Now Reading
Pengusaha F&B Non-Muslim Kongsi Kenapa Banyak Premis Tiada Sijil Halal

Pengusaha F&B Non-Muslim Kongsi Kenapa Banyak Premis Tiada Sijil Halal

Menurut Wern Shen, proses mendapatkan sijil halal adalah sukar kerana terdapat pelbagai terma dan syarat seperti perlu mempunyai pekerja sepenuh masa yang ramai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama. Seperti yang kita tahu, umat beragama Islam hanya dibenarkan untuk makan makanan berstatus halal dari segi syarak.

Situasi ini menyebabkan isu halal menjadi salah satu topik yang sering diperbahaskan oleh orang ramai khususnya membabitkan status sesebuah restoran F&B (food & beverages) milik individu bukan beragama Islam.

Bahkan, ramai juga di kalangan masyarakat yang memilih untuk tidak ‘support’ perniagaan yang tidak mempunyai sijil halal walaupun pemiliknya adalah orang tempatan.


Pemilik Bisnes Non-Muslim Luah Perkara Dilalui Untuk Dapatkan Sijil Halal

Cakna dengan isu yang sering diperkatakan itu, seorang pengusaha bisnes F&B menerusi bebenang di laman X (Twitter @wernshen) telah membuat sedikit luahan dan memperjelaskan tentang perkara yang dilalui olehnya sepanjang menguruskan perniagaan.

Wern Shen yang merupakan seorang bukan Muslim berkata dia peka terhadap pantang larang pelanggan khususnya buat pelanggan beragama Islam.

Pengusaha kedai makan Darun Malaysia itu turut menegaskan bahawa pihaknya sama sekali tidak akan mensabotaj kejayaan bisnes sendiri dengan menggunakan bahan-bahan masakan yang tidak halal memandangkan kebanyakan pelangganya adalah beragama Islam.

“Kita tidak akan membuat sesuatu untuk membunuh bisnes kita sendiri. Kalau kita tahu kebanyakan customer adalah orang Melayu atau Muslim, kita tidak akan sesekali sabotaj kejayaan bisnes sendiri,” katanya.

Jelasnya, kebanyakan bahan-bahan masakan yang datang daripada pembekal juga adalah disahkan halal.


Peniaga Ini Dakwa Sijil Halal Adalah Mahal

Namun dia mendakwa prosedur bagi mendapatkan sijil halal adalah sukar dan juga mahal. Tambahan pula, terdapat beberapa terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sukar dilaksanakan oleh pemilik perniagaan.

Sebagai contoh, setiap premis makanan perlu mempunyai jumlah staf sepenuh masa yang mencukupi dan ‘ramai’ bagi melepasi kriteria syarat mendapatkan sijil halal.

Namun buatnya yang kini memiliki bisnes kecil, adalah sukar bagi pihak pengurusan mereka untuk mengupah lebih ramai pekerja.


Tidak Guna Arak Atau Khinzir Dalam Masakan

Tambah Wern Shen, restoran miliknya tidak pernah sesekali menggunakan bahan masakan berunsur haram buat Muslim iaitu arak dan khinzir.

Selain menitikberatkan aspek berkenaan, kakitangan Darun Malaysia juga sentiasa memastikan kebersihan di dapur terjaga.

“Ini memang adalah satu syarat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kami amat bangga dengan tahap kebersihan dapur dan Prosedur Operasi Standard (SOP) kita,” ujarnya.

Sumber: Instagram (@darunmalaysia)

Sentiasa Jujur Dengan Pelanggan Tentang Status Halal Di Restoran

Kekurangan restoran tersebut tidak menjadi penghalang kepada pihak Darun Malaysia untuk sentiasa jujur dengan para pelanggan yang bertanya tentang status halal restoran.

“Kami akan inform dan terus terang yang kita tidak ada sijil itu. Lagi pun sebagai pengusaha dalam cloud kitchen, ia memang mustahil untuk dapat sijil ini,” jelasnya lagi.

Menurut Wern Shen di akhir perkongsian, dia menghormati keputusan para pelanggan yang berasa was-was tentang masakan dan enggan menjamu selera di kedainya kerana ia merupakan hak setiap individu.


Reaksi Netizen Terhadap Luahan Pengusaha Tentang Sijil Halal

Menjengah ke ruangan balas, terdapat individu yang berpendapat bahawa sesetengah pelanggan Muslim tidak mengharapkan sijil halal JAKIM dipamerkan, namun pemilik kedai perlu menunjukkan kenyataan tentang sumber bekalan makanan yang digunakan.

“Agama (Islam) memerlukan kami untuk berasa yakin. Jika restoran pamerkan statement yang menunjukkan sumber daging, sebahagian daripada kami akan berasa itu sudah mencukupi,” kata seorang netizen.

Malah, seorang lagi pengguna laman X berkata bahawa kejujuran Wern Shen untuk berterus terang soal status halal membuatkan dirinya berasa yakin untuk makan di restorannya.

“Having explained like this, I would eat at your shop with or without halal certificate. Just need your honesty and I hold on to it,” ujar seorang lelaki.

Sumber: X

Proses Sijil Halal Dipendekkan Ke 30 Hari

Menerusi pembentangan Belanjawan 2024 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober lalu, kerajaan akan memendekkan tempoh memproses pensijilan halal buat premis makanan daripada 51 hari ke 30 hari sahaja.

Halal Development Corporation (HDC) bersama-sama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan berusaha untuk memudahkan kaedah pemprosesan pensijilan halal tersebut khususnya untuk urusan mengeksport produk halal.

Menurut Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff, penilaian dan kajian secara terperinci dilakukan pihaknya dengan kerjasama Malaysian Productivity Corporation (MPC).

“Ini untuk memastikan kaedah implementasi bersesuaian dilaksana bermula peringkat prapensijilan sehingga pascapensijilan halal,” ulasnya.

Sebelum ini, JAKIM pernah menjelaskan persepsi bahawa permohonan mendapatkan sijil halal susah dan mahal adalah tidak benar.

Sebaliknya bekas Menteri Agama Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, sijil halal itu adalah berharga demi menjaga standard.

Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2024: Proses Sijil Halal Kini Hanya Ambil Masa 30 Hari Sahaja

Baca Artikel Berkaitan: JAKIM Dedah Lebih 70% Pemegang Sijil Halal Di Malaysia Adalah Bukan Bumiputera

Baca Artikel Berkaitan: FamilyMart Malaysia Henti Penjualan Alkohol Sejak Mac 2023, Raih Sijil Halal Pertama


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd