Now Reading
Snek Kurma & Mentega Kegemaran Rasulullah SAW – Dr Zulkifli

Snek Kurma & Mentega Kegemaran Rasulullah SAW – Dr Zulkifli

Dr Zulkifli dalam masa sama menjelaskan bahawa buah kurma itu perlulah dimakan bersama mentega dan bukannya marjerin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (10 Mac), Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad telah mengumumkan tarikh umat bergama Islam akan menunaikan ibadah puasa iaitu pada Selasa (12 Mac).

Dalam pada masyarakat akan menyambut bulan penuh rahmat itu, ramai di kalangan netizen dilihat berkongsi pelbagai resepi menarik di media sosial.

Antara makanan atau snek yang menjadi bualan orang ramai pada ketika ini adalah buah kurma yang dimakan bersama mentega. Malah ramai juga yang telah mengubah suai resepi itu dengan menambahkan kekecang kegemaran masing-masing.


Mentega & Kurma Adalah Kegemaran Rasulullah SAW

Baru-baru ini, bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi perkongsian di laman X (Twitter @drzul_albakari) menggalakkan orang ramai untuk mencuba makanan tersebut.

Lebih-lebih lagi ketika menjelang waktu berbuka puasa kerana menjamah buah kurma adalah sunnah Rasulullah SAW.

Dari Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata:

“دخل علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم «فقدمنا زبدا وتمرا وكان يحب الزبد والتمر”

Maksudnya: “Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar.”

[Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah]

Namun perlu diingatkan anda perlu makan buah kurma bersama mentega dan bukannya marjerin.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Terhadap Perkongsian Dr Zulkifli

Menjengah ke ruangan balas, sesetengah netizen yang telah mencuba snek itu tidak dapat menafikan kelazatan kurma mentega tersebut.

“Saya dah mula makan begini sejak beberapa tahun lepas. Sedap lagi-lagi kalau butter sejuk sikit, masuk mula cair. Syahdunya,” ujar seorang individu.

Sumber: X

Namun begitu, ramai juga di kalangan pengguna laman X mempertikaikan perkongsian berkenaan di mana snek itu dikatakan tidak sihat kerana jumlah kolestrol yang tinggi.

Oleh disebabkan itu, seorang individu berkata orang ramai perlu menerima sunnah Rasulullah SAW seadanya dan tidak mempersoalkan perkara tersebut.

“Disebabkan sunnah ini baru diketahui umum, ramai pula yang nak jadi kalkulator kalori. Terimalah sunnah sebagaimana ia diajarkan. Kalau makan berlebihan ni bagilah apa jua makanan sekalipun memang tidak menyihatkan. Bersunnah dan berpadalah makan di bulan Ramadan,” kata seorang lelaki.

Sumber: X

Kurma & Mentega Tinggi Kalori?

Cakna dengan pertikaian orang ramai tentang kolestrol, Dr Zuklifli menjelaskan bahawa snek itu sesuai untuk dijadikan sebagai persediaan berpuasa dan sumber tenaga selepas seharian menahan diri daripada makan serta minum.

Beliau juga telah berkongsi maklumat tentang kalori tentang pengambilan kurma bersama mentega yang dimuat naik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini.

Sumber: Facebook Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah

Ini kiraan tablespoon tapi biasanya pakai sudu teh pun dah memadai. Bermakna, kalori lebih rendah dari dalam poster ini. Makan apa pun, bersederhana. Itulah makna sunnah dalam pemakanan.

Dr Zulkifli.

Pengambilan Kurma Bersama Mentega Adalah Selamat

Perdebatan orang ramai tentang jumlah kalori juga telah mencuri tumpuan pakar-pakar kesihatan. Menurut perkongsian Dr Muhamad Hazwan di laman Tiktok, mentega kebiasaannya diperbuat daripada krim dan susu yang boleh membentuk lemak tepu (saturated fat).

Jelasnya, badan manusia memerlukan kandungan lemak tepu tidak melebihi 10% daripada pengambilan kalori harian seseorang. Kesimpulan Dr Hazwan mengenai perkara itu adalah pengambilan kurma digabungkan dengan mentega adalah selamat.

Anda juga harus memastikan mentega yang diambil adalah asli dan merupakan jenis mentega tanpa garam (unsalted butter).

@dr1share

Apa mentega kurma? Makin mengarut la rakyat Malaysia ni… Xbahaya ka kurma disapukan mentega? #shouldbeme #dr1share #learnontiktok #tiktokguru_malaysia

♬ original sound – DR1 SHARE – DR1 SHARE

Seorang bekas pakar pemakanan juga bersetuju dengan info dikongsikan oleh Dr Hazwan dan berkata mentega asli selalunya berharga mahal di pasaran. Antara jenama yang digalakkan untuk membeli adalah Tatura, Lurpak, Anchor dan Chef’s Choice.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 8 Jenis Kurma Dipercayai Dari Israel. Boikot Selagi Boleh!

Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebabnya Kenapa Perlu Basuh Dulu Buah Kurma Sebelum Makan

Baca Artikel Berkaitan: 5 Khasiat Air Rendaman Kurma Untuk Kesihatan Diri Ketika Berpuasa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd