Now Reading
“Beribadah Dengan Ilmu” – Amin Idris Tegur Influencer Tentang Isu Konten Hajar Aswad

“Beribadah Dengan Ilmu” – Amin Idris Tegur Influencer Tentang Isu Konten Hajar Aswad

Menurut Amin Idris, orang bukan beragama Islam akan memandang buruk terhadap kelakuan influncer yang bergelut demi mencium batu Hajar Aswad.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, tular perkongsian di platform media sosial mengenai seorang influencer yang memuat naik klip video dirinya sedang bergelut ketika percubaan untuk mencium batu Hajar Aswad di Mekah.

Difahamkan, dia ingin membantu team kerjanya yang pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Haram bersama isteri untuk mencium batu Hajar Aswad.

Oleh disebabkan tindakan influencer yang mendesak untuk ke batu tersebut, pakaian ihramnya telah terlondeh hingga menampakkan bahagian badan di khalayak ramai.

Baca Artikel Berkaitan: “Niat Saya Bukan Kerana Konten” – Hafiz Mahamad Padam Video Cium Hajar Aswad, Tampil Beri Penjelasan


Amin Idris Tegur Influencer Buat Konten Di Mekah

Hantaran yang telah dipadam olehnya telah menerima kritikan orang ramai. Susulan itu, banyak pihak telah memberikan pandangan dan teguran masing-masing termasuklah pengacara televisyen serta penceramah bebas Amin Idris.

Menerusi perkongsian di laman TikTok miliknya (@iamaminidris), Amin berkata niat awal usahawan tersebut adalah baik kerana mahu menolong para wanita daripada pasukannya termasuklah si isteri untuk mencium batu Hajar Aswad.

Namun begitu, tindakan berkenaan dikatakan tidak wajar kerana jumlah jemaah umrah yang cukup ramai pada waktu tersebut.

Berikut adalah antara perkara lain yang diulas oleh Amin Idris. Antaranya:

#1. Tak Perlu Buat Konten Di Mekah

Jelas Amin, sekiranya seseorang itu berpeluang untuk ke Mekah atau Madinah, mereka haruslah mengambil kesempatan tersebut bagi menunaikan ibadah dengan sebaiknya. Hal ini kerana, bukan semua di kalangan umat Islam yang berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Haram.

Yang boleh melakukan umrah, bukan semua mampu. Jadilah buatlah betul-betul. Tak payah nak buat konten, record video.

Amin Idris.

Tambahnya, jika ibadah dilakukan berbelah bahagi dengan urusan dunia, para jemaah gagal menerapkan tarbiah umrah ke dalam diri masing-masing.

Sumber: Freepik

Malah, golongan itu juga dikatakan gagal berubah menjadi seseorang yang lebih baik apabila pulang ke tanah air masing-masing kerana mereka tidak melakukan ibadah dengan sepenuh hati di sana.

#2. Beribadah Dengan Ilmu

Seterusnya, adalah penting untuk seseorang jemaah menunaikan ibadah dengan pegangan ilmu supaya mereka tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Kemampuan seseorang untuk menunaikan umrah bukan sahaja dinilai berdasarkan duit dan harta, tetapi ilmu yang diterapkan.

Jika individu bukan beragama Islam melihat kelakuan influencer tersebut di batu Hajar Aswad, sudah pasti mereka memandang buruk terhadap imej agama Islam.

Sumber: Pexels
#3. Niat Cium Hajarul Aswad

Amin dalam masa sama menegaskan bahawa umat Islam disunatkan untuk mencium batu Hajar Aswad dan tindakan itu dilakukan kerana umat Islam perlu mengikut tunjuk ajar Nabi Muhammad SAW.

Namun begitu, pengacara berkenaan menjelaskan hukum mencium batu Hajar Aswad adalah sunat dan bukannya sesuatu yang wajib di sisi agama Islam.

Sumber: Saudi Gazette

Ibadah ni, kita mengikut sesuatu diajar oleh Allah SWT yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Kita tidak boleh memandai-mandai dalam soal ibadah ini.

Amin Idris.
@iamaminidris

Pesan Nabi kepada Saidina Umar: ‎عَنْ أَبِي يَعْفُورٍ الْعَبْدِيِّ ، قَالَ : سَمِعْتُ شَيْخًا بِمَكَّةَ، فِي إِمَارَةِ الْحَجَّاجِ يُحَدِّثُ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ : ” يَا عُمَرُ، إِنَّكَ رَجُلٌ قَوِيٌّ، لَا تُزَاحِمْ عَلَى الْحَجَرِ، فَتُؤْذِيَ الضَّعِيفَ، إِنْ وَجَدْتَ خَلْوَةً فَاسْتَلِمْهُ، وَإِلَّا فَاسْتَقْبِلْهُ، فَهَلِّلْ وَكَبِّرْ “. Daripada Abi Ya’fur Al-Abdiy, dia berkata: Aku telah mendengar seorang tua di Mekah, ketika pemerintahan Al-Hajjaj, menceritakan daripada Umar bin Al-Khattab -رضي الله عنه-, bahawa Nabi -صلى الله عليه وسلم- telah bersabda kepada beliau: “Wahai Umar! Sesungguhnya engkau seorang lelaki yang kuat. Janganlah engkau bersesak pada Hajar (Aswad), lalu engkau akan menyakiti orang yang lemah. Jika engkau dapati kekosongan, maka engkau sentuhlah ia, jika tidak, maka engkau menghadaplah (kepada)nya, lalu engkau bertahlillah dan bertakbirlah”. [Musnad Ahmad no. 190] ♬ original sound – Amin Idris – Amin Idris


Dr Zulkifli Perjelas Hukum Cium Hajar Aswad Jika Ia Sakiti Orang Lain

Dalam pada itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan semalam (4 Mac) juga telah memberikan pandangan beliau mengenai batu Hajar Aswad.

Beliau berkata hukum mencium Hajar Aswad menjadi haram sekiranya ia menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri dan orang lain atau membahayakan.

Sumber: Pexels

Tambah Dr Zulkifli, cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari.

“Agak janggal bila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya.

“Saya juga lihat perkembangan mutakhir ini, ramai memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau Hajar Aswad di media sosial. Jika ia hanya sekadar ‘trend’ untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah ‘trend’ yang merugikan itu,” ulas beliau.

Baca Artikel Berkaitan: “Pelik Jika Ibadah Umrah Dirosakkan Dengan Telefon Pintar Untuk Rakam Video/Foto” – Dr Zulkifli

Baca Artikel Berkaitan: Wartawan Israel ‘Curi-curi’ Masuk Ke Mekah Cetus Kemarahan Orang Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd