Now Reading
“Minta Terus Bagi” – Ibu Kongsi Perubahan Positif Anak, Kesan Lawatan Ke Muzium Penjara Malaysia

“Minta Terus Bagi” – Ibu Kongsi Perubahan Positif Anak, Kesan Lawatan Ke Muzium Penjara Malaysia

Warden penjara dikenali sebagai Tuan Nizar itu ditugaskan untuk memberi demonstrasi tentang hukuman sebatan kepada banduan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Proses untuk membesarkan anak-anak dalam zaman moden ini menjadi agak mencabar dengan adanya media sosial.

Lebih membimbangkan lagi apabila ada kanak-kanak yang masih bersekolah dilihat telah terpengaruh dengan perkara yang tidak bermoral di media sosial.

Namun, sikap sesetengah kanak-kanak yang berdegil dan keras kepala untuk mendengar kata ibu bapa supaya mengurangkan penggunaan telefon membuatkan mereka juga buntu.


Ibu Bapa Anak Jumpa Warden Muzium Penjara Untuk Kurangkan Pengunaan Telefon

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@zatyqaderr), wanita ini telah membawa anak-anak yang masih ke Muzium Negara di Bandar HIlir, Melaka.

Para pengunjung di lokasi sama juga membawa si kecil mereka dan sempat menonton demonstrasi hukuman daripada warden penjara dikenali sebagai Tuan Nizar yang mempunyai wajah bermisai dan garang.

Namun, personaliti Tuan Nizar yang bermisai dan tegas itu menjadikan ramai kanak-kanak di sana gerun dengan kehadirannya selepas tular pernah memberikan teguran tentang ‘ketagihan’ dalam menggunakan telefon.

Sumber: TikTok @zatyqaderr

Sehinggakan ada kanak-kanak yang menangis sekuat hati ketika didatangi Tuan Nizar yang turut memegang rotan di tangan.

Bukan itu sahaja, segelintir kanak-kanak turut berselindung di sebalik ibu bapa mereka kerana risau ‘ditangkap’ kerana dikatakan terlalu banyak menggunakan telefon.

Malah, wanita ini juga berterima kasih kepada Tuan Nizar kerana telah memberi pengajaran yang baik kepada anaknya selepas turut ditegur oleh warden penjara itu.

“Terima kasih tuan. Hari yang sepatutnya dia gembira nak melawat penjara menjadi hari yang pahit untuk ditelan sebab kena tegur dengan tuan,” kata si ibu.

Pengguna TikTok ini juga berkata anak kecilnya itu sudah mengambil pengajaran selepas ditegur oleh Tuan Nizar selepas dilihat sudah tidak meragam ketika diminta memulangkan telefon.

“Sekarang anak saya masih minta telefon tapi dia tengok dalam keadaan takut-takut. Bila kita minta telefon semula dia cepat-cepat bagi,” kata pengguna TikTok itu.

Video tersebut telah mendapat banyak perhatian di media sosial sehingga berjaya meraih 4.3 juta tontoan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@zatyqaderr/video/7329775040226987284

Netizen Puji Usaha Warden Penjara Untuk Beri Pengajaran

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen memuji cara warden penjara itu memberi teguran dengan nada yang tegas kepada kanak-kanak.

Sebahagian netizen juga memberi cadangan agar pihak Jabatan Penjara Melaka memberi kenaikan gaji kepada Tuan Nizar kerana telah menarik perhatian ramai pengunjung ke lokasi terbabit.

Netizen berpendapat tindakan ibu bapa yang membiarkan anak mereka menangis ketakutan itu adalah satu pengajaran yang boleh mengawal ketagihan si kecil dalam menggunakan gajet.

“Biarkan anak menangis sekarang, jangan kita yang menangis kemudian hari sebab anak main gajet. Terbaik tuan,” kata netizen.

Sementara itu, netizen sempat juga membuat gurauan kononnya mahu membawa isteri dan ibu mereka yang juga kerap ‘layan’ cerita drama dan media sosial.

“Penang tak ada ke? Nak bawa bini pergi sini, asyik layan drama Korea sangat sampai tak cukup tidur,” ujar netizen.

Sumber: TikTok

Info Tentang Muzium Penjara Malaysia

Buat ibu bapa yang berminat untuk membawa anak-anak merasai pengalaman baru, anda bolehlah melawat Muzium Penjara Malaysia, Melaka. Di sana, anak juga dapat belajar tentang penjara dan melihat perspektif kehidupan seorang banduan.

Sumber: X (@AHzrth/@nietzrid)

Berikut kami kongsikan info tentang lokasi berkenaan:

  • Harga tiket orang dewasa: RM3
  • Harga tiket kanak-kanak (4-12 tahun): RM1
  • Lokasi: Jalan Parameswara, Kampung Bandar Hilir, 75000, Melaka
  • Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin (9 am – 4.30 pm)

Baca Artikel Berkaitan: Anak Selalu Agresif Di Rumah, Ini 5 Tips Dikongsi Pakar Bagi Elak Si Kecil Bersikap Kasar

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenapa Anak Sulung Sensitif & Kuat Sentap? Ini Penjelasan Dari Coach Parenting


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd