Now Reading
Guru Luah Rasa Terkilan Dengan Sikap Segelintir Pelajar Kurang Usaha. Siap Tiru Jawapan!

Guru Luah Rasa Terkilan Dengan Sikap Segelintir Pelajar Kurang Usaha. Siap Tiru Jawapan!

Menerusi hantaran yang dimuat naik pada 22 November lalu, guru tersebut menyatakan bahawa satu budaya iaitu ‘Please Help Me To Do’ dilihat semakin melampau di kalangan murid-murid.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Tanggungjawab seorang guru atau tenaga pengajar sememangnya berat.

Ini kerana mereka adalah individu yang memberikan ilmu pengetahuan kepada setiap pelajar dan mereka juga turut mengajar kemahiran praktikal.

Pendek kata, guru akan memastikan setiap anak-anak muridnya pulang ke rumah dengan penuh ilmu di dada selepas menimba ilmu di sekolah.

Sayuti Zainudin/Malay Mail

Jadi, para pelajar seharusnya memberikan tumpuan sepenuhnya ketika belajar dan paling penting, sentiasa memberikan yang terbaik ketika sesi pelajaran.

Termasuklah kerja-kerja rumah yang diberikan.

Pastikan ianya disiapkan dengan lengkap dan pelajar harus jujur ketika melakukan kerja rumah. Jangan sesekali meniru, jawab dengan penuh usaha.


Seorang guru luah rasa terkilan

Terbaharu, seorang penceramah Pendidikan Moral serta seorang Karyawan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) iaitu BiBi Lim dalam satu hantaran di Facebook miliknya telah meluahkan rasa terkilan tentang sikap segelintir pelajar.

Menerusi hantaran yang dimuat naik pada 22 November lalu, dia menyatakan bahawa satu budaya iaitu ‘Please Help Me To Do’ dilihat semakin melampau di kalangan murid-murid.

Hantaran tersebut kini berjaya meraih lebih 6,300 perkongsian ketika artikel ini ditulis.

Budaya “Please Help Me to Do”, “Tolong Jawab Semua untuk Saya” semakin melampau dalam kalangan murid. Mereka malas memerah otak untuk mencari jawaban sendiri. Mereka mengambil jalan pintas untuk mendapatkan jawaban tanpa sebarang cubaan dalam media sosial.

BiBi Lim, guru Pendidikan Moral menerusi hantaran Facebook.

Paling membimbangkan, murid-murid juga dilihat sering mengambil jalan pintas dengan menyalin dan mengaku hasil kerja orang lain sebagai titik peluh diri sendiri dengan alasan untuk menyiapkan tugasan dengan cepat.

Apabila ditegur, orang lain pula yang dipersalahkan.

Menyedari betapa perbuatan seperti ini disifatkan sebagai ‘melampau’, guru ini juga meminta agar semangat para pendidik dalam alam pendidikan ini dikuatkan.

“Sakit hati betul,” tulisnya.

Jelasnya lagi, Grup Calon Pendidikan Moral ini ditubuhkan sejak tahun 2012 secara sukarela untuk membimbing murid yang bakal menduduki mata pelajaran PM SPM.

Terdapat 4k calon berada di dalam grup ini.

“Saya selalu mengingatkan murid untuk mencuba dahulu sebelum bertanya supaya murid dapat sedar akan kelemahan sendiri. Memang saya sedia membimbing setiap murid yang mendahagakan tunjuk ajar.

“Cuma yang mengecewakan ialah murid ini hanya menghantar semua tugasan yang diberikan gurunya dan mengharapkan jawaban lengkap daripada saya untuk disalin. Saya menasihatinya supaya menuntut ilmu dengan cara yang betul akan tetapi murid tersebut tidak setuju.

“Sebagai guru, sekiranya kita tidak menegurnya, siapakah yang akan menegur dia lagi? Banyak masa saya berkorban untuk mendidik anak murid walaupun tidak dikenali. Sebagai pendidik, kita bukan sahaja membimbing murid-murid dari segi akademik tetapi juga patut mengutamakan sahsiah dan adab.

“Lagi-lagilah mata pelajaran Pendidikan Moral. Maafkan saya sekiranya saya terlalu tegas dalam bab ini,” jelasnya menerusi hantaran tersebut.


Warganet mula beri pendapat

Isu ini turut mendapat perhatian segelintir warganet dan mereka turut memberikan pendapat yang berbeza.

Majoriti dilihat menyokong apa yang diperkatakan oleh guru ini.

Ada yang mengatakan bahawa akhlak di kalangan pelajar kini dilihat semakin hilang.

Kredit: Facebook/BiBi Lim
Kredit: Facebook/BiBi Lim

Ada juga yang berang gara-gara murid tersebut menyebut tentang perkara yang tidak sepatutnya hanya kerana ditegur oleh guru tentang kerja rumah yang diberikan.

Kredit: Facebook/BiBi Lim
Kredit: Facebook/BiBi Lim

Kesimpulannya, murid-murid seharusnya melatih diri sendiri untuk menerima teguran dengan hati yang terbuka. Sikap toleransi di antara tenaga pengajar dengan pelajar juga harus diterapkan supaya perkara seperti ini tidak terjadi lagi di masa hadapan.

Pendek kata, saling menghormati dan bertolak ansur.

Then, we’re good to go! Okay? 😉


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd