Now Reading
“Humble Je Tuanku” – Agong Enjoy Minum Cendol Bersama Putera Albert II Raih Perhatian Ramai

“Humble Je Tuanku” – Agong Enjoy Minum Cendol Bersama Putera Albert II Raih Perhatian Ramai

Baginda telah membawa Putera Monaco ke gerai Cendol Lily, Lanchang, Pahang bagi menikmati minuman cendol selepas selesai lawatan ke Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dikenali dengan sikap mereka yang mesra rakyat.

Masyarakat setempat juga telah menzahirkan rasa bersyukur kerana mempunyai raja dan pemaisuri yang menitikberatkan kebajikan rakyat.

Sebelum ini, Raja Pemaisuri telah menangis sebak melihat suasana meriah apabila ramai penduduk di Tawau, Sabah menantikan kehadiran baginda.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Raja Permaisuri Sebak, Rakyat Di Tawau Sabah Sanggup Bersalaman Sambil Dukung Bayi


YDPA Nikmati Cendol Bersama Putera Albert II

Perwatakan sempoi YDPA sekali lagi terserlah apabila semalam (28 November), baginda bersama Putera Monaco, Putera Albert II dilihat sedang menikmati hidangan terkenal di Malaysia iaitu cendol.

Menerusi perkongsian yang tular di laman Instagram (istana_negara), baginda berdua dilihat telah menjamu minuman manis tersebut di gerai Cendol Lily, Lanchang, Pahang.

Dalam hantaran sama, baginda dikatakan telah singgah ke gerai tersebut setelah selesainya lawatan ke Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.

Bukan sahaja menjamu cendol, malah Agong bersama Putera Albert juga sempat bergambar dengan pekerja di gerai dan rakyat yang berada sekitar kawasan tersebut sambil mendukung seorang bayi.


Netizen Puji Sikap YDPA Yang Sempoi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap YDPA yang dikatakan merendah diri.

“Cerminan kepada kerabat raja asing betapa humble YDPA boleh bersantap di warung rakyat marhaen. Daulat Tuanku,” ujar seorang lelaki.

Ada juga yang memberi pujian terhadap Agong kerana telah menampilkan budaya rakyat Malaysia yang menggemari minuman tersebut.

“Mengetengahkan budaya kita. Minum cendol je,” jelas seorang wanita.

Sementara itu, seorang warganet dilihat teringin untuk berjumpa dengan YPDA kerana perwatakan baginda yang bersahaja ketika bersama rakyat.

“Best la kalau dapat jumpa kerabat Diraja macam Tuanku. Mereka sempoi sangat, macam jumpa keluarga sendiri. Nak nangis tengok sebab baik sangat,” kata seorang netizen.

Sumber: Instagram (@istana_negara)

Putera Albert II Tiba Ke Malaysia Untuk Lawatan Negara

Buat anda yang tidak tahu, Putera Albert II telah tiba pada Ahad (26 November) sempena lawatan pertama selama empat hari di Malaysia.

Sepanjang lawatan itu, baginda telah dijadual untuk merasmikan Pejabat Konsul Kehormat Monaco yang pertama di Malaysia selain melawat Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur.

Tambahan pula, baginda turut dijadualkan menghadiri Forum Ekonomi Monaco 2023 di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, kenyataan Wisma Putra mengatakan bahawa Al-Sultan Abdullah telah berkenan menjadi hos bagi lawatan negara Putera Albert II.

Sumber: Facebook Tengku Zafrul

Baca Artikel Berkaitan: “Bestnya Dapat Jumpa Tuanku” – Ramai Teruja Lihat Agong Bawa Keluarga Ke KFC Untuk Santapan Tengah Hari [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelancong Amerika Teruja Dapat Jumpa Agong Di Tempat Awam Ketika Bercuti Di Cameron Highlands


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd