Now Reading
Tunku Azizah Pertama Kali Buat Live Di TikTok, Sempat Luah Rasa Rindu Kepada Anakanda

Tunku Azizah Pertama Kali Buat Live Di TikTok, Sempat Luah Rasa Rindu Kepada Anakanda

Siaran live itu memperlihatkan perbualan di antara Tunku Azizah dan anakandanya Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang sedang membuat lawatan sekitar negeri Pahang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya dikenali sebagai pasangan yang mesra bersama rakyat.

Keramahan sikap Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah itu membuatkan rakyat Malaysia turut berasa selesa untuk berinteraksi dengan baginda apabila berpeluang bertemu secara fizikal.

Siap ada yang dapat bergambar lagi ketika terserempak dengan baginda. Bertuah sungguh!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] YDPA ‘Sporting’, Sambung Nyanyian Ketika Dihulur Mikrofon Oleh Aizat Amdan

Baca Artikel Berkaitan: “Bestnya Dapat Jumpa Tuanku” – Ramai Teruja Lihat Agong Bawa Keluarga Ke KFC Untuk Santapan Tengah Hari [Video]


Raja Permaisuri Pertama Kali Buat Live TikTok

Baru-baru ini, Tunku Azizah buat pertama kalinya melakukan siaran live di laman TikTok Pahang Post dengan menggunakan akaun Tengku Ampuan Pahang.

Siaran live itu memperlihatkan perbualan di antara Tunku Azizah dan anakandanya Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang sedang membuat lawatan sekitar negeri Pahang.

Tunku Azizah dikatakan ingin membuat kejutan kepada Tengku Hassanal selepas memanggil anakanda baginda dengan panggilan ‘Abanal’.

Ketika siaran live itu, baginda bertanya kepada Tengku Hassanal dengan santai tentang perasaanya ketika melakukan lawatan berkenaan.

Rasa macam tengah masuk video call sekali dengan mereka pula.

Sumber: TikTok

Selain Tengku Hassanal, anak angkat baginda iaitu Tengku Amir Naseer Ibrahim turut berada dalam sesi kunjungan berkenaan.

“Abang Amir, mama nak tengok muka. Dari pukul 8 mama tunggu, nak tengok anak dua-dua tak sampai-sampai,” kata baginda.

Tunku Azizah menyatakan baginda agak cemburu kerana kedua anakanda baginda dapat bertemu dengan warga Pahang. Tetapi baginda turut mendoakan agar mereka berdua selamat ketika berada dalam perjalanan untuk menaiki bot.

“Seronok? Mama dengan baba cemburu sangat. Okay selamat ya. Mama doakan dalam bot tu selamat. Baca Al-Fatihah. Baca Bismillah,” ujar Tunku Azizah.

Sebelum mengakhiri perbualan, Tunku Azizah mahu meminta kepada anakandanya mengirimkan salam kepada masyarakat Pahang dan meluahkan rasa rindu kepada Tengku Hassanal dan Tengku Amir.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 1 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

@aidnrfzh_ Full live moment 🥹 credit to @Pahang Post #tengkuhassanal #this7 #tengkuampuanpahang #tengkuamir #tengkupanglimaraja #pahangroyalfamily #live #repost #fyp #foryou #fyppp ♬ My Love Mine All Mine – Mitski

Netizen Teruja Lihat Tunku Azizah Buat Live TikTok

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang teruja selepas melihat Tunku Azizah dan kedua orang anakandanya melakukan siaran Live di laman TikTok.

Maklumlah bukan selalu dapat tengok kerabat diraja bermesra seperti ini di khalayak ramai.

“Jarang kerabat diraja ni nak live begini ya. Permaisuri Pahang ni memang humble. Dari dulu lagi,” kata netizen.

Siap ada yang kata macam tengah join panggilan video (video call) dengan mereka sekeluarga.

“Terasa macam ada sekali dalam video call,” ujar netizen.

Dalam pada itu, netizen juga menganggap Tunku Azizah sebagai seorang bonda yang rapat dengan anak-anaknya.

Sumber: Twitter

Profil Tentang Anakanda-anakanda Yang di-Pertuan Agong Bersama Raja Permaisuri

Mungkin ada di antara anda yang kurang mengetahui profil anakanda-anakanda Baginda. Yang mana satu yang sulung, bongsu dan sebagainya.

Jom kami ringkaskan untuk anda.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mempunyai enam orang anakanda iaitu:

  • Yang Mulia Tengku Ahmad Iskandar Shah (sudah meninggal dunia)
  • Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah (29 tahun)
  • Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah (27 tahun)
  • Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah (24 tahun)
  • Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah (24 tahun)
  • Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah (22 tahun)
Sumber: Twitter

Pada tahun 1987, Baginda telah berkenan untuk mengambil Tengku Amir Naseer Ibrahim yang berusia setahun pada ketika itu.

Tengku Amir Naseer Ibrahim merupakan sepupu kepada Baginda serta anak bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim bersama isteri ketiga iaitu Czarina binti Abdullah.

Sumber: Twitter

Baca Artikel Berkaitan: Kenali 6 Anakanda Kepada Yang di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kanak-kanak Sertai ‘Fashion Show’, Aksi Comel Tiru Gaya Raja Permaisuri Tunku Azizah Jadi Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd