Now Reading
‘Cronyet’ Jadi Menu Trending Terbaharu, Apa Pula Tu?

‘Cronyet’ Jadi Menu Trending Terbaharu, Apa Pula Tu?

‘Cronyet’ itu terhasil daripada pastri croissants yang telah dipenyetkan menjadi leper sebelum dibakar di dalam ketuhar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rakyat Malaysia dan makanan memang tidak boleh dipisahkan. Mana tidaknya, setiap kali ada makanan yang viral, mesti semua orang tidak mahu melepaskan peluang untuk mencubanya walaupun terpaksa beratur selama dua jam.

Sebelum ini pernah viral makanan seperti cromboloni, croffle, kurma butter dan sebagainya.

Kali ini, apa pula hidangan yang tengah ‘trending’ dalam kalangan netizen? Percayalah nanti mesti ada yang akan terus mahu mencubanya kerana berasa FOMO (fear of missing out).

Baca Artikel Berkaitan: Kunafa, Halab & Makanan ‘Viral’ Sekitar KL Anda Wajib Cuba!

Baca Artikel Berkaitan: Snek Kurma & Mentega Kegemaran Rasulullah SAW – Dr Zulkifli


Hidangan Croissant Penyet Atau ‘Cronyet’ Pula Jadi Menu Viral Terbaru

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@lalevainsg), tular satu lagi menu pastri daripada hidangan croissants yang dipenyetkan atau disebut sebagai ‘smashed croissants’.

Kalau korang tengok dalam video berkenaan, pelbagai topping menarik yang diletakkan pada menu berkenaan seperti manisan coklat, beri dan sebagainya.

Difahamkan, pastri ini viral dalam kalangan warga Singapura dengan nama ‘Cronyet’.

Sumber: TikTok @lalevainsg

Mungkin ada yang terfikir, kenapa ‘Cronyet’? Ia menggabungkan perkataan ‘croissants’ dan penyet. Jadi terhasil lah perkataan ‘Cronyet’.

Cara untuk menghasilkan menu ini sama sahaja seperti pembuatan croissant yang biasa, cumanya doh pastri tersebut akan diratakan sebelum dibakar di dalam ketuhar.

Selepas siap dimasak, pastri itu akan dicelupkan ke dalam sos pilihan serta ditaburi dengan manisan.

https://www.tiktok.com/@lalevainsg/video/7343070265896717588?_r=1&_t=8kZdvEVhXzp


Cronyet Dah ‘Landed’ Di Malaysia

Menjengah ke ruangan komen video berkenaan, ramai netizen termasuklah rakyat Malaysia menjangkakan menu ini akan menjadi popular di negara ini seperti hidangan lain.

“Tak lama lagi sampai Malaysia confirm,” kata netizen.

Difahamkan hidangan ini sudah wujud di Malaysia selepas ia dijual oleh kedai di Bukit Jalil dikenali sebagai ‘Bake by Mel‘.

Baca Artikel Berkaitan: Bake By Mel Offers Delicious Pastries And Fine Cakes In Bukit Jalil [Review]

Sumber: Instagram @bakebymel_/ TRP

Sesetengah netizen meluahkan mereka tidak berkesempatan untuk merasa hidangan yang viral sebelum ini iaitu Cromboloni, tiba-tiba muncul pula menu ‘Cronyet’ ini.

“Cromboloni pun belum rasa lagi, datang pula smashed croissant,” luah netizen.

Pada masa sama, netizen turut berkata pengubahsuaian menu ini akan membuatkan masyarakat warga Perancis terkejut melihat hidangan tempatan mereka dibuat seperti itu.

“Menangis orang Perancis tengok,” kata netizen.

Sumber: TikTok @lalevainsg

Menu Viral Yang Anda Boleh Buat Sendiri

Terbaharu, menu kurma bersama butter telah semakin popular sebagai salah satu hidangan untuk berbuka puasa menjelang bulan Ramadan.

Malah, bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi perkongsian di laman X (Twitter @drzul_albakari) turut menggalakkan orang ramai untuk mencuba makanan tersebut.

Sumber: X (@AinulNunana)/Facebook Datuk Dr Zulkifli Mohamad

Cakna dengan pertikaian orang ramai tentang kolestrol, Dr Zuklifli menjelaskan bahawa snek itu sesuai untuk dijadikan sebagai persediaan berpuasa dan sumber tenaga selepas seharian menahan diri daripada makan serta minum.

Namun perlu diingatkan anda perlu makan buah kurma bersama mentega dan bukannya marjerin.

Baca Artikel Berkaitan: Snek Kurma & Mentega Kegemaran Rasulullah SAW – Dr Zulkifli


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd