Now Reading
[Video] “Suara Sama Betul” – Melly Goeslaw ‘Duet’ Dengan Nike Ardilla Versi AI Dalam Lagu Terbaru

[Video] “Suara Sama Betul” – Melly Goeslaw ‘Duet’ Dengan Nike Ardilla Versi AI Dalam Lagu Terbaru

Melly Goeslaw menjelaskan lagu ‘Bertemu Kembali’ ini merupakan gabungan lagu ‘Duka Pasti Berlalu’ nyanyian Nike Ardilla.

melly goeslaw nike ardilla (3)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut nama seorang penyanyi terkenal dari Indonesia iaitu Melly Goeslaw, mesti ramai yang meminatinya termasuklah masyarakat di Malaysia.

Baru-baru ini, Melly telah melancarkan lagu terbaharunya berjudul ‘Bertemu Kembali’ dengan menampilkan keunikan yang agak berbeza berbanding karyanya yang lain.

Untuk pengetahuan anda, lagu baru ini memerlukan dia menggunakan teknologi canggih AI kerana melibatkan penyanyi yang telah lama meninggal dunia iaitu Nike Ardilla.


Melly Goeslaw Lancar Lagu Bersama Nike Ardilla Guna Teknologi AI

Muzik video rasmi lagu ‘Bertemu Kembali’ itu telah dimuat di laman YouTube Musica Studios pada Rabu lalu (6 Disember) dan turut memperlihatkan wajah Nike Ardilla dalam visual tersebut.

Lagu ini telah dicipta oleh Dadang S Manaf serta Melly Goeslaw dengan menggabungkan lagu ‘Duka Pasti Berlalu’ nyanyian Nike Ardilla.

Walaupun hanya menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI), namun wajah dan suara Nike dilihat hampir serupa seperti realiti.

Sumber: YouTube Musica Studios

Melly Goeslaw dan Nike Ardilla Adalah Kawan Baik Sejak Dahulu Lagi

Menerusi ruangan kapsyen di muzik video tersebut, Melly juga menceritakan kisah latar belakang Melly bersama arwah rakan karibnya, Nike.

Nike dan Melly telah bergerak seiring dalam industri muzik sebagai sahabat sejati sejak dari usia muda.

Sumber: YouTube Musica Studios

Melly juga menjelaskan bahawa lagu ini dicipta khas untuk menceritakan semula angan-angan mereka berdua pada suatu ketika dahulu yang mahu berkahwin dengan pasangan pilihan masing-masing dalam tempoh yang sama.

“Lagu ‘Bertemu Kembali’ itu sebenarnya cerita tentang perbualan saya bersama Ardilla tentang perkahwinan. Tapi setelah saya akhirnya bertemu dengan jodoh saya, Nike telah ‘pergi’ dulu dan angan-angan kami di masa lalu tidak pernah menjadi kenyataan,” kata Melly.

Dalam pada itu, Melly juga berharap agar lagu terbaharunya ini dapat mengubati kerinduan para peminat Nike Ardilla.

“Semoga lagu ini dapat mengubati kerinduan peminat Nike, baik yang sudah lama mahupun yang baru. Meskipun ini menggunakan vokal almarhumah dari lagu terdahulu, namun selepas dikemaskan dengan gubahan baru, ia boleh menjadi karya baru,” ujar Melly.


Wanita Indonesia Dipilih Jadi ‘Stand In’ Model Untuk Hasilkan AI Berwajah Nike Ardilla

Sebagai info, susuk tubuh yang dilihat dalam muzik video lagu ‘ Bertemu Kembali’ itu menggunakan tubuh badan seorang wanita yang hampir serupa dengan Nike Ardilla.

Wanita tersebut adalah seorang rakyat Indonesia bernama Juwita Wina Pohan dan bertindak sebagai ‘stand-in’ model dalam muzik video bersama Melly Goeslaw.

Sumber: Instagram @nikeardilla.inmemoriam/ YouTube

Apa Yang Berlaku Kepada Nike Ardilla?

Nike Ardilla atau nama sebenarnya Raden Rara Nike Ratnadilla telah meninggal dunia pada 19 Mac 1995 ketika berusia 19 tahun.

Penyanyi legenda Indonesia ini dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan kereta di jalan raya dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Ardilla kemudiannya dikebumikan di Desa Imbanegara, Kabupaten Ciamis iaitu sekitar 180 kilometer dari timur Bandung.

Namun apa yang menyedihkan banyak pihak adalah kisah ibunya yang hanya mengetahui kematian Nike tiga hari selepas kejadian daripada rakan artis anaknya dan bukan dari pihak polis.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd