Now Reading
[Video] Babak Janna Nick Tendang Pelakon Veteran Dalam Penggambaran Drama Cetus Kontroversi

[Video] Babak Janna Nick Tendang Pelakon Veteran Dalam Penggambaran Drama Cetus Kontroversi

Sesetengah netizen menganggap aksi lakonan Janna Nick menendang pelakon veteran Sheila Mambo sebagai tindakan yang agak melampau.

janna nick tendang sheila mambo (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Nama pelakon wanita tempatan iaitu Janna Nick sekali lagi menjadi kontroversi dalam kalangan netizen di media sosial selepas babak lakonan bersama pelakon senior, Sheila Mambo menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram milik Janna (@jannanick), pelakon terbabit dilihat menendang bahagian belakang badan Sheila yang berusia 59 tahun menggunakan kakinya.

Bukan itu sahaja, lakonan itu juga memperlihatkan Janna menolak kepala pelakon veteran tersebut.

Janna turut memuat naik video berkenaan dengan kapsyen ‘Sayang isteri tangan tangankan. Sayang mak mertua kaki kaki kan’ sambil mempromosikan drama lakonannya.


Netizen Terkejut Lihat Lakonan Aksi Janna Nick Tendang Pelakon Veteran

Video tersebut kemudiannya tular di media sosial selepas dikongsikan di laman X (Twitter @helmihaqiem) dan meraih pelbagai reaksi dari netizen.

Rata-rata netizen terkejut dengan aksi dilakukan oleh Janna kepada pelakon veteran berkenaan kerana beranggapan ia sebagai satu perkara yang kurang beradab selepas mengambil kira faktor usia Sheila Mambo.

Dalam pada itu, netizen juga mempertikaikan sebab pihak produksi yang tidak menggunakan ‘camera trick’ bagi mendapatkan ‘shot’ terbaik dalam babak drama Surat Dari Tuhan.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah netizen yang mendakwa aksi Sheila ditendang menggunakan kaki tidak ditunjukkan dalam siaran episod di televisyen.

Sebahagian pengguna media sosial pula berpendapat kedua-dua pihak telah memberi persetujuan untuk melakukan aksi berkenaan sebelum membuat penggambaran.

Sumber: X (Twitter)

Sheila Mambo Mohon Netizen Tak Kecam Janna Nick

Selepas tular video penggambaran tersebut, Sheial Mambo tampil dengan satu hantaran di laman Instagram (@sheilahassan) untuk meminta netizen tidak mengecam Janna.

Jelasnya, Janna terus datang memeluk dan meminta maaf kepadanya berkali-kali selepas selesai melakukan penggambaran babak berkenaan.

Sheila juga berharap babak lakonan itu boleh menjadi pengajaran kepada orang ramai agar tidak menderhaka kepada ibu bapa masing-masing.

MashAllah. Jangan marah Jannah. Sebaik sahaja scene ni di cut, Jannah terus datang peluk saya dan minta maaf berkali-kali. Dia pun tak planing nak buat camni. Saya dah maafkan dia. Realiti kehidupan ada saja anak-anak yg derhaka pada orang tua mereka secara terang dan halus. Semoga scene ini menjadikan iktibar pada semua penonton. 

Sheila Mambo.

Kontroversi Yang Pernah Terpalit Melibatkan Drama Yang Sama

Terdahulu, drama yang sama ini juga pernah menjadi perbualan hangat masyarakat selepas Janna Nick dilihat menggunakan dialog yang dianggap melampau dan biadab ketika di tanah suci.

Bukan hanya netizen, malah pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun juga meluahkan rasa kecewa selepas melihat percakapan dialog yang dianggap tidak menjaga sensitiviti ketika berada di tempat suci umat Islam.

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Mana Boleh Terfikir Skrip Macam Ni?” – Ustazah Asma’ Tegur Dialog Drama Tak Sensitif Di Tanah Suci [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Janna Nick Dikecam Kerana Isu ‘Work Life Balance’, Amelia Henderson Tampil Beri Penjelasan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd