Now Reading
Lelaki Ini Dedah Punca Sebenar Golongan OKU Sukar Berjalan Sendirian Sekitar Kuala Lumpur

Lelaki Ini Dedah Punca Sebenar Golongan OKU Sukar Berjalan Sendirian Sekitar Kuala Lumpur

Menurut Izhar yang merupakan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) berkerusi roda, pembahagi jalan menyebabkan golongannya sukar berjalan sekitar Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui Malaysia bukan sahaja terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya, malah negara ini juga terdiri dari pelbagai diversiti penduduk termasuklah golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurut statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hampir 1 juta warga OKU dalam negara sudah berdaftar pada tahun lalu.

Namun begitu, fasiliti untuk mereka masih belum di peringkat yang memuaskan di setengah kawasan sehingga ia menyebabkan halangan buat golongan tersebut berjalan di luar rumah secara sendirian.


Divider Jalan Raya Halang Laluan Golongan OKU Di Pejalan Kaki

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@braderwheelchair), apabila seorang lelaki dikenali sebagai Izhar Idham menunjukkan sekumpulan golongan istimewa yang berkerusi roda sedang berjalan sekitar ibu kota, Kuala Lumpur.

Menerusi video dikongsi, kelihatan sekumpulan OKU yang terdiri daripada kaum Adam dan Hawa berada di pejalan kaki untuk melintasi jalan raya yang sibuk.

Bagaimanapun, perkara tersebut tidak berjalan lancar akibat halangan pembahagi (divider) di bahu jalan yang menyebabkan kerusi roda mereka susah untuk melintasinya.

Sumber: TikTok (@braderwheelchair)

Oleh disebabkan itu, individu-individu yang menaiki kerusi roda terpaksa beratur menunggu giliran dalam keadaan cuaca panas untuk melintasi jalan raya sibuk berkenaan dengan selamat.

Laluan kerusi roda tidak boleh ada step atau tinggi. Kena rata walaupun pada mata ketinggian hanya dua ke tiga inci sahaja. Korang kena tahu, sekecil-kecil halangan, sebesar-besar rintangan kami yang berkerusi roda ini perlu hadapi.

Izhar Idham.

Harap Pihak Berkuasa Cakna Terhadap Cabaran Dilalui OKU

Jelas Izhar, perkongsian tersebut bertujuan untuk membuka mata orang ramai khususnya pihak berkuasa agar mereka sentiasa cakna terhadap cabaran dilalui golongan OKU berkerusi roda di negara ini.

Tengok video sampai habis baru korang tahu susah ke tak OKU nak bergerak sendiri walaupun di bandar Kuala Lumpur.

Izhar Idham.

Kecewa dengan fasiliti tidak sempurna, Izhar meluahkan pendapatnya di mana kemudahan untuk golongan OKU haruslah dalam kondisi terbaik sekiranya mahu menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan bukan hanya menitik beratkan bangunan gah pencakar langit sahaja.

Baca Artikel Berkaitan: Menara Merdeka 118 Baru Sahaja Dirasmikan YDPA, Ini 8 Fakta Menarik Yang Anda Patut Tahu

@braderwheelchair Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Inilah keadaan sebenar untuk kami yg berkerusi roda perlu hadapi bila keluar dari pintu rumah. Banyak tempat yg masih kurang kemudahan untuk oku. Yg mane ada kemudahan kebanyakannye tidak mengikut spec yg betul. Korang rasa betul tak?? Kalau betul mintak tolong share ramai ramai biar sampai dekat wakil oku, menteri dan jabatan yg sepatutnye jangan cakap jer pandai. Jom sama sama kita jadikan Malaysia salah satu negara yg mesra untuk oku. #awareness #fyp #kualalumpur #malaysia #oku #accessible #wheelchairlifestyle #wheelerangers #braderwheelchair #nobarriers #dbkl #kemudahanoku ♬ Very Sad – Enchan

Netizen Setuju Dengan Pendapat Mengenai Fasiliti OKU Yang Masih Mundur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat bersetuju dengan luahan dan pandangan dilontarkan oleh Izhar selain berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang sepatutnya.

“Betul itu, semoga pihak berkuasa ambil tindakan untuk kemudahan (OKU),” kata seorang individu.

Sumber: TikTok (@braderwheelchair)

Sementara itu, seorang ibu turut meluahkan rasa kecewa kerana kesulitan yang dihadapi semasa membawa anak OKU berkerusi roda berjalan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Sumber: TikTok (@braderwheelchair)

Kemudahan Tersedia Buat Golongan OKU

Walaupun kemudahan fasiliti di jalan raya buat OKU masih belum memuaskan, namun pihak kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif bagi mengurangkan bebanan golongan tersebut berkaitan perkhidmatan awam.

Pada awal tahun ini, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mengumumkan bahawa golongan istimewa boleh menaiki pengangkutan rel dan bas secara percuma dengan melanggan pas OKU SMILE yang diperkenalkan oleh Prasarana mulai 1 Februari.

Sumber: Rapid KL

Difahamkan, tambang percuma yang diberikan itu adalah sebagai langkah menggalakkan komuniti OKU menggunakan perkhidmatan awam sebagai pengangkutan harian mereka.

Kepada pemegang kad konsesi OKU Prasarana sedia ada yang mahu mengaktifkan pas OKU SMILE, anda boleh berbuat demikian di mana-mana kaunter Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT dan hab bas terpilih.

Sumber: Rapid KL

Berikut adalah hab bas Rapid KL yang menyediakan perkhidmatan berkenaan:

  • Pasar Seni
  • Chow Kit
  • KLCC
  • Sri Nilam
  • Puchong Utama
  • Pearl Point
  • Sunway Pyramid
  • Greenwood
  • Seksyen 2 Shah Alam

Baca Artikel Berkaitan: Golongan OKU Boleh Naik Pengangkutan Awam Secara Percuma Mulai Februari Ini

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Buta Penglihatan Gigih Alihkan Motor Yang Halang Laluan Pejalan Kaki OKU


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd