Now Reading
Wanita Ini Terkejut Lihat Fasiliti Kondominium Di Malaysia Jauh Beza Dengan Korea

Wanita Ini Terkejut Lihat Fasiliti Kondominium Di Malaysia Jauh Beza Dengan Korea

Menurut wanita warga Korea dikenali sebagai Seonma yang kini menetap di Malaysia, dia terkejut apabila melihat tong sampah disediakan di setiap tingkat kondominium.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jenis-jenis rumah di setiap negara serata dunia sudah pasti tersedia dengan pelbagai reka bentuk dan fasiliti yang berbeza.

Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor luaran seperti budaya atau cuaca di negara itu sendiri.

Sebagai contoh, banyak juga negara luar yang tidak menggunakan penghawa dingin dan mempunyai ruangan unggun api di dalam rumah akibat cuaca sejuk melampau.


Beza Antara Kondominium Di Malaysia & Korea

Baru-baru ini, seorang wanita Korea yang kini menetap di Malaysia berkongsi satu hantaran menerusi laman TikTok (@seonma_shin), menunjukkan ciri-ciri kediaman kondominium di negara ini.

Wanita dikenali sebagai Seonma berkata, servis dan fasiliti kondominium di Korea dan Malaysia adalah berbeza. Antara perkara yang mencuri perhatian Seonma adalah seperti berikut:

#1. Tong Sampah

Menurut Seonma kediaman kondominium yang disewa olehnya sekarang tersedia dengan kemudahan bilik tong sampah di setiap tingkat bangunan.

Manakala di Korea pula, tong sampah hanya diletakkan pada aras bawah luar bangunan kondominium tersebut.

Sumber: TikTok (@seonma_shin)
#2. Bidet

Secara umumnya, rata-rata penduduk di Malaysia lebih selesa menggunakan bidet di dalam tandas untuk membersihkan diri selepas membuang air kecil atas besar. Seonma berkata, ibu bapanya terkejut apabila pertama kali melihat bidet yang berada dalam tandas kediaman miliknya.

Namun begitu, wanita itu telah menunjukkan cara yang betul dan panduan bagi menggunakan bidet itu dengan mudah.

Sumber: TikTok (@seonma_shin)
#3. Bilik Pembantu Rumah

Yang ketiga adalah bilik extra untuk pembantu rumah. Bilik tersebut yang dipanggil sebagai ‘Kakak Room’ oleh Seonma telah dijadikan sebagai stor untuk menyimpan barangan-barangan seperti bagasi, kotak besar dan lain-lain.

Jelasnya, bilik khas untuk pembantu rumah tidak disediakan di kondominium sekitar Korea.

Sumber: TikTok (@seonma_shin)
#4. Pintu Gril Besi

Kebanyakan tempat tinggal bukan sahaja di kondominium sudah terbiasa menggunakan pintu gril besi yang mempunyai ruang lubang.

Ibu bapa kepada Seonma sekali lagi terkejut melihat pintu itu buat pertama kali dan menggelarkan ia sebagai ‘Jail Door’.

Namun selepas seketika tinggal di negara ini, wanita itu kini lebih selesa menggunakan pintu jenis grill kerana pengudaraan yang baik.

Sekarang saya selesa dengan pintu grill besi ini sebab saya boleh buka pintu dan rasa angin di dalam rumah.

Seonma.
Sumber: TikTok (@seonma_shin)
#5. Ketinggian Siling Rumah

Seterusnya ialah tahap ketinggian siling rumah di Malaysia. Seonma terkesima melihat siling yang jauh lebih tinggi berbanding di Korea. Oleh disebabkan itu, pelbagai konflik berlaku di kejiranan Korea kerana bunyi bising yang boleh kedengaran akibat siling rendah.

Namun begitu, dia masih tertanya-tanya apakah cara efisien untuk membersihkan siling daripada habuk memandangkan ia tinggi dan susah untuk dicapai.

Sumber: TikTok (@seonma_shin)
#6. Kipas & Penghawa Dingin

Yang terakhir adalah kewujudan kipas dan penghawa dingin yang banyak pada setiap ruangan dalam kondominium. Melihat kepada video klip yang dikongsi, dapat dilihat lebih kurang lima buah kipas dan penghawa dingin tersedia di dalam rumahnya.

Sumber: TikTok (@seonma_shin)

Seonma berkata jika perkara sama dilakukan di Korea, tidak mustahil bil elektrik penduduk akan tinggi dan ‘melambung’.

https://www.tiktok.com/@seonma_shin/video/7341001852370144520

Reaksi Netizen Terhadap Perbezaan Ciri-ciri Kondominium

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berpendapat bahawa bilangan kipas dan penghawa dingin banyak itu dipengaruhi oleh cuaca panas yang sering dialami di Malaysia.

Sementara itu, ada juga individu yang tertanya-tanya sama ada masyarakat Korea menggunakan kipas dinding untuk siling rumah yang lebih rendah.

Menjawab kepada persoalan itu, Seonma berkata penduduk Korea menggunakan kipas berdiri dan jarang memasang penghawa dingin akibat kos bil elektrik yang mahal.

Sumber: TikTok (@seonma_shin)

Malah, ada juga yang bersetuju dengan perkongsian Seonma dan berpendapat bahawa tong sampah susah dijumpai di Korea.

“Di Korea, sangat susah untuk mencari tong sampah. Saya kena simpan sampah dalam poket dulu dan buang semasa sampai di hotel,” ujar seorang wanita.

Sumber: TikTok (@seonma_shin)

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Pasar Malam Bina Rumah Sendiri Ala ‘English Style’, Elak Hutang Pada Usia 40 Tahun

Baca Artikel Berkaitan: Yatie Sendayu Tinggi Kongsi Tips Bina Rumah Atas Tanah Kosong. Sesuai Untuk Golongan ‘First Timer’

Baca Artikel Berkaitan: Isu ‘Extend’ Rumah Flat Sampai 3 Tingkat Raih Perdebatan Netizen


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd