Now Reading
Aksi Catwalk & Flying Kiss Dalam Sesi Motivasi Pelajar Undang Perhatian Ramai

Aksi Catwalk & Flying Kiss Dalam Sesi Motivasi Pelajar Undang Perhatian Ramai

Dalam video yang tular, seorang murid perempuan dilihat melakukan ‘catwalk’ selain memberikan ‘flying kiss’ kepada pelajar lelaki ketika sesi ceramah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pendidikan awal persekolahan merupakan aspek utama dalam membentuk insan yang berakhlak mulia dari segi sahsiahnya.

Oleh disebabkan itu, segala perkara yang dipelajari oleh anak-anak di sekolah perlulah diambil perhatian oleh pihak berkaitan.

Namun sejak kebelakangan ini, pelbagai isu telah timbul melibatkan cara dan kaedah penyampaian ceramah kepada murid-murid di sekolah serta institusi pendidikan.

Baca Artikel Berkaitan: “Mana Rasa Hormat?”- Individu Ini Persoal Tujuan Penceramah Selit Aktiviti ‘Pick Up Line’ Di Sekolah


Murid Perempuan Beri ‘Flying Kiss’ Kepada Pelajar Lelaki Semasa Sesi Ceramah Di Sekolah

Baru-baru ini, tular sebuah klip video berdurasi 15 saat di laman X (Twitter @hidupberbakti) menyaksikan seorang murid perempuan melakukan ‘catwalk’ di hadapan sekumpulan pelajar dipercayai dalam dewan sekolah.

Namun perkara yang mencuri tumpuan orang ramai adalah apabila si gadis turut memberikan kucupan layang (flying kiss) kepada pelajar lelaki yang sedang duduk bersila.

Malah budak lelaki tersebut dilihat amat teruja sehinggakan dia menjerit sekuat hati sambil meletakkan tangannya di dada.

Klip video berkenaan dipercayai berkait dengan seorang influencer media sosial ketika diundang memberikan ceramah di sekolah sekitar Johor. Berasa tidak selesa dengan aksi itu, pemilik akaun laman X itu telah menyuarakan pandangannya terhadap situasi tersebut.

“In the first place, macam mana sekolah boleh panggil orang macam dia bagi ceramah? Takkan pakai tangkap muat je,” ujarnya.

Susulan itu, dia berharap agar Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor akan menyekat penceramah berkenaaan dengan serta merta.

“Mohon JPN Johor ban terus penceramah yang tengah viral tu. Sebab bila tengok video-video dia di Instagram (IG)/TikTok, hampir semua sekolah yang dia pergi adalah sekolah Johor,” jelasnya.

Sumber: X (@hidupberbakti)

Pihak Berkuasa Tampil Beri Penjelasan

Cakna dengan isu kontroversi itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor Norlizah Noh telah membalas ciapan tersebut dan berkata bahawa beliau ambil maklum tentang perkara yang berlaku.

Ulasnya, satu sesi libat urus membabitkan pegawai penyelaras sektor pengurusan dan pembangunan murid berhubung isu terbabit akan diadakan pada hari ini (19 November).

Sesi perbincangan itu juga akan melibatkan sebanyak 11 pejabat pendidikan daerah dalam negeri Johor.

“Sesi libat urus ini juga akan diadakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan pihak sekolah untuk melaksanakan semakan dengan teliti penceramah atau konsultan yang terlibat bagi memastikan aktiviti dilaksanakan tidak bertentangan dengan norma pendidikan,” tambahnya.

Sumber: X (@LizaNoh_)

Bapa Murid Kecewa Dengan Cara Ceramah Penyampaian Ceramah Di Sekolah

Isu hampir serupa turut dibangkitkan di laman Facebook.

Seorang pengguna Facebook, Azrul Adnan meluahkan kerisauan dengan trend sesi motivasi dan ceramah di sekolah pada masa kini.

Menurut Azrul, dia berang apabila anaknya sebelum ini telah digunakan sebagai ‘talent’ dalam konten video dan pemasaran pihak Akademi Ikon Muda Malaysia (Aikom) serta influencer dikenali sebagai Amir Lala.

“Anak-anak kami bukan talent percuma yang kalian boleh perdagangkan secara percuma untuk bahan marketing. Adakah kalian telah meminta izin pihak sekolah, guru-guru dan ibu bapa untuk menggunakan wajah-wajah mereka sebagai bahan marketing kalian?” ujar Azrul Adnan.

Tegasnya, dia tidak mengizinkan bahkan mengharamkan sebarang pihak menggunakan wajah anaknya untuk tujuan konten semata-mata.

Sementara itu, dia berpendapat bahawa jenaka berunsur ‘pick up line’ wajar dihentikan kerana ia dikatakan tidak memberi manfaat kepada para pelajar.

“Lebih menjadikan remaja berani menggatal. Jika mahu mereka berani, wajar menggalakkan mereka buat public speaking atau berdebat. Jika mahu mereka berseni, budaya kita sudah ada pantun dan gurindam, sajak dan syair,” jelasnya.


Dakwa Pernah Beri Teguran Tapi Akaun Disekat

Menurut si bapa itu, dia pernah memberikan teguran pihak Aikom dan Amir Lala tentang perkara tersebut, namun telah pun disekat.

Susulan itu, Azrul Adnan berharap agar isu berkenaan mendapat perhatian pihak sekolah selain menghentikan kemasukan modul program motivasi yang tidak membawa budaya timur dan akhlak agama Islam.

Dia turut menyebut (tag) akaun rasmi Kementerian Pendidikan dan juga Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Baca Artikel Berkaitan: Cikgu Terkilan Murid Darjah 6 Maki Dengan Kata-kata Kesat

Baca Artikel Berkaitan: “Jaga Bahasa & Adab” – Gara-gara Biadap, Catriona Ross ‘Sekolahkan’ Peserta ATNM [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd