Now Reading
[Video] Cara Wanita Ini Layur & Bersihkan Daun Pisang Bikin Ramai Terkesima. Tapi Apa Sebabnya?

[Video] Cara Wanita Ini Layur & Bersihkan Daun Pisang Bikin Ramai Terkesima. Tapi Apa Sebabnya?

Detail betul dia basuh dan layur daun pisang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan, rakyat Malaysia rata-rata menyukai hidangan Nasi Daun Pisang. Dimakan pula dengan nasi putih, kari ikan, dan ayam goreng panas-panas.

Layan sungguh!

BACA JUGA: Kedai Nasi Kandar Pertama Di Tokyo Laku Keras

BACA JUGA: Did You Know That Nasi Kandar Literally Meant Rice Carried On A Pole?


Viral Video Wanita Cuci & Layur Daun Pisang

Baru-baru ini, satu video menerusi TikTok @supermomrecipes telah mula tular apabila video tersebut memaparkan cara-cara untuk membuat Nasi Lemak Supermom.

Walau bagaimanapun, video itu meraih perhatian apabila netizen mulai memperkatakan tentang cara pemilik video melayur dan membersihkan daun pisang sebelum ianya digunakan untuk membungkus Nasi Lemak berkenaan.

Kalau anda tonton sendiri video itu, memang rapi sangat.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima 224,700 tontonan.

@supermomrecipes Nasi Lemak Supermom dah ready! Hujan bukan penghalang ya guys. Hujan itu kan rahmat. Hujan-hujan ni lah syahdu makan nasi lemak dengan secawan kopi panas dekat @KopiKayoh tu. Jom layan fefeeling. Stock terhad macam biasa tau. 👩🏻‍🍳 #SupermomRecipes #KopiKayoh #fypã‚·ã‚šviral #foodtiktok #Seremban #Mambau #nasilemak #kopi #resipitiktok #foryoupage ♬ Cintaku Sampai Ke Ethiopia – Noraniza Idris

Menerusi laman Twitter (X) @kingofsaka23 iaitu suami kepada pemilik akaun @supermomrecipes di TikTok, suami memaklumkan bahawa pada asalnya video berkenaan dimuat naik untuk memberikan tutorial dan cara-cara untuk menghasilkan Nasi Lemak Daun Pisang.

Namun, netizen pada akhirnya lebih fokus kepada cara-cara wanita itu melayur dan membersihkan daun pisang sebelum membungkus hidangan berkenaan.

“Asalnya nak tunjuk proses buat nasi lemak yang wife aku hantar dekat Kopi Kayoh, Mambau. Tapi yang jadi viral bila ramai terkejut bila wife aku basuh dan layur setiap keping daun pisang,” jelasnya menerusi kapsyen di X.

Menjengah di ruangan balas ciapan itu, rata-rata turut berasa ingin tahu di manakah isterinya berniaga. Mungkin terliur.

Untuk info, Nasi Lemak Daun Pisang berkenaan kebiasaannya dihantar di Kopi Kayoh Mambau, Negeri Sembilan pada hari Jumaat hingga Ahad. Walau bagaimanapun, untuk bulan Ramadan ini, mereka berkemungkinan akan menjual hidangan tersebut di Bazar Ramadan berdekatan dengan Masjid Sendayan.


Kenapa Kena Cuci Daun Pisang Sampai Bersih?

Menerusi hantaran balas daripada seorang lelaki menerusi X (@naimpestcontrol), dia menjelaskan bahawa perkara yang dibuat oleh wanita itu adalah sesuatu yang betul dan penting dalam dunia masakan.

Ini kerana daun pisang sebenarnya adalah ‘port’ kegemaran kelawar, terutamanya jenis kelawar buah. Menurutnya, kelawar ini boleh menyebarkan Virus Nipah.

BACA JUGA: Virus Nipah Undang Maut, Ini Penjelasan Doktor

Untuk makluman, makanan dibalut dengan menggunakan daun pisang sememangnya lebih tahan lama dan selamat berbanding plastik yang mengandungi bahan kimia.

Ini antara cara-cara untuk memilih daun pisang dan tips menggunakannya:

  • Pilih daun pisang yang sama lebar dan tidak terlalu tua, sebab daun pisang yang tua akan keras dan sukar dibentuk.
  • Sebelum guna, jemur di bawah sinaran matahari untuk melayurkannya sehingga ‘lembut’ dan mudah dibentuk apabila dibalut.
  • Cuci bersih dan lap daun pisang sehingga kering.
  • Potong ukuran yang sama supaya makanan dibungkus sama seragam saiznya.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd