Now Reading
Baru Tayang 6 Hari, Filem Mechamato Sudah Kutip Jualan RM10 Juta

Baru Tayang 6 Hari, Filem Mechamato Sudah Kutip Jualan RM10 Juta

Mechamato menceritakan tentang anak muda bernama Amato yang bergabung dengan kuasa dari sebuah robot pemusnah iaitu MechaBot.

Filem Mechamato Raih RM10 Juta Dalam 6 Hari Pertama Tayangan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Mechamato merupakan salah satu siri animasi televisyen yang kini mendapat perhatian ramai di panggung wayang selepas filem tersebut berjaya meraih kutipan sebanyak RM10 juta dalam tempoh enam hari pertama ditayangkan.

Walaupun Mechamato ini merupakan siri animasi, tetapi golongan dewasan dan remaja juga menonton filem berkenaan di panggung wayang.

Jumlah kutipan yang memberangsangkan ini menunjukkan kebanyakan penonton berpuas hati dengan filem tersebut dan mendapat reaksi positif daripada Pengarah Mechamato sendiri iaitu Nizam Abd Razak.

Alhamdullilah berkat sokongan rakyat Malaysia, filem ini telah berjaya mengutip RM10 juta dalam masa enam hari pertama tayangannya di kira-kira 150 buah pawagam seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Pengarah dan Penulis Mechamato, Nizam Abd Razak.

Dalam pada itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara Raja Jastina Raja Arshad juga meluahkan rasa syukur serta gembira dengan penerimaan masyarakat terhadap filem tempatan itu.

Alhamdullillah sehingga kini, kami menerima banyak maklum balas yang sangat baik. Saingan seterusnya mungkin agak sengit dengan kehadiran filem antarabangsa. Namun kami percaya dengan kualiti penghasilan, jalan cerita dan keunikan seni warisan dan budaya Malaysia, sudah pastinya Mechamato Movie mampu bersaing.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara Raja Jastina Raja Arshad.

Filem Mechamato juga akan ditayangkan di beberapa lokasi di Pahang, Terengganu dan Sabah pada hujung minggu ini.

Untuk pengetahuan anda juga, filem ini dihasilkan ketika Malaysia berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini sudah dua bulan ditayangkan di Netflix.

Selain ditayangkan juga di Cartoon Network, Mechamato juga menerima anugerah di Tokyo Anime Festival Award 2023.

Jangan terkejut, Mechamato pun ada latar suara bahasa Jepun ya!


Sinopsis Filem Mechamato

Mechamato menceritakan tentang anak muda bernama Amato yang juga bapa kepada adiwira dalam animasi BoBoiBoy.

Amato yang menjadi tuan baharu kepada sebuah robot pemusnah bernama MechaBot telah menggunakan kuasa ‘Mechanize’ yang dimiliki oleh MechaBot untuk bergabung menjadi ‘hero’ yang digelar sebagai Mechamato.

Antara budaya Malaysia yang ditampilkan dalam filem ini adalah latar tempatnya di Bandar Hilir Melaka dan seni silat serta makanan tempatan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd