Babak Lakonan Drama Di TikTok Undang Kecaman, Ini Respon ‘Jujur’ Dari Doktor Kesihatan
Antara babak yang mencetuskan kontroversi dalam drama tersebut adalah aksi jururawat yang meminta agar pelawat tidak bertanya soalan ketika sedang bertugas di kaunter pertanyaan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kebiasaannya apabila anda pertama kali datang ke mana-mana hospital, lokasi pertama yang dituju adalah kaunter pertanyaan, betul tak?
Nama pun kaunter pertanyaan, jadi pastinya petugas yang bekerja dalam tempoh tersebut bertanggungjawab untuk memberi panduan dan menjawab persoalan para pelawat di hospital tersebut.
Namun perkara itu berlaku sebaliknya dalam sebuah babak lakonan dalam drama di media sosial yang tular baru-baru ini.
Babak Lakonan Dalam Drama TikTok ‘Di Sebalik Permata’
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@disebalikpermata), sebuah drama bersiri berjudul ‘Di Sebalik Permata’ telah dihasilkan di laman media sosial tersebut. Namun episod ke-59 siri berkenaan telah mencetuskan perdebatan orang ramai.
Babak tersebut menunjukkan lakonan di mana seorang lelaki sedang bertanya kepada jururawat yang sedang bertugas tentang lokasi wad kecemasan.
Namun respon yang diberikan oleh jururawat itu agak berbeza apabila dia meminta agar dirinya tidak diganggu ketika bekerja di kaunter berkenaan.
Encik, saya sedang bekerja. Tolong jangan ganggu.
Skrip jururawat yang sedang bertugas di kaunter pertanyaan.
Selain itu, satu lagi babak lain turut dikatakan agak meragukan apabila pihak hospital membuat pengumuman menggunakan pembesar suara dalam hospital dengan memanggil kesemua doktor pakar untuk merawat pesakit terbabit.
Panggilan kecemasan. Panggilan pakar bedah, pakar jantung dan pakar neurologi untuk segera berkumpul di bilik kecemasan.
Skrip pengumuman yang dibuat di dalam hospital.
Setibanya di dalam wad kecemasan pula, babak lain yang mencuri tumpuan adalah apabila doktor pakar mahu membuat pembedahan selepas mendengar bunyi ‘straight line’ dalam mesin denyutan jantung.
Babak Lakonan Drama Ini Undang Pelbagai Kritikan Dari Netizen
Drama yang dimuat naik di laman TikTok ini telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen selepas melihat beberapa babak lakonan siri tersebut.
Sesetengah netizen turut mempersoalkan babak di mana jururawat yang meminta agar dirinya yang bertugas di kaunter pertanyaan tidak diganggu oleh pelawat hospital.
‘Eh sebab kau kerja la dia tanya kau,” kata netizen.
Sementara itu, netizen juga berpendapat bahawa babak lakonan berkenaan seolah-olah tidak realistik selepas melihat keadaan pesakit yang terbaring di dalam wad.
“Pakar jantung, neorologi, bedah. Tengok atas katil macam okey je,” ujar netizen.
Doktor Kesihatan Juga Kritik Lakonan Di Hospital Itu
Babak lakonan yang tular di media sosial ini turut mendapat perhatian seorang individu yang bertugas sebagai doktor kesihatan.
Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (Twitter @khairul_hafidz), doktor ini dikatakan mengecam skrip jururawat tersebut selepas menonton babak ditanya soalan oleh pelawat hospital.
Ini kerana lakonan tersebut dikatakan seolah-olah merendahkan taraf jururawat selain dialog yang didakwa tidak masuk akal.
Bukan itu sahaja, individu ini juga menafikan kesemua pakar boleh dipanggil melalui satu pengumuman.
Dengan satu panggilan, habis segala pakar dipanggil melalui pengumuman ke wad kecemasan. Kabel 5G. Panggil pakar jantung nak buat apa? Buat angiogram ke?
Dr Khairul Hafidz.
Doktor ini turut mengkritik kedudukan beberapa penggunaan alat pada pesakit yang tidak tepat dengan situasi.
Malah, aksi di mana doktor mengarahkan agar pesakit diteruskan dengan pembedahan juga mengundang kecaman terutamanya selepas bunyi ‘straight line’ pada mesin denyutan jantung.
Bunyi straight line, panggil Dr, Dr pegang-pegang terus kata kena buat pembedahan. Resusitasi tak dibuat. Guna panduan mana ni?
Dr Khairul Hafidz.
Di akhir ciapan, doktor ini memaklumkan dia hanya boleh memberi teguran dan sempat mempromosikan drama berkaitan perubatan di Netflix.
1. "Jangan ganggu kerja kami". Orang tu tanya mana wad kecemasan je pun. Nurse tengah buat kerja apa tu? Dialog yang merepek dan merendahkan staff nurse.
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) February 5, 2024
2. Dengan satu panggilan, habis segala pakar dipanggil melalui pengumuman ke wad kecemasan. Kabel 5G. Panggil pakar jantung… https://t.co/bkyEwy3MLP
Sebelum ini, babak lakonan dalam drama bersiri yang lain juga pernah mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat.
Antaranya aksi Janna Nick menendang pelakon veteran Sheila Mambo dalam drama ‘Surat Dari Tuhan’ dan juga babak perempuan simpanan melihat lelaki bermandi dalam siri Layang-Layang Perkahwinan.
Baca Artikel Berkaitan: Babak ‘Panas’ Dalam Drama Undang Kecaman Netizen [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Babak Janna Nick Tendang Pelakon Veteran Dalam Penggambaran Drama Cetus Kontroversi
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Drama ‘Surat Dari Tuhan’ Cetus Kontroversi Sekali Lagi Apabila Qistina Raisah Bawa Watak Wanita Dewasa
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.