Now Reading
[Video] Padah Tendang Kereta Sebelah, Penunggang Motosikal Jatuh Atas Jalan

[Video] Padah Tendang Kereta Sebelah, Penunggang Motosikal Jatuh Atas Jalan

Penunggang motosikal itu menendang kereta jenis Toyota Vios itu ketika melihat kenderaan tersebut mahu menukar laluan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila berada di atas jalan raya, macam-macam jenis ragam pemandu dan penunggang motosikal yang korang akan nampak.

Ada yang jenis tak bagi isyarat sebelum menukar laluan, memandu secara berbahaya, atau lebih teruk lagi menjadi pembuli di jalan raya.

Buat penunggang motosikal pula, ada yang suka ‘menyelit’ di ruangan sempit antara dua buah kenderaan. Memang kena banyak bersabar betul ya.


Penunggang Motosikal Tendang Kereta Sebelum Terus Jatuh Atas Jalan

Bercakap soal ragam pengguna jalan raya, baru-baru ini telah berlaku satu insiden melibatkan aksi seorang penunggang motosikal kepada pemandu kereta.

Menerusi video dimuat naik di laman X (Twitter @anthraxxx781), pemandu kereta jenis Toyota Vios yang berada pada lorong kiri dilihat memasuki ke bahagian lorong tengah.

Difahamkan, pemandu tersebut sekali lagi mahu menukar laluan dengan memasuki lorong kanan pula dan sempat memberi isyarat sebelum melakukannya.

Namun sebelum memasuki lorong kanan, dia membiarkan dahulu sebuah motosikal yang sedang melalui lorong berkenaan.

Tetapi lain pula yang berlaku apabila penunggang motosikal itu secara tiba-tiba menendang kereta Vios berwarna putih hingga mengakibatkan cermin sisinya tercabut.

Tindakan penunggang motosikal bagaimanapun membuatkan dia terjatuh dan terseret di atas jalan raya.


Ramai Netizen Bengang Dengan Tindakan Penunggang Motosikal Itu

Perkongsian video yang tular di media sosial itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen meluahkan rasa bengang selepas melihat tindakan penunggang motosikal berkenaan.

Malah, ada pula yang berpuas hati dengan balasan yang diterimanya selepas dilihat sengaja menendang kereta tersebut.

Netizen berpendapat tindakan sedemikian tidak sepatutnya dilakukan kerana kereta itu baru sahaja memberi isyarat untuk menukar laluan dan memberi ruang kepada penunggang motosikal untuk melaluinya terlebih dahulu.

@sinarharianonline

Tular rakaman video memaparkan seorang penunggang motosikal terjatuh selepas menendang cermin sisi sebuah kereta yang memasuki lorong kanan untuk memotong. #fyp #beritaditiktok #viral Kemalangan

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Artikel Berkaitan: Lelaki Hilang Kawalan & Tersungkur Atas Jalan Raya Lepas Motosikal Lalu Di Garisan Putih

Artikel Berkaitan: [Video] 5 Motosikal Jenis ‘Superbike’ Kemalangan Di Karak

@sinarharianonline

Tular rakaman video memaparkan seorang penunggang motosikal terjatuh selepas menendang cermin sisi sebuah kereta yang memasuki lorong kanan untuk memotong. #fyp #beritaditiktok #viral Kemalangan

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Sumber: X (Twitter @anthraxxx781)

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd