Now Reading
[Video] Drama ‘Surat Dari Tuhan’ Cetus Kontroversi Sekali Lagi Apabila Qistina Raisah Bawa Watak Wanita Dewasa

[Video] Drama ‘Surat Dari Tuhan’ Cetus Kontroversi Sekali Lagi Apabila Qistina Raisah Bawa Watak Wanita Dewasa

Segelintir warganet turut mengecam produksi drama Surat Dari Tuhan kerana membenarkan watak wanita dewasa dilakonkan oleh Qistina yang baru berusia 15 tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui pada ketika ini sedang ditayangkan drama bersiri Surat Dari Tuhan lakonan pelakon terkenal Shukri Yahaya, Janna Nick dan Ummi Nazeera.

Namun sejak ia ditayangkan, telah beberapa kali drama arahan Mohd Fazli Yahya ini mencetuskan kontroversi dan menjadi perbualan hangat di media sosial.

Kali ini, lakonan Qistina Raisah pula menjadi perbualan netizen gara-gara watak dan babak yang dilakonkan dikatakan tidak sesuai dengan umur sebenar pelakon kanak-kanak berkenaan.

Lakonkan Watak Wanita Dewasa & Adengan Tidak Bermoral

Menerusi video sedutan drama itu yang dikongsikan di platform Twitter (X) @ciraplaici, Qistina melakonkan watak sebagai Rania, iaitu adik kepada watak utama Ryan, lakonan Shukri Yahaya.

Menerusi video tersebut, kelihatan watak Rania datang ke rumah teman lelakinya, Damien iaitu karakter yang dibawa oleh Shahidan Izwan.

Namun, teman lelakinya itu berniat jahat dan bertindak memasukkan sesuatu ke dalam minuman Rania hingga menyebabkan dia pengsan.

Apa yang mengejutkan adalah terdapat babak yang tidak bermoral melibatkan tiga orang lelaki yang merupakan kenalan Damien dengan Qistina berada di atas katil dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.

Lelaki-lelaki berkenaan turut mengambil beberapa gambar bersama Rania dalam keadaan yang mengaibkan.

Netizen Anggap Watak Lakonan Tidak Sesuai Dengan Umur

Babak tersebut nyata mengundang dan menarik perhatian netizen. Rata-ratanya menganggap Qistina yang baru berusia 15 tahun itu tidak sesuai melakonkan watak dan babak berkenaan kerana masih lagi di bawah umur.

Malah, ada segelintir yang mengecam produksi drama itu kerana membenarkan watak wanita dewasa itu dilakonkan oleh kanak-kanak perempuan bawah umur.

Ada warganet yang turut berpendapat bahawa Qistina seharusnya memainkan watak yang sesuai dengan umurnya.

Untuk info, drama bersiri Surat Dari Tuhan sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi antaranya seperti menggunakan dialog yang tidak sesuai seperti bersumpah di ‘Makam Nabi’ ketika melakukan penggambaran di Tanah Suci Mekah.

Malah, pada minggu yang lalu, drama ini sekali lagi menjadi perhatian apabila tular sedutan babak Janna Nick menendang Sheila Mambo mengikut perasaan dan dirasakan keterlaluan oleh netizen.

Berikut merupakan antara komen warganet:

Nampak Macam Kena Paksa Jadi Matang

Fizikal Nampak Matang Tapi Bahasa Badan & Reaksi Dia Masih Nampak Macam Budak Lagi

Semakin Mengarut Cerita Melayu Sekarang, Bawah Umur Tu

Yang Umur 30 Bawak Watak Budak Sekolah, Umur Budak Sekolah Bawak Watak Dewasa

Kenapa Budak Umur 15 Tahun Dapat Babak Macam Ni? Tak Sesuai Langsung

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Babak Janna Nick Tendang Pelakon Veteran Dalam Penggambaran Drama Cetus Kontroversi

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Mana Boleh Terfikir Skrip Macam Ni?” – Ustazah Asma’ Tegur Dialog Drama Tak Sensitif Di Tanah Suci [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd