersahaja berjalan dan yakin masuk ke sebuah sekolah kebangsaan tanpa menoleh ke arah ibu bapanya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebiasaannya, anak kecil yang belum pernah menjejakkan kaki di mana-mana institusi pendidikan seperti tadika atau taska pasti teruja untuk memasuki sekolah pada satu hari nanti. Hal ini berkemungkinan kerana mereka berasa bosan tinggal di rumah selain teruja untuk membuat kenalan baru.

Seperti sebelum ini, segelintir murid-murid tahun satu dilihat menangis teresak-esak ketika pertama kali ke sekolah. Namun kesedihan itu bertukar dengan senyuman, selepas sekolah mengadakan satu sesi senamrobik.

Kanak-kanak yang pada asalnya menangis juga kemudian ceria selepas bersenam bersama-sama dengan rakan sebaya lain.

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Murid Kembali Ke Sekolah Cuit Perhatian Ramai, Siap ‘Flashback’ Momen Waktu Kecil


Anak Umur 3 Tahun Bersahaja Berjalan Masuk Ke Sekolah Kebangsaan

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@farish_isa), menyaksikan gelagat seorang kanak-kanak dikenali sebagai Nuh yang bersemangat untuk ke sekolah. Namun perkara yang mencuit hati adalah Nuh baru sahaja berumur 3 tahun!

Pada awalnya, Nuh bersama ibu bapa hadir ke sebuah sekolah untuk menghantar si abang bagi menjalani sesi persekolah penggal baru.

Selepas selesai menghantar si abang, Nuh yang juga memakai kasut dan beg sekolah dilihat tidak sabar untuk masuk ke pekarangan sekolah untuk belajar.

Nuh kemudian dengan bersahaja berjalan ke arah bilik darjah selepas diiringi oleh ibunya. Lebih melucukan apabila Nuh berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang. Memang confident!

Jika anda lihat sendiri video tersebut, agak jauh juga Nuh berjalan. Seolah-olah kanak-kanak tersebut tahu ke mana dia hendak pergi sehingga pengawas yang bertugas juga terkejut dan terhibur melihat telatahnya.

Menurut si bapa, beg sekolah tema Iron Man yang dipakai oleh Nuh hanya berisi lampin dan bukannya buku. Ada-ada sahaja anak kecil itu.

https://www.tiktok.com/@farish_isa/video/7345340649983495426

Netizen Terhibur Dengan Telatah Nuh Mahu Ke Sekolah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan perwatakan Nuh yang bersahaja dan yakin bagi menyertai sesi pembelajaran di sekolah.

“Amboi adik bukan main lagi excited nak sekolah, dah la comel. Good boy semangat nak sekolah,” ujar seorang wanita

Malah, ramai juga berpendapat Nuh merupakan seorang yang boleh berdikari dengan sendirinya ketika sudah meningkat dewasa.

“Dah nampak confident tu bang (ayah Nuh). Dah boleh berdikari seorang,” kata seorang individu.

Sementara itu ada juga seorang ibu yang berkongsi pengalaman di mana anak-anaknya mempunyai perangai tersendiri sewaktu mahu dihantar ke sekolah.

“Macam anak saya 2 tahun, yang abang umur 5 tahun menangis tak mahu sekolah. Yang adik menangis nak pergi sekolah. Abang nangis nak lari keluar pagar, yang adik nangis nak masuk pagar (sekolah). Mak pening mana nak kejar,” jelas seorang netizen.

Sumber: TikTok

Bagus juga ya kecil-kecil dah ada minat nak bersekolah, senang buat ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah satu hari nanti tanpa banyak ragam.


Tips Atasi Masalah Anak Tak Mahu Ke Sekolah

Sudah tentu ramai ibu bapa di luar sana sedang berdepan dengan masalah anak-anak tidak mahu ke sekolah. Dalam sesetengah kes, ia menjadi semakin serius sehinggakan anak tantrum.

Baca Artikel Berkaitan: Anak Asyik Tantrum? Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Elak Si Kecil Cepat Meragam

Sumber: Pexels

Seorang guru dikenali sebagai Muhammad Naim pernah berkongsi bahawa masalah itu boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor seperti stres, perasaan takut berjauhan dengan ibu bapa, tidak suka pada seseorang guru dan sebagainya.

Namun usah risau, perkara tersebut boleh diatasi menggunakan kaedah yang betul. Antara tips yang dikongsi bagi menangani masalah anak tidak mahu ke sekolah adalah:

Sumber: Freepik/Pexels
  • Menceritakan suasana seronok alam persekolahan kepada anak-anak sebelum mereka menjejakkan kaki ke sana.
  • Berfikiran positif dan elakkan daripada menunggu anak dalam kelas terlalu lama.
  • Pastikan ibu bapa tidak lewat mengambil anak pulang dari tadika atau sekolah terutamanya pada minggu pertama.
  • Memberikan satu bentuk ganjaran sekiranya anak rajin ke sekolah.
  • Tunjukkan minat dan sokongan terhadap persekolahan anak seperti membuat ulangkaji bersama-sama.
  • Memperbanyakkan doa untuk kesejahteraan anak di sekolah.

Baca Artikel Berkaitan: Terlalu Seronok Pergi Sekolah, Murid Darjah 1 Sampai Menangis Tak Nak Balik Rumah [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd