Now Reading
Filem Animasi Mechamato Versi Bahasa Jepun Bakal Ditayangkan Di Pawagam Tempatan

Filem Animasi Mechamato Versi Bahasa Jepun Bakal Ditayangkan Di Pawagam Tempatan

Filem animasi Mecha Amato Movie sedang ditayangkan di lebih 30 pawagam di Jepun sejak 19 Januari lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Beberapa tahun kebelakangan ini, bidang filem di Malaysia semakin berkembang dengan gaya animasi moden. Walaupun sesuai ditonton tidak kira lapisan umur, animasi-animasi tersebut turut menjadi kegemaran ramai individu dewasa.

Filem animasi nombor satu Malaysia dengan jumlah kutipan tertinggi, Mechamato kini sedang ditayangkan di pawagam di Jepun sejak 19 Januari lalu.

Baca Artikel Berkaitan: Baru Tayang 6 Hari, Filem Mechamato Sudah Kutip Jualan RM10 Juta

Filem tersebut yang pada asalnya dihasilkan dalam bahasa Melayu, telah dialih suara kepada bahasa Jepun dengan lapisan pelakon suara hebat.

Diubah tajuk menjadi メカアマト (Mecha Amato) Movie, filem animasi versi Jepun itu akan ditayangkan di 60 buah pawagam tempatan bermula 25 Januari ini.


Pelakon Suara Anime ‘Jujutsu Kaisen’ & ‘Demon Slayer’ dalam Mecha Amato Movie

Pelakon suara yang terlibat dalam alih suara Mechamato kepada bahasa Jepun termasuk Kenjiro Tsuda yang memainkan watak Kento Nanami dalam anime ‘Jujutsu Kaisen’, dan Yoshitsugu Matsuoka sebagai Inosuke Hashibira dalam siri ‘Demon Slayer’.

Suara Amato, watak utama Mechamato, dimainkan oleh Ayumu Murase yang telah terlibat dalam beberapa anime seperti ‘Haikyuu!’ dan ‘Goodbye, Don Glees!’.

Filem animasi Mechamato sedang ditayangkan di lebih 30 pawagam di Jepun menerusi satu kerjasama antara studio animasi tempatan Monsta, Astro Shaw dan AEON Entertainment Japan.

Menurut Malay Mail, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Monsta, Nizam Abd Razak, berkata pihaknya diberi saranan oleh rakan kongsi strategik di Jepun supaya menggunakan servis bakat pelakon suara popular.


Penonton Di Jepun Teruja Dengan Mechamato Movie

Nizam berkata mereka mendapati bahawa kaedah pemasaran di Jepun amat berbeza. Malah, pelakon suara di negara itu mempunyai peminat dan daya tarik mereka yang tersendiri.

Kami menerima banyak reaksi teruja dari penonton sewaktu tayangan perdana Mechamato Movie di Jepun.

CEO Monsta, Nizam Abd Razak.

Nizam dimaklumkan bahawa penonton tidak menyangkakan Malaysia boleh menghasilkan animasi dengan standard antarabangsa.

Tambah mereka, jalan cerita Mechamato berhasil dalam mengekalkan anak-anak fokus dengan filem berdurasi 116 minit itu.


Mechamato Animasi Malaysia Pertama Ditayangkan Di Televisyen Jepun

Siri Mechamato yang ditayangkan di saluran televisyen kebangsaan Jepun, Tokyo MX, merupakan animasi Malaysia pertama menembusi pasaran negara tersebut.

Mechamato Movie telah ditayangkan di Malaysia buat pertama kali pada tahun 2022 dan telah berjaya mendapatkan kutipan kasar sebanyak RM36 juta.

Lebih membanggakan lagi apabila siri Mechamato menjadi animasi pertama luar Jepun yang memenangi Anugerah Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) 2023.

Baca Artikel Berkaitan: Mechamato Cipta Sejarah Jadi Animasi Pertama Luar Jepun Menang Anugerah Anime Fan Award Di TAAF

Baca Artikel Berkaitan: Mechamato Jadi Animasi Pilihan Ibu Bapa Di Jepun Kerana Lebih Selamat Ditonton Anak-anak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd