Now Reading
[Video] Mechamato Terima Sambutan Hangat, Kanak-kanak Jepun Siap ‘Request’ Kuih Karipap

[Video] Mechamato Terima Sambutan Hangat, Kanak-kanak Jepun Siap ‘Request’ Kuih Karipap

Seorang kanak-kanak Jepun menerusi satu temu bual berkata dia mahu mencuba Karipap iaitu kuih kegemaran MechaBots dalam filem Mechamato.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bukan sahaja warga tempatan, malah rakyat negara Asia, Jepun juga terkesima dengan karya seni animasi terbaharu oleh produksi Animonsta Studios, Mechamato.

Animasi itu turut menjadi pilihan ibu bapa di Jepun kerana tiada sebarang unsur negatif terhadap kanak-kanak yang dipaparkan sepanjang filem tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Filem Animasi Mechamato Versi Bahasa Jepun Bakal Ditayangkan Di Pawagam Tempatan


Kanak-kanak Jepun Ingin Makan Karipap Selepas Tonton Mechamato

Menerusi hantaran di laman TikTok (@boboiboy), beberapa orang rakyat Jepun termasuklah golongan dewasa dan kanak-kanak telah memberikan maklum balas positif terhadap filem animasi Mechamato yang ditayangkan di negara itu.

Menurut seorang wanita, babak permulaan filem yang menyaksikan adegan pertemuan robot MechaBot dan Amato membuatkannya berasa sebak sehingga menitiskan air mata.

“Saya mengalirkan air mata, ia agak memalukan. Saya mahu menonton Mechamato sebanyak dua ke tiga kali selepas ini. Ia adalah filem yang sangat menyeronokkan,” ujarnya dalam satu temu bual.

Bukan itu sahaja, rakyat Jepun juga sudah mula mengenali kuih kesukaan rata-rata penduduk tempatan iaitu Karipap berintikan kentang kari. Seorang budak lelaki berkata dia ingin merasa Karipap selepas menyaksikan filem tersebut.

Untuk info, MechaBots merupakan sejenis robot yang menggemari kuih tradisional Malaysia iaitu karipap. Dalam filem tersebut, terdapat beberapa babak memperlihatkan MechaBots menikmati juadah berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: Karipap Tersenarai Sebagai 5 Pastri Paling Sedap Di Dunia

Malah, ada juga budak lelaki yang terkesima dengan karakter-karakter robot hebat yang dipaparkan dalam filem berkenaan.

https://www.tiktok.com/@boboiboy/video/7326801536586190081

Reaksi Netizen Lihat Filem Animasi Malaysia Disukai Ramai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia berbangga dengan hasil karya seni filem animasi tempatan yang berjaya menambat hati warga Jepun.

“Lihat keterujaan kanak-kanak dari negara luar tentang filem animasi Malaysia merupakan detik yang harus dibanggakan,” kata seorang warganet.

Bukan itu sahaja, beberapa individu dilihat mengucapkan tahniah kepada Animonsta Studios atas kejayaan mereka menghasilkan karya yang disenangi ramai.

“Bukan mudah untuk jadikan kartun lokal kita sebagai sebahagian animasi kegemaran zaman kanak-kanak orang negara ‘anime’ ini. Tahniah Monsta,” ujar seorang netizen.

Melihat keterujaan rakyat Jepun tentang filem tersebut, ia sekaligus menarik perhatian warga Malaysia yang belum pernah menyaksikan Mechamato.

“Wah dia orang pun terharu tengok movie Mechamato. Bagus feel sampai, tak sabar nak tengok hari Khamis ini,” jelas seorang pengguna laman X.

Sumber: TikTok (@boboiboy)

Mechamato Animasi Malaysia Pertama Ditayangkan Di Televisyen Jepun

Siri Mechamato yang ditayangkan di saluran televisyen kebangsaan Jepun, Tokyo MX, merupakan animasi Malaysia pertama menembusi pasaran negara tersebut.

Mechamato Movie telah ditayangkan di Malaysia buat pertama kali pada tahun 2022 dan telah berjaya mendapatkan kutipan kasar sebanyak RM36 juta.

Memetik Malay Mail, filem Mechamato versi Jepun pula ditayangkan seminggu selepas kemunculan pertama di teater Jepun iaitu pada 19 Januari. Sehingga kini, filem berkenaan ditayangkan di lebih 30 pawagam di negara itu melalui kerjasama antara studio animasi tempatan Monsta, Astro Shaw dan AEON Entertainment Japan.

Lebih membanggakan lagi apabila siri Mechamato menjadi animasi pertama luar Jepun yang memenangi Anugerah Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) 2023.

Sumber: Instagram (@mechamato)

Buat rakyat Malaysia semua, jangan lupa saksikan Mechamato versi Jepun yang bakal ditayangkan di 60 buah pawagam tempatan bermula esok (25 Januari). Jom support lokal!

Baca Artikel Berkaitan: Baru Tayang 6 Hari, Filem Mechamato Sudah Kutip Jualan RM10 Juta


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd