Now Reading
Menara Merdeka 118 Baru Sahaja Dirasmikan YDPA, Ini 8 Fakta Menarik Yang Anda Patut Tahu

Menara Merdeka 118 Baru Sahaja Dirasmikan YDPA, Ini 8 Fakta Menarik Yang Anda Patut Tahu

Sekitar 5 bilion ringgit telah dilaburkan untuk membina menara Merdeka 118 yang dirasmikan semalam (10 Januari).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (10 Januari), Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah merasmikan satu lagi mercu baru kebanggaan Malaysia iaitu Menara Merdeka 118.

Baginda bertitah Menara Merdeka 118 itu adalah simbol rakyat meraikan kepelbagaian negara sebagai realiti wajah Malaysia yang merdeka.

Menurut portal Merdeka Tower, sekitar 5 bilion ringgit (1.07 bilion dolar) dihabiskan untuk konstruksi menara tersebut.

Buat anda yang tidak boleh bayangkan tentang ketinggian bangunan itu, di sini kami tunjukkan perbandingannya bersama beberapa bangunan besar di Kuala Lumpur.

Sumber: Merdeka 118

Ini 8 Fakta Tentang Menara Merdeka 118

Kalau anda nak tahu, banyak sebenarnya sejarah di sebalik pembangunan mercu tersebut. Berikut kami kongsikan fakta menarik tentang Menara Merdeka 118. Antaranya:

#1. Dibina Untuk Memperingati Sejarah Kemerdekaan

Pencakar langit baru itu dikenali sebagai Merdeka 118 bersempena memperingati sejarah kemerdekaan Malaysia. Ia turut dibina di tapak bekas Taman Merdeka dan terletak bersebelahan dua warisan negara iaitu Stadium Negara serta Stadium Merdeka.

Sumber: Pexels
#2. Ada 118 Tingkat

Sinonim dengan nama mercu tersebut, menara itu sebelum ini dikenali sebagai KL 118 kerana terletak di Kuala Lumpur dan memiliki 118 tingkat.

Nama lain bagi menara itu ialah Menara Warisan Merdeka dan HQ Permodalan Nasional Berhad (PNB) kerana ia akan menjadi ibu pejabat baru PNB.

Dengan jumlah tingkat yang banyak, Menara Merdeka 118 adalah bangunan pertama di Asia Tenggara yang mempunyai lebih daripada 100 tingkat.

Sumber: The Edge Malaysia
#3. Bangunan Kedua Tertinggi Di Dunia

Dengan fakta ini, pasti anda akan berasa bangga sebagai seorang rakyat Malaysia kerana Menara Merdeka 118 merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia iaitu selepas Burj Khalifa di Dubai.

Dalam masa sama, ia juga dinobatkan bangunan tertinggi di Asia Tenggara.

Foto Burj Khalifa. Sumber: Unsplash
#4. Ruangan Skydeck Untuk Lihat View Kuala Lumpur

Bangunan tersebut terdiri daripada 278,709 meter persegi ruang luas lantai dan 154,219 meter persegi luas sewaan bersih ruang pejabat gred-A serta kira-kira 92,903 meter persegi ruang niaga.

Ketinggian menara itu membolehkan pengunjung menikmati pemandangan panorama latar langit indah Kuala Lumpur di skydeck yang dipanggil sebagai ‘The View at 118’.

#5. Lif Diperbuat Daripada Kaca & Keluli

Lain daripada kebiasaannya, lif yang diperbuat daripada kaca dan keluli menawarkan pengalaman kepada orang ramai ketika menaiki dan menuruni mercu itu di mana mereka boleh lihat pemandangan langit Kuala Lumpur.

Sumber: Merdeka 118
#6. Akses Kepada Pengangkutan Awam Yang Mudah

Ditempatkan di lokasi yang stategik, para pengunjung tidak akan mempunyai masalah bagi mendapatkan perkhidmatan pengangkutan seperti MRT.

Pembangunan PNB 118 disokong oleh dua landasan kereta api berdekatan iaitu laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT1) dan laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (MRT2).

Malah anda juga boleh guna alternatif lain seperti LRT Ampang Line, LRT Kelana Jaya Line, KL Monorail Line dan KLIA Express.

Sumber: Malay Mail
#7. Rekaan Merdeka 118 Diinspirasikan Imej Tunku Abdul Rahman 

Kalau anda perasan, bangunan itu mempunyai satu tiang tinggi yang terpacak di atasnya.

Buat mereka yang tidak tahu, rekaan seni bina kerjasama RSP Architects Sdn. Bhd dan Fender Katsalidis Architects yang berpusat di Melbourne itu diinspirasikan imej ikonik Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Ia seolah-olah menyerupai tangan kanan Tunku Abdul Rahman dinaikkan semasa melaungkan ‘Merdeka’ tujuh kali pada 31 Ogos 1957.

Sumber: Arkib Negara Malaysia
#8. Mempunyai Pusat Beli-Belah

Bukan sahaja menikmati pemdangan menarik, para pengunjung juga boleh meluangkan masa membeli belah di ‘118 Mall’.

Malah tempat membeli belah itu juga akan disambungkan terus ke sebuah taman terbuka ‘Merdeka Boulevard at 118’ seluas 1.62 hektar, di samping tiga menara kediaman eksklusif.

Sumber: Merdeka Tower

Buat mereka yang berminat untuk mengunjungi mercu berprestij itu, lokasi dan masa beroperasi Menara Merdeka 118 adalah seperti berikut:

  • Lokasi: Jalan Hang Jebat, City Centre, 50150 Kuala Lumpur.
  • Masa beroperasi: 9 am – 9 pm.

Baca Artikel Berkaitan: Russian Couple Takes Pics On Top Of Merdeka 118, Netizens Question Building Security

Baca Artikel Berkaitan: [Updated] Now US Youtubers Claim They Climbed Merdeka 118 After Russian Couple’s Stunt

Baca Artikel Berkaitan: Photo Of Russian Couple Standing Atop Merdeka 118 Sold For Nearly RM43k


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd