Now Reading
Balenciaga Jual Skirt Tuala Mandi Harga RM4,000, Terbeliak Mata Netizen!

Balenciaga Jual Skirt Tuala Mandi Harga RM4,000, Terbeliak Mata Netizen!

Balenciaga mengeluarkan skirt tuala mandi bagi koleksi musim bunga 2024 dari bahan jenis kapas terry dan dijual dengan harga RM4,329.

skirt towel balenciaga ikea perli

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perasan tak, makin lama fesyen pada zaman moden ini semakin pelik dan dijual dengan harga yang tidak masuk akal.

Bukan itu sahaja, produk yang sama juga sebenarnya boleh didapati dengan harga yang lebih murah di kedai atau jenama lain.

Tetapi kalau bab pakaian fesyen yang pelik-pelik, itu sudah menjadi suatu kebiasaan bagi jenama mewah, Balenciaga.


Balenciaga Jual Skirt Tuala Mandi Dengan Harga Kayangan

Dalam koleksi musim bunga 2024, Balenciaga telah mengeluarkan pakaian terbaharu mereka dan salah satunya adalah skirt tuala mandi diperbuat daripada bahan jenis kapas terry.

Kalau korang tengok betul-betul, skirt itu sama seperti tuala yang biasa digunakan untuk mandi tetapi skirt ini jauh lebih mahal.

Jangan terkejut kerana skirt tuala mandi ini dijual pada harga RM4,329.

Mungkin ada yang terbeliak biji mata selepas mengetahui harga koleksi pakaian ini.

Sumber: Balenciaga

Apa yang berbeza daripada tuala mandi lain adalah skirt ini mempunyai dua butang di bahagian pinggang dan tali pinggang yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan pengguna.

Skirt yang dihasilkan sehingga paras lutut itu juga dijahit dengan logo Balenciaga pada bahagian hadapan dan ianya perlu dibasuh secara cucian kering.

Tak kisah lelaki atau wanita, dua-dua boleh pakai kerana skirt tuala mandi ini bersifat unisex.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Skirt Tuala Mandi Keluaran Jenama Balenciaga

Tuala mandi yang dijadikan sebagai pakaian fesyen itu sudah pasti mendapat perhatian ramai netizen di media sosial.

Siapa sangka tuala mandi yang kita pakai hari-hari boleh menjadi inspirasi kepada jenama mewah bagi menghasilkan keluaran terbaharu mereka.

Koleksi terbaharu dari Balenciaga ini mula tular di media sosial selepas dimuat naik di laman X (Twitter @ThePopTingz).

Boleh dikatakan kebanyakan netizen seolah-olah tidak percaya bahawa jenama mewah tersebut mengeluarkan koleksi sebegitu rupa.

Siap ada yang beranggapan Balenciaga menghasilkan produk itu sebagai sosial eksperimen bagi melihat reaksi orang ramai.

Selain itu, sesetengah netizen pula berpendapat mereka boleh mendapatkan pakaian sama dengan harga lebih murah di kedai lain.

Namun, ada juga netizen yang bercadang untuk membeli skirt tuala mandi itu. Tetapi sejauh mana mereka benar-benar mahu membelinya, ia tidak dapat dipastikan.

Mungkin siapa yang beli skirt tuala mandi itu mahu membuat ‘review’? Boleh jadi.

Sumber: X (Twitter)

IKEA Papar Iklan Seolah-olah Perli Skirt Tuala Mandi Balenciaga

Koleksi skirt tuala mandi keluaran Balenciaga itu bukan sahaja menarik perhatian netizen, malah syarikat barangan rumah dari Sweden iaitu IKEA juga turut serta dalam kehangatan pakaian viral ini.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@ikeauk), IKEA United Kingdom mengeluarkan iklan produk tuala mandi mereka iaitu VINARN dengan harga RM81.29.

Kalau korang tengok gambar iklan tersebut, gaya lelaki yang menggayakan tuala mandi itu memang sebiji seperti model yang memakai skirt tuala mandi di laman web Balenciaga.

Kapsyen pun boleh tahan sama iaitu ‘A 2024 Spring fashion essential’.

Sebelum ini, Balenciaga juga pernah mengeluarkan pelbagai variasi barangan fesyen yang pelik seperti beg membeli-belah berwarna biru hampir sama seperti IKEA.

Baca Artikel Berkaitan: Beg Tote Balenciaga Jadi Topik Hangat, Dijual Dengan Harga RM8K Tapi Netizen Samakan Dengan Laundry Bag


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd