Now Reading
Wanita Luah Rasa Bengang Selepas Dakwa Nama Bakal Anak ‘Dicuri’ Kakak Ipar

Wanita Luah Rasa Bengang Selepas Dakwa Nama Bakal Anak ‘Dicuri’ Kakak Ipar

Wanita ini agak bengang apabila nama ‘Zayyan Bariq’ yang mahu diberikan kepada anak sulungnya itu dikatakan telah ‘diambil’ oleh kakak iparnya selepas bersalin melalui czer.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali menimang cahaya mata, antara perkara pertama yang menjadi keutamaan oleh para ibu bapa adalah untuk memilih nama bayi.

Sesetengah ibu bapa pada zaman moden ini gemar memberikan nama yang unik kepada si kecil mereka. Yang penting, nama tersebut masih mempunyai maksud yang baik.

Berbicara tentang pemilihan nama bayi, baru-baru ini tular satu luahan perasaan oleh seorang wanita tentang perkara tersebut.


Wanita Luah Rasa Kesal Kakak Ipar Didakwa Tiru Nama Untuk Bakal Anak

Menerusi ciapan dimuat naik semula di laman X (Twitter @pelisahh), seorang wanita menceritakan satu kisah yang berlaku ketika dia dan kakak iparnya sedang sama-sama sarat mengandung.

Menurutnya, tarikh dijangka bersalin untuk mereka berdua dikatakan berada dalam tempoh yang agak dekat.

I pregnant sama-sama dengan kakak ipar, due I next week and due dia patutnya next month. So meaning to say I akan beranak dulu, tapi unfortunately something happen to her pregnancy and dia kena emergency czer (baby premature) minggu lepas.

Wanita yang berkongsi cerita.

Nak dijadikan cerita, kakak iparnya sempat berkunjung ke rumah mereka dan bertanya sama ada wanita ini sudah mempunyai nama untuk anak atau belum.

Selepas berborak, wanita ini meninggalkan kakak iparnya di ruang tamu seorang diri buat sementara waktu untuk menunaikan ibadah solat.

Namun ketika keluar dari bilik, wanita ini agak terkejut apabila melihat telefon bimbitnya berada di tangan kakak ipar.

Dia cakap mak mentua saya telefon, so dia angkat. Waktu ni I fikir nak check call log waktu dia balik nanti sebab nak jaga hati dia. For context, phone I memang I tak letak password and I suri rumah.

Wanita yang berkongsi cerita.
Sumber: Pexels

Pada minggu lepas, kakak iparnya telah bersalin dengan melakukan pembedahan czer kecemasan sebelum mengumumkan nama bayinya di dalam grup WhatsApp keluarga.

Apa yang membuatkan wanita ini terkejut adalah nama yang diumumkan itu dikatakan sama seperti nama yang mahu diberikan kepada bakal anaknya, iaitu Zayyan Bariq. Perkara ini juga disedari oleh suami kepada wanita ini.

Tidak lama selepas itu, wanita terbabit mula teringat kejadian di mana kakak iparnya telah memegang telefon bimbitnya ketika berkunjung ke rumah.

Pastu baru la I teringat pasal kejadian phone tu and cerita dekat dia, suami I check call log I and mak mentua I takde call pun sebenarnya time dia ada kat rumah kitorang tu.

Wanita yang berkongsi cerita.

Selepas menyedari apa yang berlaku, suami kepada wanita berkenaan mahu bertanya kepada kakaknya, tetapi ditahan oleh isteri kerana prihatin dengan keadaannya yang baru melahirkan anak.

Di akhir perkongsian, wanita ini bertanya pendapat sama ada reaksi yang agak bengang dengan tindakan kakak iparnya itu adalah tepat atau tidak.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Selepas Baca Kisah Ini

Perkongsian kisah dari wanita berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen berkaitan pemilihan nama bagi anak mereka.

Sesetengah netizen berpendapat wanita tersebut berhak untuk berasa bengang dengan perkara yang berlaku lebih-lebih lagi apabila bayi dalam kandungannya itu adalah anak sulung selepas tempoh tujuh tahun.

“Valid weh. Nak pilih nama anak kucing pun brainstorm lama, inikan anak 7 tahun TTC,” kata netizen.

Malah, ada juga netizen yang menceritakan pernah melalui pengalaman sama apabila nama anak dipercayai ditiru sebanyak dua kali oleh kenalannya.

Pada masa yang sama, segelintir netizen berpendapat wanita berkenaan sepatutnya membenarkan suaminya untuk ‘confront’ kakak iparnya atas isu yang berlaku.

Selain itu, seorang lagi netizen pula mencadangkan agar wanita ini tetap meneruskan nama Zayyan Bariq yang ingin diberikan kepada anak sulungnya.

“Kalau awak betul-betul suka nama tu, pakai je. Lantaklah ada dua orang nama sama, mungkin ubah sikit ejaan ke,” ujar netizen.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang berkata isu yang berlaku ini tidak memberi masalah meskipun kedua-dua bayi mempunyai nama sama.

“Saya ada dua anak buah lelaki sama nama. Mereka berdua saudara-mara. Okey je,” kata netizen.

Sumber: X (Twitter)

Nama-nama Anak Dengan Maksud Yang Baik Dalam Agama Islam

Kalau nak membuat carian tentang nama anak yang memiliki maksud baik dalam Islam, memang tidak terkira banyaknya. Berikut adalah beberapa nama untuk bayi lelaki dan perempuan yang boleh kami cadangkan.

Antaranya:

Nama bayi lelaki

  • Danial (Nabi Allah SWT)
  • Danish (Bijak)
  • Eidlan (Keadilan)
  • Habri (Kegembiraanku)
  • Jarullah (Tetangga Allah)
  • Maajid (Mulia)
  • Omar (Panjang umur)
  • Ubaidullah (Hamba Allah SWT)
  • Wafi (Kesempurnaan)

Nama anak perempuan

  • Aina (Mata yang cantik)
  • Batrisyia (Cerdik)
  • Dhia (Sinaran)
  • Ermina (Peramah)
  • Eryna (Wanita cantik)
  • Kaisara (Permaisuri)
  • Qistina (Keadilan)
  • Sabrina (Kesabaran)
  • Ufairah (Pemberani)
Sumber: Pexels

Sebagai info, nama Muhammad telah mengungguli kedudukan teratas untuk 100 nama bayi lelaki di negara tersebut pada tahun 2023, lapor BabyCentre.

Selain Muhammad, ejaan nama seperti Mohammed dan Mohammad juga terdapat dalam senarai laman web tersebut.

Untuk perempuan pula, Layla ialah nama Muslim paling popular di tempat ke-31 dengan nama lain seperti Maryam, Fatima, Nur, Aisha, Zahra dan Raya juga tersenarai.

Selain itu, nama Muhammad juga popular di Belanda pada tahun 2022.

Baca Artikel Berkaitan: Bayi Nama Muhammad Berada Di Carta Teratas 100 Nama Paling Popular Di UK 2023

Baca Artikel Berkaitan: Nak Daftar Kelahiran Anak di JPN? Bapa Kongsi Langkah-Langkahnya & Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Dedah Tak Wajib Guna Bin & Binti Pada Nama Orang Islam


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd