Now Reading
“Pelik Jika Ibadah Umrah Dirosakkan Dengan Telefon Pintar Untuk Rakam Video/Foto” – Dr Zulkifli

“Pelik Jika Ibadah Umrah Dirosakkan Dengan Telefon Pintar Untuk Rakam Video/Foto” – Dr Zulkifli

Dr Zulkifli menjelaskan cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, mencium batu Hajar Aswad semasa berada di Mekah adalah satu ibadah sama seperti tawaf ketika melakukan ibadah umrah.

Namun bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan hari ini (4 Mac) menjelaskan bahawa melakukan tawaf adalah perkara wajib manakala mencium Hajar Aswad pula hanyalah satu sunat.

Gambar sekadar hiasan.

“Bahkan di sisi ulama Syafi’iyyah, hukum asal bagi wanita adalah tidak disunatkan bagi mereka mencium Hajar Aswad kecuali keadaan di mataf agak lengang,” jelas beliau.


Haram Mencium Hajar Aswad Sekiranya Boleh Bahayakan Diri & Orang Lain

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook Dr Zulkifli, beliau berkata hukum mencium Hajar Aswad bagaimanapun menjadi haram sekiranya ia menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri dan orang lain atau membahayakan.

Beliau menjelaskan cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari.

Gambar sekadar hiasan.

“Agak janggal bila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya.

“Saya juga lihat perkembangan mutakhir ini, ramai memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau Hajar Aswad di media sosial. Jika ia hanya sekadar ‘trend’ untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah ‘trend’ yang merugikan itu,” kata beliau.

Namun, Dr Zulkifli tidak mendedahkan siapakah individu yang dimaksudkan itu.


Saranan Dr Zulkifli Ketika Umrah & Haji

Mengulas lanjut, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu turut menyarankan umat Islam yang menunaikan ibadah Umrah atau Haji untuk memperbanyakkan doa dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

“Sewajarnya di hadapan Baitullah, kita fikirkan dosa kita, keampunan daripada Allah, termasuk doa-doa kepada-Nya. Dengan itu sahaja pun kita sudah cukup sibuk tanpa sempat memikirkan peluang untuk mencipta konten.”

‎قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Maksudnya: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. [Surah al-An’am: 162].


Influencer Dikecam Bergelut Demi Cium Hajar Aswad

Baru-baru ini, seorang influencer telah teruk dikecam orang ramai apabila memuat naik satu video dirinya sedang bergelut ketika percubaan untuk mencium batu Hajar Aswad berkenaan.

Apa yang lebih mencuri tumpuan apabila pakaian ihramnya turut terlondeh hingga menampakkan bahagian badannya sehingga menuai kritikan pengikutnya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd