Now Reading
Peniaga Pasar Malam Bina Rumah Sendiri Ala ‘English Style’, Elak Hutang Pada Usia 40 Tahun

Peniaga Pasar Malam Bina Rumah Sendiri Ala ‘English Style’, Elak Hutang Pada Usia 40 Tahun

Menurut Ami, dia mengambil keputusan untuk membina kediamannya sendiri kerana tidak mahu membeli rumah selain berhutang ketika berumur 40 tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memang tidak dapat dinafikan ramai dalam kalangan masyarakat yang kurang mampu untuk membeli rumah serba baru ekoran dengan ekonomi tidak menentu pada ketika ini.

Pilihan yang ada buat golongan tersebut adalah untuk menyewa rumah sedia ada. Namun begitu, tidak semua berpeluang untuk berbuat demikian kerana persaingan hebat yang menyebabkan tiada kekosongan rumah untuk disewa.


Lelaki Bina Rumah Sendiri Untuk Elak Hutang Pada Umur 40 Tahun

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@abangmurtabak), apabila seorang peniaga pasar malam dikenali sebagai Ami berkongsi kisah dia membina sebuah rumah dengan hasil titik peluh sendiri.

Menurutnya, dia membuat keputusan berkenaan setelah mendapat notis untuk pindah daripada rumah yang dihuni. Oleh disebabkan tidak menjumpai rumah sewa dan mahu mengelakkan diri daripada bebanan hutang pada umur 40 tahun, maka dia nekad untuk membina rumahnya sendiri.

Dengan membeli sebuah mesin bancuh konkrit, dia akhirnya memulakan projek membina rumah di tanah Felda iaitu di sebelah kediaman milik mentua dan iparnya.

Walaupun belum nampak hala tuju yang jelas tentang rumah tersebut, Ami tidak berputus asa untuk menjayakan projek berkenaan. Tambah Ami, dia hanya melayari video di YouTube tentang cara-cara membina rumah kerana tidak mempunyai sebarang ilmu asas tentang pembinaan.

Sumber: TikTok (@abangmurtabak)

Bina Rumah Berkonsepkan ‘English Style’

Setelah beberapa hari terlibat dalam pembinaan rumah, Ami mengaku dirinya pernah mahu mengalah. Namun semangatnya kembali bangkit setelah dinding rumah yang cantik mula dipasang.

Bahkan dia kini sudah tahu konsep yang hendak ditampilkan untuk rumah barunya nanti iaitu ala-ala ‘english style’ dengan menggunakan hiasan dalaman minimalis berserta sinki berwarna emas.

Difahamkan, luaran binaan tersebut telah pun siap namun bahagian dalam seperti siling, pendawaian dan sistem perpaipan masih dalam projek pemasangan.


Ami Berusaha Semampu Boleh Untuk Siapkan Rumah

Di akhir perkongsian, Ami menjelaskan bahawa dia hanyalah seorang insan biasa yang sentiasa mencuba untuk meningkatkan kebolehan dan potensi diri.

Tambah Ami, dia akan bercerita kepada Allah SWT pada suatu hari nanti tentang perkara yang dilakukan menggunakan nikmat yang diberikan olehNya di dunia ini.

Aku nak bercerita dengan Tuhan apa yang aku buat di dunia dengan harta, kesihatan dan umur yang diberi. Aku telah melakukan yang terbaik, Engkau menyaksikan.

Ami.
Sumber: TikTok (@abangmurtabak)

Netizen Puji Sikap Gigih Ami Bina Rumah Sendiri

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji sikap Ami yang berusaha bersungguh-sungguh dan tidak melupakan tanggungjawabnya untuk menyediakan keperluan asas buat isteri dan anak.

“Sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang memerah keringat memikul tanggungjawab ke atas anak dan isteri. Semoga Allah SWT rahmati hidupmu,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok (@abangmurtabak)

Sementara itu, ada juga segelintir pengguna laman TikTok yang sempat menitipkan doa buat Ami agar diberikan semangat untuk menyiapkan projek binaan rumah.

“Terbaik bro. Semoga dipermudahkan urusan buat rumah sendiri. Yang penting kegigihan dan jangan sesekali berputus asa,” ujar seorang warganet.

Sumber: TikTok (@abangmurtabak)

Malah, ada juga memuji Ami kerana pandai membahagikan kos menggunakan bajet sikit untuk membangunkan rumah yang cantik.

“Terbaik la tuan. Cantik dan kemas, buat ikut cita rasa sendiri. Dengan kos RM50 ribu, ia memang sangat jimat, tahniah,” jelas seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@abangmurtabak)

Buat anda yang bercadang untuk membina rumah sendiri, bolehlah saksikan video-video dikongsikan oleh Ami di akaunnya. Mana tahu dapat inspirasi dan idea.

Baca Artikel Berkaitan: Yatie Sendayu Tinggi Kongsi Tips Bina Rumah Atas Tanah Kosong. Sesuai Untuk Golongan ‘First Timer’

Baca Artikel Berkaitan: Influencer Tinggal Di PPR Tapi Hiasan Dalaman ‘Aesthetic’, Ramai Netizen Pertikai

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Panduan Untuk Elak Jadi Mangsa Projek Rumah Terbengkalai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd