Now Reading
Sofyank Kini Bergelar Bapa, Isteri Selamat Bersalin Anak Sulung

Sofyank Kini Bergelar Bapa, Isteri Selamat Bersalin Anak Sulung

Isteri kepada Sofyank iaitu Nabilah binti Ramli telah selamat melahirkan puteri sulung mereka pada 12 Disember 2023.

sofyank jadi ayah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menyambut kelahiran anak adalah satu perkara yang sangat bermakna buat para ibu bapa meskipun pelbagai dugaan perlu ditempuhi semasa isteri sedang sarat hamil.

Baru-baru ini, influencer dan artis VFX Malaysia iaitu Sofyank atau nama sebenarnya Muhammad Sofian Abdullah kini telah bergelar bapa selepas isterinya, Nabilah binti Ramli selamat melahirkan puteri sulung mereka semalam (12 Disember).

Kebetulan pula tarikh kelahiran cahaya matanya itu cantik pula, 12.12.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Sofyank menerusi ciapan dimuat naik di laman X (Twitter @sofyank96) bersama sekeping gambar menunjukkan dia yang sedang mendukung bayinya itu.

Sofyank dan isterinya turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan urusan mereka agar dipermudahkan sewaktu melahirkan zuriat pertama.

Pada Isnin lalu (11 Disember), Sofyank telah memaklumkan menerusi hantaran di laman Instagram (@sofyank96) mengenai isterinya yang bakal melahirkan anak sulung dan turut meminta doa daripada orang ramai.


Netizen Ucap Tahniah Kepada Sofyank Dan Isteri

Perkongsian Sofyank ini pastinya membuatkan netizen juga teruja dan memberikan ucapan tahniah buat pasangan ini atas kelahiran anak pertama.

Netizen turut mendoakan agar cahaya mata mereka menjadi anak yang solehah dan membesar dengan baik.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang sempat bertanya dengan nada gurauan sama ada pengumuman ini betul atau hanya sekadar ‘edit’ semata-mata.

“Tahniah bro. Tapi tu real kan? Bukan effect kan?” tanya seorang netizen.

Sesetengah netizen pula berharap Sofyank tidak membuat kejutan dengan membuat suntingan video anaknya sudah bergraduasi pada minggu hadapan.

“Tahniah pyan dan isteri. Semoga anak menjadi anak yang solehah. Jangan buat magic tiba-tiba minggu depan dah convo,” kata netizen.


Pencapaian Sofyank Sepanjang Bergelar Artis VFX Malaysia

Sofyank dikenali sebagai individu yang mahir dalam menyunting video dengan pelbagai effect dan animasi yang mengagumkan.

Dalam pencapaian terbaharunya, Sofyank telah menghasilkan satu video promosi untuk sebuah drama tempatan yang telah diadaptasi dari drama Korea Selatan berjudul W: Two Worlds.

Sofyank menjelaskan penggambaran video promosi untuk drama bersiri W: Two Worlds versi Malaysia hanya dilakukan selama 18 jam tetapi mengambil masa sebulan untuk disunting.

Memang lain daripada yang lain kerana video tersebut menggabungkan elemen dunia realiti dan juga komik.

Baca Artikel Berkaitan: Sofyank Tunjuk Hasil Edit Video Promosi Drama W: Two Worlds, Netizen Puji Kualiti Setaraf Marvel

Sumber: X (Twitter @sofyank96)

Bukan itu sahaja, Sofyank juga pernah membuat video berkolaborasi dengan penggiat seni antarabangsa seperti pelakon filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania iaitu Ryan Reynolds dan Will Smith.

Baca Artikel Berkaitan: Sofyank Hasilkan Video Bersama Chris Hemsworth & Sam Hargrave, Promosikan Filem Extraction 2 Di Netflix

Sumber: X (Twitter @sofyank96)

Pada bulan April lalu, Sofyank juga telah dinobatkan sebagai juara bagi sebuah pertandingan ‘Ultimate Vfx Challenge’ di Los Angeles, Amerika Syarikat yang dianjurkan oleh content creator, Zach King.

Siapa sangka anak muda berusia 27 tahun yang menjadi satu-satunya wakil Malaysia berjaya menjadi juara dalam pertandingan tersebut mengalahkan peserta lain dari pelbagai negara.

Kejayaan itu juga membanggakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau turut memberikan ucapan tahniah kepada Sofyank.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Terus Rasa Sebak” – Soyfank Hasilkan Video VFX Untuk Sebarkan Isu Palestin Dipuji Warganet

Baca Artikel Berkaitan: Sofyank & Zach King Pertama Kali Buat Video Bersama, Raih Lebih 5 Juta Tontonan Kurang Dari 24 Jam


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd