Now Reading
“Mana Rasa Hormat?”- Individu Ini Persoal Tujuan Penceramah Selit Aktiviti ‘Pick Up Line’ Di Sekolah

“Mana Rasa Hormat?”- Individu Ini Persoal Tujuan Penceramah Selit Aktiviti ‘Pick Up Line’ Di Sekolah

Pelajar lelaki itu dilihat memberi ayat-ayat manis kepada guru wanitanya ketika sesi ceramah di sebuah sekolah menengah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain belajar di dalam kelas, pihak sekolah juga akan menganjurkan beberapa aktiviti seperti sukan dan juga sesi ceramah kepada murid-murid bagi memberi pendedahan tentang sesuatu perkara.

Zaman dulu memang cukup terkenal dengan teknik penceramah yang akan meminta para pelajar menutup mata sambil membayangkan situasi melibatkan ibu bapa. Ramai ya yang menangis waktu itu.

Tetapi bagaimana pula dengan teknik penceramah pada zaman ini? Adakah masih sama seperti dulu?


Penceramah Dipercayai Masukkan Aktiviti Beri ‘Pick Up Line’ Kepada Murid Sekolah Menengah

Menerusi ciapan dimuat naik oleh seorang pengguna di laman X (Twitter @Alturkistiano), seorang penceramah dikatakan telah membuat satu aktiviti bersama murid sekolah menengah ketika memberikan ceramah.

Aktiviti tersebut adalah dengan memberikan ayat bersifat mengurat atau ‘pick up line’ kepada guru wanita.

Dalam video dimuat naik, antara ‘pick up line’ yang diberikan oleh seorang murid lelaki kepada guru wanita adalah:

‘Apa beza ustazah dengan IC? IC saya simpan dalam dompet, ustazah saya simpan dalam hati’.

Ketika menyampaikan kata-kata tersebut, pelajar berkenaan dilihat tersenyum malu sambil ketawa.

Sumber: X (Twitter @Alturkistiano)

Individu Luah Rasa Kurang Senang Dengan Akitiviti Penceramah Kepada Murid Sekolah

Aktiviti yang dilakukan oleh penceramah bersama murid sekolah itu walau bagaimanapun telah memberikan reaksi kurang senang dalam kalangan netizen.

Individu dikenali sebagai Aliff Ahmad ini mempersoalkan sama ada teknik penceramah berkenaan sebagai budaya baharu dalam industri motivasi pendidikan murid-murid sekolah.

Malah, dia juga bertanya tentang manfaat di sebalik aksi yang dilakukan melibatkan kanak-kanak bawah umur ini.

Aku faham pickup line ini sekadar gurauan. Melihat aksi remaja itu merenyam, menggelitat, dan menggedik sebegitu, aku merasakan sesuatu yang tidak kena. Dah kenapa budak ni? Memang budak-budak zaman sekarang ni bila buat pickup line akan ada anjakan paradigma sebegitu ke?

Aliff Ahmad.
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Bagi lelaki ini, dia kurang bersetuju dengan cara yang dilakukan oleh penceramah terbabit kerana tidak mempunyai matlamat yang jelas bagi memberi manfaat kepada para pelajar.

Tambahnya lagi, zaman dahulu juga mempunyai guru wanita dan cantik tetapi golongan muda ketika itu masih menyimpan rasa hormat dan tidak berani untuk bergurau dengan para guru.

Aku jadi keliru. Zaman aku bersekolah dahulu. Aku pun ada cikgu yang baik dan cantik. Rasa sayang dan hormat terhadap mereka pun jauh menebal. Tidak pula aku berani nak bersikap miang hatta hanya sekadar gurauan.

Aliff Ahmad.

Dalam lontaran pendapat ini juga, lelaki ini mengakhiri ciapannya dengan menyelitkan hadis daripada Abu Hurairah R.A yang pernah disabdakan oleh Nabi SAW:

الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ، مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلَّا ذِكْرَ اللهِ أَوْ عَالِمًا أَوْ مُتَعَلِّمًا “

Maksudnya: Dunia ini dan seisinya adalah laknat kecuali mengingati Allah, yang membawa kepada taat kepada-Nya, orang alim (guru) dan pelajar. [HR Ibn Majah (4112) dan al-Tirmizi (2322)]


Netizen Juga Memberi Pandangan Yang Sama Selepas Tonton Video ‘Pick Up Line’ Itu

Ciapan yang dimuat naik oleh pengguna di laman X (Twitter) itu meraih pelbagai reaksi dari netizen selepas menonton video dimuat naik menunjukkan aksi murid sekolah memberikan ‘pick up line’ kepada guru wanita.

Sesetengah netizen turut mempersoalkan perasaan hormat pelajar kepada guru mereka yang mendidik di sekolah.

“Budak sekarang dah tak ada respect ke pada cikgu?,” tanya seorang netizen yang turut mempersoalkan tindakan pelajar lelaki berkenaan.

Pada masa yang sama, segelintir netizen beranggapan sikap penceramah dikatakan memberi tunjuk ajar yang ‘pelik’ kepada murid sekolah membuatkan mereka mahu bekerja keras dan menghantar anak ke sekolah swasta.

Namun jika dilihat dari sudut pandang positif, netizen menganggap pelajar lelaki itu seorang yang berani dan lantang bersuara. Tetapi mungkin cara yang dilakukan tidak bersesuaian.

“Satu sahaja yang bagus dalam video ini, dia tak malu dan berani. Cumanya alangkah baiknya rasa tak malu ini digunakan untuk berbincang bab ilmiah yang membina minda,” kata netizen.

Sumber: X (Twitter)

Adab Murid Kepada Guru

Dalam agama Islam, kita diajar untuk beradab dan menjaga tata tertib ketika menuntut ilmu dengan para guru.

Antara adab yang perlu diamalkan adalah:

  • Memberi salam kepada guru.
  • Bercakap menggunakan kata-kata sopan.
  • Menghormati guru.
  • Mendoakan kesejahteraan guru.
  • Membuat kerja yang diberikan dengan bersungguh-sungguh.

Sebagai seorang penuntut ilmu, kita perlu menjaga adab dengan guru kerana mereka memiliki ilmu pengetahuan yang sangat meluas dan sepatutnya dipandang sebagai seseorang yang sangat mulia.

Oleh itu, jagalah hubungan baik dengan para pendidik agar ilmu yang diberikan mendapat keberkatan.

Baca Artikel Berkaitan: Guru Luah Rasa Terkilan Dengan Sikap Segelintir Pelajar Kurang Usaha. Siap Tiru Jawapan!

Baca Artikel Berkaitan: Cikgu Terkilan Murid Darjah 6 Maki Dengan Kata-kata Kesat

Baca Artikel Berkaitan: “Jaga Bahasa & Adab” – Gara-gara Biadap, Catriona Ross ‘Sekolahkan’ Peserta ATNM [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd