Now Reading
Peniaga Jual Sate Salut Cheese Di Perak Buat Netizen Geleng Kepala

Peniaga Jual Sate Salut Cheese Di Perak Buat Netizen Geleng Kepala

Sate berkenaan yang dijual di Fair Park, Ipoh, Perak itu telah dibakar dengan hirisan keju mozarella sebelum dituang pula dengan sos keju.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Walaupun keju bukanlah makanan tempatan masyarakat Malaysia, tetapi menu tersebut sangat popular di negara ini.

Tetapi ketaksuban dengan keju ini menyebabkan sesetengah individu cuba untuk menghasilkan menu yang unik dengan menambah keju pada hidangan berkenaan.

Antara menu bersama keju yang pernah dihasilkan oleh masyarakat Malaysia adalah durian bersalut keju, keropok lekor berinti keju, bahulu keju dan sebagainya.


Kini Sate Pula Telah Ditambah Dengan Keju

Selepas beberapa makanan telah diserang ‘demam keju’, kini menu sate pula menjadi pilihan peniaga di Ipoh, Perak untuk tampil dengan hidangan unik kepada para pelanggan.

Menerusi video dimuat naik di laman X (Twitter @PerakFood), sebuah lokasi kedai makan di Fair Park Ipoh, Perak telah tular di media sosial selepas menghasilkan menu sate bersalut keju.

Sate berkenaan telah dibakar dengan hirisan keju mozarella sebelum dituang pula dengan sos keju.

Sumber: X (Twitter @PerakFood)

Perniagaan Sate Cheese Leleh Abg Kay itu menawarkan tiga jenis sate keju iaitu sate cheese ayam, sate cheese daging dan sate cheese extravaganza dengan harga RM2.00 sehingga RM2.50 untuk sebatang.

Dalam video tersebut, keju pada sate itu juga cukup cair dan ‘cheesy’ sehingga boleh ditarik panjang.


Netizen Bimbang Lihat Tindakan Peniaga Jual Sate Keju

Perkara itu telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen dan rata-ratanya menentang gabungan makanan tersebut kerana telah menjejaskan rasa asli sate yang telah disaluti keju.

Netizen turut menganggap menu hidangan dari negara Barat tidak sepatutnya digabungkan dengan makanan di Malaysia.

“Makanan orang putih komersial yang tak ada jiwa kita tak patut campur dengan makanan tempatan kita yang lagi sedap,” ujar netizen.

Sesetengah netizen pula sempat membuat gurauan sambil bertanya sama ada peniaga berkenaan juga mahu meletakkan keju pada meja dan kerusi.

“Kerusi meja tak nak letak keju ke?” tanya netizen.

Namun, ada juga netizen yang terfikir bagaimana rasa hidangan tersebut dan ada yang mendakwa sate keju itu mempunyai rasa yang sedap dan berlemak apabila dimakan dengan kuah kacang.

Sumber: TikTok

Tidak dinafikan hidangan berkeju itu memang cukup lazat kerana mempunyai rasa berlemak yang sangat sedap.

Tak salah nak makan makanan berkeju, tetapi biarlah berpada-pada kerana ia berisiko untuk menyebabkan seseorang berdepan penyakit obesiti kerana mempunyai tahap kalori yang banyak.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Kuah Banjir’ Punca Berat Badan Naik, Malaysia Negara Obesiti Tertinggi Di Asia Tenggara

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hidangan Di Malaysia Dibanjiri Keju Terima Banyak Kecaman Dari ‘Mat Saleh’

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Kardiologi Perjelas Kenapa Bahaya Makan Lewat Malam, Netizen Tampil Buat ‘Kelakar’ Pula


Kesan Buruk Jika Makan Terlalu Banyak Keju

Pengambilan keju yang berlebihan dalam badan seseorang perlu diambil perhatian kerana khuatir boleh meningkatkan risiko individu berkenaan mengalami diabetes, pertambahan masalah berat badan dan hiperlipidemia.

Sumber: Pexels

Ini kerana keju mempunyai komposisi lemak dan kalori yang tinggi seperti mana yang dinyatakan oleh Pakar pemakanan Hospital Pusrawi, Nor Fazilah Mohd Bajuri menerusi laporan di Harian Metro.

Perkara ini secara tidak langsung boleh mengakibatkan seseorang itu juga boleh mendapatkan penyakit kanser dan masalah kesihatan kronik yang lain.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd