Now Reading
[Video] 2 Kereta Selamba Parking Tepi Jalan Hingga Halang Laluan Bas, Orang Ramai ‘Angkat’ Kereta Ke Tepi

[Video] 2 Kereta Selamba Parking Tepi Jalan Hingga Halang Laluan Bas, Orang Ramai ‘Angkat’ Kereta Ke Tepi

Pihak polis trafik kemudiannya telah menunda kereta Perodua Bezza berwarna biru itu dengan menggunakan trak tunda milik PDRM selepas dialihkan oleh orang ramai.

kereta parkir halang laluan bas

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan kalau korang pergi ke mana-mana lokasi, masalah seperti tidak jumpa tempat kosong untuk meletakkan kereta adalah salah satu perkara biasa terutamanya jika destinasi itu menjadi tumpuan ramai.

Walaupun parkir sudah penuh, itu tidak boleh dijadikan alasan untuk seseorang meletakkan kereta mereka sewenang-wenangnya di tempat yang tidak sepatutnya.

Ini kerana keadaan tersebut boleh menimbulkan masalah kepada pengguna lain seperti mana yang berlaku baru-baru ini.

Baca Artikel Berkaitan: Halang Laluan Bas Rapid KL Hingga Jalan Jadi Sesak, Myvi Buat ‘Keras’ Walau Kena Hon Panjang Buat Ramai Geram [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Dianggarkan Hanya Separuh Sahaja Bas Rapid Beroperasi Secara Aktif – Anthony Loke


2 Buah Kereta Parking Tepi Jalan Hingga Halang Laluan Bas

Menerusi video dimuat naik di laman X (Twitter @KlutzyKucing), situasi menunjukkan keadaan dua buah bas RapidKL yang tidak boleh melepasi satu laluan selekoh selepas beberapa kereta yang memarkir di tepi jalan.

Dalam kejadian pertama, sebuah bas dua tingkat tidak boleh melalui jalan berkenaan kerana kereta jenis Bezza berwarna Biru dilihat memarkir kenderaannya di bahagian kanan jalan raya.

Situasi itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga orang ramai di kawasan sekitar terpaksa bekerjasama mengalihkan kereta tersebut ke bahagian kiri jalan.

X (Twitter @KlutzyKucing)

Tidak lama selepas itu, sebuah bas yang lain turut mengalami masalah serupa apabila tidak dapat melalui selekoh jalan dengan adanya kereta Bezza yang sama sehingga orang ramai perlu mengangkatnya sekali lagi ke bahagian tepi.

Keberadaan kereta berwarna biru itu secara jelas telah menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya yang lain.

Susulan itu, polis trafik telah menunda kereta berkenaan menggunakan trak tunda milik PDRM.

Difahamkan, pemilik kereta berwarna merah yang juga meletakkan kenderaan di selekoh jalan telah memunculkan diri tetapi kelibat pemilik kereta Bezza tidak kelihatan.

Netizen Pun Bengang Tengok Sikap Pemandu Tak Beretika

Sebagai pengguna jalan raya, sudah semestinya ramai netizen lain yang juga bengang dengan sikap pemandu terbabit yang dilihat selamba meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan lebih-lebih lagi di kawasan selekoh.

Ada netizen yang turut bersetuju dengan tindakan polis trafik menahan kereta itu dengan membawanya menggunakan trak tunda.

Selain itu, netizen mendakwa kejadian tersebut berlaku di sekitar Lebuh Ampang, Kuala Lumpur dan situasi berkenaan dikatakan kerap kali berlaku.

Sesetengah netizen pula berpendapat masalah seperti ini dapat dielakkan dengan cara memperbanyakkan ruangan tempat meletakkan kereta, mengurangkan bayaran parking dan mengetatkan penguatkuasaan undang-undang jalan raya.

Sumber: X (Twitter @KlutzyKucing)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd