Now Reading
[Video] Wanita Ini Kongsi Tips Paling Win Bapa Di Korea Ajar Anak Jadi Genius

[Video] Wanita Ini Kongsi Tips Paling Win Bapa Di Korea Ajar Anak Jadi Genius

Antara cara didikan diterapkan adalah dengan menyediakan ruangan dan suasana belajar yang seronok buat anak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai ibu bapa, sudah pasti anda mahukan yang terbaik buat si kecil termasuklah dari aspek tumbesarannya. Malah, ia juga menjadi impian orang tua untuk melihat anak-anak berjaya dalam pendidikan.

Bagi merealisasikan perkara tersebut setiap ibu bapa mendidik anak di rumah mengunakan cara mereka yang tersendiri. Lain orang, lain caranya.

Cara didikan anak juga bergantung kepada persekitaran serta budaya tempat tinggal seseorang.


Kaedah Didikan Anak Oleh Ibu Bapa Warga Korea

Baru-baru ini tular satu hantaran di laman TikTok (@zaraprdny), apabila seorang wanita Indonesia menunjukkan kaedah suami yang berasal dari Korea mendidik anak mereka pada usia kecil.

Jelas wanita dikenali sebagai Zara, didikan ke atas budak lelaki itu adalah berdasarkan tunjuk ajar oleh orang sekeliling bagi melahirkan anak yang pintar dari segi kecelikan mindanya.

Tambah Zara, persaingan antara murid di sekolah Korea adalah tinggi dan mereka harus ‘berlumba-lumba’ untuk menempatkan si anak dalam sekolah yang terbaik.

Berikut kami kongsikan antara cara didikan anak yang diterapkan oleh si bapa yang berasal dari Korea. Antaranya:

#1. Latih Fokus Anak Sejak Bayi

Menurut Zara, dia bersama suami telah melatih anak untuk kekal fokus menggunakan stimulasi yang sesuai dengan umurnya. Sebagai contoh adalah menggunakan permainan deria dan menunjukkan ilustrasi imej kepadanya.

Memetik The Malaysian Medical Gazette, ‘Sensory Play’ yang melibatkan semua deria iaitu sentuhan, penglihatan, rasa, bau dan pendengaran dapat membantu perkembangan kanak-kanak. 

Sumber: TikTok (@zaraprdny)
#2. Bermain Dengan Flash Card

Setelah bayi sudah semakin membesar, Zara bersama suami memperkenalkan flash card kepada si kecil untuk bermain.

Untuk info, flash card adalah sejenis kad imbas yang penuh dengan maklumat seperti gambar haiwan, buah-buahan, nombor, perkataan dan sebagainya. Kad tersebut berperanan untuk melatih tahap daya ingatan anak dengan lebih efektif.

Sumber: TikTok (@zaraprdny)
#3. Sediakan Ruang Belajar Yang Seronok

Kaedah didikan yang ketiga adalah dengan menyediakan ruangan belajar dan suasana yang seronok buat anak.

Ibu bapa diingatkan agar tidak terlalu memaksa anak untuk belajar kerana itu akan membuatkan mereka cepat berasa bosan dan enggan meneruskan sesi pembelajaran tersebut.

Perkara yang anda boleh lakukan semasa sedang melatih anak adalah bercerita atau menyanyi bagi mencuri tumpuannya.

Sumber: TikTok (@zaraprdny)
#4. Latih Membaca Sejak Kecil

Kebiasaanya, kediaman rakyat Korea yang mempunyai anak kecil akan dipenuhi dengan buku membaca. Ibu bapa dikatakan sering membaca buku cerita kepada anak ketika mereka mahu tidur. Selalunya, mereka akan mengitar semula buku dari kenalan terdekat.

Sewaktu anak sudah menjejakkan kaki ke alam persekolahan, rata-rata ibu bapa di negara berkenaan akan mendaftarkan anak dalam ke kelas tuisyen bagi memperoleh ilmu tambahan.

Sumber: TikTok (@zaraprdny)

Ramai juga di kalangan penjaga sanggup menghabiskan duit yang banyak bagi memastikan si kecil berpeluang menyertai sesi pembelajaran bersama guru-guru terkenal.

Guru-guru itu mempunyai gred dan kredibilitinya yang tersendiri bagi mendidik dan menempatkan anak murid di institusi berprestij.

@zaraprdny

Disclaimer : aku belajar dari apa yg aku dapatkan di lingkungan sekitar ku ya… krn persaingan antar murid di korea tuh ketat bgt… bny yg berlomba masuk sekolah terbaik #fyp #fypシ゚ #fypindonesiaシ #fypdongggggggg

♬ Genius (feat. Sia, Diplo & Labrinth) – LSD

Reaksi Netizen Terhadap Perkongsian Kaedah Mendidik Anak

Menjengah ke ruangan komen, ramai di kalangan pengguna TikTok bersetuju dengan didikan yang diamalkan oleh Zara dan suami untuk si anak.

“Sama la macam apa yang mak saya buat dekat saya. Saya umur empat tahun sudah boleh membaca surat khabar cuma tak faham maksud. Jadi kena tanya maksud perkataan itu dekat mak. Alhamdulillah sekarang jadi best student SPM tahun 2023,” kata seorang individu.

Sumber: TikTok (@zaraprdny)

Seorang ibu juga berkata kaedah dikongsikan oleh Zara sememangnya berkesan buat anaknya.

“Benar. Dari kecil saya suka membacakan buku (kepada anak), tetapi kalau sedang mengajar memang kena bijak cipta suasana (seronok). Anakku (umur) dua tahun jadi suka belajar Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab,” jelas seorang wanita.

Sumber: TikTok (@zaraprdny)

Sementara itu, segelintir netizen berpendapat kesedaran kedua ibu bapa untuk memainkan peranan mendidik anak sejak usia kecil adalah penting.

“Pentingnya kesedaran dari pasangan bahawa mendidik anak itu bukan hanya tanggungjawab isteri sebagai ibu, tetapi juga peranan ayah,” kata seorang warganet.

Sumber: TikTok (@zaraprdny)

Baca Artikel Berkaitan: “Perintah Allah SWT Kena Sangat Hati-hati!” – Ini 5 Tips Untuk Mudah Didik Anak Perihal Agama

Baca Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Liyana Didik Anak Sedekah Dari Kecil Raih Pujian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Anak Selalu Agresif Di Rumah, Ini 5 Tips Dikongsi Pakar Bagi Elak Si Kecil Bersikap Kasar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd