Now Reading
Perkataan ‘Rizz’ Dinobat Sebagai ‘Word Of The Year 2023’ Oleh Oxford University Press

Perkataan ‘Rizz’ Dinobat Sebagai ‘Word Of The Year 2023’ Oleh Oxford University Press

Perkataan ‘rizz’ yang berasal dari istilah karisma telah dipilih oleh Oxford University Press selepas disenarai pendek bersama lapan perkataan lain seperti ‘Swiftie’ dan ‘situationship’.

rizz word of the year 2023 (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Peralihan zaman yang semakin maju ini juga memperlihatkan banyak perkataan baharu yang wujud lebih-lebih lagi dalam kalangan ‘Gen Z’.

Bukan itu sahaja, golongan muda juga telah memberi makna yang berbeza dari maksud asal sesuatu perkataan seperti ‘pisang’ iaitu terlalu lama menunggu dan ‘terbang’ yang juga difahami sebagai khayal.

Sebelum ini bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai KJ bersama bekas Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan telah diuji untuk meneka ‘slang’ bahasa anak muda yang sering digunakan dalam aplikasi WeChat.

Pening juga mereka mahu meneka setiap singkatan yang yang dicipta oleh golongan Gen Z.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] KJ & Shahril Hamdan Terhibur Teka ‘Slang’ Budak WeChat, Pening Nak Jawab!


Perkataan ‘Rizz’ Dianugerahkan Sebagai ‘Word Of The Year 2023’

Baru-baru ini, Oxford University Press yang merupakan salah satu jabatan di University Oxford di England telah menobatkan perkataan ‘Rizz’ sebagai ‘Word Of The Year 2023’ selepas disenarai pendek bersama lapan perkataan lain yang mencerminkan emosi, perwatakan dan hubungan seseorang.

Sumber: Oxford University Press

Lapan perkataan yang disenaraikan itu adalah:

  • Rizz
  • Swiftie
  • De-influencing
  • Beige flag
  • Heat dome
  • Prompt
  • Parasocial
  • Situationship

Penanugerahan ini dilakukan melibatkan 30,000 penggemar bahasa seluruh dunia yang membuat undian ketika ia dibuka selama empat hari.

Selepas undian dibuat, hanya empat perkataan yang ‘tercalon’ iaitu:

  • Rizz
  • Swiftie
  • Prompt
  • Situationship

Kenapa Perkataan ‘Rizz’ Dinobat Sebagai ‘Word Of The Year 2023’?

Menerusi laman Oxford University Press, ‘rizz‘ adalah kata nama yang didefinisikan sebagai daya penarik yang boleh menambat perhatian pasangan berlainan jantina.

Sumber: Giphy

Secara etimologi, istilah ini dipercayai terbentuk daripada singkatan perkataan ‘karisma’ yang diambil dari bahagian tengah perkataan tersebut.

Selain itu, perkataan ‘rizz’ ini juga boleh digunakan sebagai kata kerja seperti ‘ to rizz up’ yang bermaksud untuk menarik atau menggoda.

Menurut data yang dikeluarkan, perkataan ‘rizz’ ini paling banyak digunakan pada tahun ini ketika bulan Jun 2023.

Sumber: Oxford University Press

Sebagai info, pembentukan perkataan ini juga terjadi kepada beberapa perkataan lain seperti ‘fridge’ yang diambil dari ‘refrigerator’ dan juga ‘flu’ dari istilah ‘influenza’.

Dalam pada itu, Presiden Oxford Languages iaitu Casper Grathwohl menjelaskan bahawa penggunaan perkataan ‘rizz’ membuktikan bahawa frasa ini semakin berkembang dalam budaya Internet dan akan menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.

Tambah Grathwohl lagi, ‘rizz’ merupakan satu istilah yang popular di media sosial dan menyerlahkan bagaimana situasi popular berlaku dalam kalangan komuniti sosial pada zaman ini.


Apa ‘Word Of The Year’ Pada Tahun 2022?

Pada tahun 2022, anugerah ‘Word Of The Year’ telah diberikan kepada ‘goblin mode‘ yang membawa maksud seseorang yang menolak norma sosial, malas atau kedekut.

Sumber: Oxford University Press

Oxford English Dictionary (OED) memaklumkan istilah tersebut telah diundi oleh orang ramai dan difahamkan perkataan tersebut pertama kali digunakan di laman X (Twitter) pada tahun 2019 dan mula tular pada Februari 2022.

Penggunaan perkataan itu mula meraih populariti apabila kebanyakan negara disekat kerana penularan wabak Covid-19.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd