Now Reading
Anak Selalu Agresif Di Rumah, Ini 5 Tips Dikongsi Pakar Bagi Elak Si Kecil Bersikap Kasar

Anak Selalu Agresif Di Rumah, Ini 5 Tips Dikongsi Pakar Bagi Elak Si Kecil Bersikap Kasar

Menurut coach parenting yang dikenali sebagai Fhais, sikap ibu bapa yang tidak dapat mengawal emosi iaitu dengan menjerit akan mendorong kepada karakter kasar anak-anak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pasti ramai di kalangan ibu bapa yang sedang bergelut untuk mendidik anak-anak di rumah sehinggakan pening kepala dibuatnya. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa.

Kalau anda lihat ramai golongan anak kecil yang sudah menunjukkan tanda-tanda agresif namun tidak dapat diketahui punca sebenar berlakunya perkara itu.


Coach Parenting Kongsi 5 Perkara Ibu Bapa Perlu Elak Agar Anak Tak Kasar

Baru-baru ini, tular satu hantaran dimuat naik oleh seorang coach parenting menerusi laman TikTok (@fhaissalim), apabila dia berkongsi lima perkara yang perlu dielakkan oleh ibu bapa agar anak tidak membesar menjadi seorang yang kasar. Khususnya untuk anak-anak kecil.

Buat ibu bapa yang sedang ‘struggle’ untuk mendidik anak, di sini kami sertakan lima perkara yang dikongsi oleh Fhais. Antaranya:

#1. Jangan Jerit Secara Melampau

Fhais menjelaskan ibu bapa perlulah mengawal emosi dengan tidak terlalu menjerit, atau menengking kepada anak. Hal ini kerana, apa sahaja yang didengari oleh si anak akan menyebabkan mereka memendam perasaan sehingga membentuk karakter yang kasar pada masa akan datang.

Sumber: Unsplash
#2. Kurangkan Tabiat Mengugut Anak

Seperti kebiasaannya, segelintir ibu bapa sudah terbiasa dengan tabiat menakutkan anak agar mereka tidak melakukan sesuatu perkara negatif.

Namun begitu, sikap mengungut, mengancam serta menakutkan anak secara berlebihan mampu mendorong karakter yang kasar dan agresif.

Sumber: Smart Parents
#3. Keras Hati Dengan Anak

Tabiat ketiga yang mampu membentuk sikap anak yang kasar adalah apabila ibu bapa terlalu berkeras dengan anak. Atau dalam erti kata mudah adalah apabila mereka terlalu tegas. Sebagai contoh, tidak pernah membenarkan anak bermain di taman permainan.

Jelas Fhais, jika anak meminta izin untuk melakukan perkara yang tidak memudaratkan, maka tidak salah untuk ibu bapa membenarkannya.

Tambah coach itu lagi, sekiranya ibu bapa terlalu tegas, ia sekaligus mengajar anak untuk ‘berkeras’ di mana mereka berkemungkinan akan berkasar dengan anda apabila sudah meningkat dewasa.

Sumber: Unsplash
#4. Tak Respon Kepada Anak

Kalau anda nak tahu, perkara kecil yang sering diambil mudah seperti tidak memberi respon juga boleh memberi kesan buruk. Kata Fhais, sikap tidak memberi respon kepada anak-anak yang sedang bercakap dengan tutur kata lemah lembut mampu menukar karakternya.

Jikalau anda perasan, sesetengah ibu bapa akan memberi respon kepada anak ketika mereka sedang memberontak, menjerit atau agresif.

Namun sikap tersebut akan membuatkan si anak berfikir dan belajar bahawa mereka perlu menjerit serta tantrum agar benda yang dimahukan ‘dilayan’ oleh orang tua.

Sumber: Unsplash
#5. Ajar Anak Untuk Membalas Dengan Kekerasan

Yang terakhir adalah, ibu bapa perlu berhenti mengajar anak untuk bertindak agresif seperti memukul bagi membela diri sekiranya terlibat dalam pergaduhan atau salah faham bersama individu lain.

Sebagai contoh adalah apabila ibu bapa menyuruh anak untuk bertindak kasar terhadap rakan ketika sedang bergaduh di sekolah.

“Percaya cakap saya, antara perkara yang susah kita nak buang adalah sifat kasar. Apabila anak yang pada mulanya baik, diajar untuk kasar, susah nak undur balik,” ujar Fhais dalam hantaran sama.

Sumber: Freepik

5 Tips Tangani Masalah Anak Tantrum

Mengendalikan anak tantrum sememangnya bukan satu kerja yang mudah. Kadangkala, ada juga ibu bapa berputus asa melawan perangai anak agresif akibat keletihan yang melampau.

Memetik Hello Doktor, berikut adalah tips yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa bagi menangani anak tantrum di rumah. Antaranya:

  • Berikan mereka kasih sayang secara fizikal dan emosi.
  • Biarkan mereka bebas beraktiviti dan jangan terlalu kerap mengawal pergerakan anak.
  • Berikan pujian untuk tingkah laku positif dan baik ditunjukkan oleh anak.
  • Menunjukkan sikap seorang ibu bapa dan bukannya menjadi kawan baik kepada anak agar mereka tidak terlalu selesa untuk tantrum.
  • Berhenti memalukan anak di khalayak ramai.
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Buat ibu bapa yang sedang stres untuk mendidik anak, jangan putus asa. Semoga dengan berkat kesabaran anda, anak-anak akan membesar dengan didikan baik pada satu hari nanti.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenapa Anak Sulung Sensitif & Kuat Sentap? Ini Penjelasan Dari Coach Parenting

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Penting Jaga Emosi Anak” – Sikap Ibu Bapa Tak Marah Si Kecil Ketika Tumpahkan Air Dipuji Netizen

Baca Artikel Berkaitan:Perintah Allah SWT Kena Sangat Hati-hati!” – Ini 5 Tips Untuk Mudah Didik Anak Perihal Agama


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd