Now Reading
Pasangan Suami Isteri Namakan Anak ‘Azizah’ Sempena Penamatan Pemerintahan Agong

Pasangan Suami Isteri Namakan Anak ‘Azizah’ Sempena Penamatan Pemerintahan Agong

Nur Fatin berkata Tunku Azizah perkenan menamakan anak perempuannya sebagai ‘Azizah’ semasa Kembara Kenali Borneo dahulu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sikap terpuji dan mesra rakyat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (YDPA) dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah menambat hati para rakyat di seluruh negara.

Malah, penamatan pemerintahan baginda telah menjadi topik hangat di kalangan orang ramai di mana rata-rata daripada mereka bersedih dengan perkara tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Semoga Kami Berdua Sentiasa Dalam Ingatan” – Ucapan Agong & Pemaisuri Buat Ramai Sebak


Beri Nama Anak ‘Azizah’ Sempena Penamatan Pemerintahan YDPA

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman Facebook Nur Fatin Syakila Baddu, apabila seorang wanita mendedahkan nama yang diberikan kepada cahaya matanya.

Setelah ‘berperang’ di dalam bilik bersalin, Nur Fatin mengambil keputusan untuk menamakan anaknya sebagai ‘Azizah’ sempena penamatan pemerintahan YDPA hari ini (30 Januari).

“Sempena penamatan pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa hari ini (30 Januari 2024), setelah genap lima tahun, patik dan keluarga kecil patik menjunjung kasih atas perkenan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memberi nama ‘Azizah’ untuk puteri sulung kami semasa Kembara Kenali Borneo pada September 2023.

Nur Fatin Syakila Baddu

Tunku Azizah Perkenan Namakan Anak ‘Azizah’

Pesanan yang dititipkan oleh Tunku Azizah kepada Nur Fatin dan suaminya, Hasri Omar juga mendorong si ibu untuk memberikan nama tersebut.

“Jika bayi itu perempuan, berikan namanya Azizah, jika lelaki berikan namanya Abdullah,” titah Tunku Azizah semasa Hasri sedang mendapatkan tandatangan pasangan diraja tersebut ketika Kembara Kenali Borneo terdahulu.

Sumber: Facebook Nur Fatin Syakila Baddu

Selepas empat bulan berlalu, Nur Fatin dengan gembiranya menamakan anak sulung sebagai Azizah Yumna Azzahra Hasri dan berkongsi khabar berita itu dengan rakan siber yang lain.

“Masya-Allah…Tabarakallah. Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur Ya Allah, selamat melahirkan little Azizah’ setelah berperang di labour room dan akhirnya ke OT room pada 9 Januari 2024,” kata Nur Fatin dalam hantaran sama.

Dalam kesempatan itu, Fatin turut menitipkan doa agar keluarga baginda dikurniakan kebahagiaan dan kesihatan baik serta berpanjangan.


Netizen Doakan Kesejahteraan Anak Perempuan, Azizah Yumna Azzahra

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kesejahteraan si kecil yang baru sahaja dilahirkan itu.

“Sweetnya… Tahniah adik manis. Semoga baby Azizah membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah,” ujar seorang wanita.

Sumber: Facebook Nur Fatin Syakila Baddu

Orang Ramai Berkumpul Di Jalan Parlimen

Untuk makluman semua, hari ini merupakan hari Keberangkatan Pulang Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah selepas lima tahun memerintah negara.

Terkenal dengan sifat baginda berdua yang mesra rakyat, ribuan rakyat Malaysia telah berkumpul di sepanjang Jalan Parlimen bagi menzahirkan ucapan selamat tinggal.

Difahamkan orang ramai berkumpul seawal 7 pagi bagi menyertai majlis lambaian kasih dan selamat tinggal kepada pasangan diraja berkenaan yang akan kembali bersemayam di Pahang, lapor Harian Metro.

Sumber: Sinar Harian

Sebagai info, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 menggantikan pangkat Sultan Abdullah yang akan berkuat kuasa pada 31 Januari 2024.

Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] Sultan Johor Dilantik Sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17

Baca Artikel Berkaitan: Anwar Ibrahim Sifatkan Pemerintahan Al-Sultan Abdullah Lakar Sejarah Baru & Unik


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd