Now Reading
[Video] Pengunjung Pusat Beli-Belah Cemas Selepas Diarah Keluar Dari Bangunan

[Video] Pengunjung Pusat Beli-Belah Cemas Selepas Diarah Keluar Dari Bangunan

Pengunjung IKEA itu mendakwa pihak pengurusan telah mengarahkan orang ramai untuk bergegas ke kawasan terbuka sebagai tempat pengumpulan ketika kejadian berlaku.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, banyak kes ancaman bom dipercayai diterima oleh beberapa pihak di kawasan sekolah swasta.

Meskipun pihak polis telah mengesahkan ia hanya ancaman palsu, namun ketakutan tersebut telah menyelebungi masyarakat kerana melibatkan keselamatan diri semua pihak termasuklah kanak-kanak.

Baca Artikel Berkaitan: Polis Sahkan 9 Sekolah Di Lembah Klang Terima Ancaman Bom Hari Ini

Baca Artikel Berkaitan: Ancaman Bom Di 19 Buah Sekolah Di Malaysia, Aaron Aziz Nasihat Ibu Bapa Jangan Panik [Video]


Pengunjung IKEA Didakwa Diminta Keluar Dari Bangunan

Pada Sabtu lalu (2 Disember), seorang pengguna di laman X (Twitter @itsyusuffz) menunjukkan situasi yang dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah terkenal, IKEA.

Menerusi dua video tersebut, kelihatan pengunjung bergegas keluar dari bangunan selepas mendapat arahan dari pihak pengurusan.

Kelihatan juga ramai ibu bapa mendukung anak kecil mereka dan pergerakan mereka turut dikawal oleh pengawal keselamatan di lokasi terbabit.


Pihak Pengurusan IKEA Buat Pengumuman Tentang Masalah Teknikal

Dalam satu ciapan yang lain, pengunjung terbabit memuat naik beberapa video ketika berada di kawasan terbuka di luar IKEA yang dijadikan sebagai tempat orang ramai berkumpul.

Pengunjung berkenaan menceritakan situasi cemas itu berlaku apabila pihak pengurusan membuat pengumuman dengan menyebut kod 1000 dan memanggil kesemua pekerja mereka sebelum staf mula berlari ke arah yang tidak dapat dipastikan.

Tidak lama selepas itu, pihak pengurusan juga membuat pengumuman meminta para pengunjung mengosongkan bangunan.

Semua start panik dan ada budak-budak dan mula menangis. Even kawan aku pun menangis. Aku gelabah la sebab fikir dalam otak sekarang banyak kes bom di mall la, sekolah lah. Mana tak shaking.

Pengguna di laman X (Twitter @itsyusuffz).

Di dalam video sama, turut kedengaran pihak IKEA memaklumkan tentang masalah teknikal yang sedang dialami. Tidak lama selepas itu, kelihatan beberapa anggota bomba tiba di lokasi berkenaan.

Namun buat masa ini, cawangan IKEA yang terlibat ini tidak dikenal pasti.


Netizen Dakwa Perkara Sama Pernah Terjadi Sebelum Ini

Perkongsian video yang dikongsikan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Malah, ada yang mendakwa perkara sama pernah berlaku sebelum ini di IKEA Damansara tetapi dalam tempoh singkat sahaja.

Pada masa yang sama, sesetengah netizen mendakwa kejadian tersebut berlaku di IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang kerana mendakwa kejadian berkenaan turut terjadi di lokasi sama sebelum ini.

Dalam pada itu, seorang netizen pula mendedahkan tentang beberapa kod yang digunakan oleh pihak IKEA untuk memaklumkan tentang suatu perkara.

Hasil carian kami, pihak IKEA tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian sehingga kini.

Sumber: X (Twitter)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd